Bab 23

448 29 0
                                        

Harini adalah hari sukan tahunan.Semua guru dan pelajar sibuk membuat persiapan yang akan berlangsung sebentar nanti.

Aku,Airil dan Aiman awal awal lagi sudah berada di bilik rehat untuk bersiap memakai costume.haihh tak sanggup rasa nak pakai costume pisang.nangis ah camni!

Aku merasakan seseorang menepuk dibahuku."Keep cool girl,sekejap je kau pakai costume ni" Aiman berkata."hmm...."balasku ringkas."Ready?" Airil berkata dari belakang.Aku dan Aiman serentak menoleh ke belakang.Aku melihat Airil memegang costume pisang dan minion yang akan dipakai oleh kami nanti.

Airil dan Aiman sudah memakai baju fit berwarna hitam kini tiba untuk disarungkan dengan costume minion.haih dahlah fit baju tu. badan diorang pulak macam..aduhh.Kuatkan semangat mira.Aku hanya memerhati gerak geri mereka.Timbul rasa lucu di dalam hati apabila aku melihat mereka berdua memakai costume itu walaupun aku hanya dapat memandangnya dari belakang.

"TADA!!!" mereka berdua serentak berkata lalu memusingkan badanya ke arahku."HAHAHAHAHAHAHHAHAHA! WEHH COMELNYA KORANG!"aku gelak sambil menggulingkan badanku ke kiri dan ke kanan.kelakarnya Ya Allah!!!

"Gelakkan kitorang eh?" Airil berkata dengan senyuman nakal."your turn"Aiman berkata sambil menghulurkan costume pisang ke arahku.alamak! Giliran aku ke? Aduhh,taknak! Aku memandang Aiman dan Airil dengan senyuman sinis dan CABUTT!!!!

Aku berlari sekeliling bilik rehat itu lalu Aiman dan Airil mengejarku dari belakang dengan memakai costume minion!!HAHA.Sedang aku berlari sekeliling bilik rehat itu aku ketawa berdekah dekah sambil memandang ke belakang.cutenya diorang!HAHA!!

Larianku terhenti apabila pintu bilik rehat terbuka."Ya Allah,kenapa tak siap lagi ni?! Dah nak mula acara sukan ni! Dah dahh pergi siap cepat! Cikgu tunggu dekat luar" kata cikgu Zila.Aku cepat cepat merampas costume 'pisang' itu daripada Airil.Airil sempat memberi senyuman sinis kepadaku.heh.

Airil,Aiman dan cikgu Zila menungguku diluar sementara aku menyarungkan costume pisang itu.setelah aku menyarungkan costume itu,aku ingin melihat cermin."jap,mana cermin ni?!" Belum sempat aku ingin mencari cermin tiba tiba suara Airil kedengaran "woii!! Cepatlah sikit.nak mula dah ni!"alah bising ah! Urgh,biar jelah.aku tak kisahlah macam mana rupa aku.

Aku membuka pintu perlahan lahan.Alangkah terkejutnya aku melihat Aiman dan Airil sedang duduk betul betul di depan pintu.mereka berdua berhenti bermain phone masing masing lalu perlahan-lahan memandangku dari bawah sampai atas dengan muka yang aku sendiri tak boleh tafsir."wow" mereka serentak berkata dengan mata yang dari tadi tidak berkelip.wow? What do you mean just 'wow' ? Ahh,lantak ah

"Haa,siap pun kamu.Meh sini,cikgu nak ambik gambar kamu bertiga"kata cikgu Zila.ambik gambar? Aduh tolonglah jangan.dengan aku yang pakai costume pisangnye haih.Aiman dan Airil mendekatiku.mereka berdua duduk di sisiku.haih sekali lagi..Aku merasakan kedua dua bahuku berat.Aku melihat ke kiri dan ke kanan.Aiman dan Airil dengan selambanya meletakkan sikunya di bahuku.kurang masin! "Say cheeseee"Cikgu Zila berkata dan tersenyum.aduhh cikgu perlu ke?

"Perhatian kepada semua peserta pembarisan,sila bersiap sedia untuk acara pembukaan majlis" kedengaran suara pengerusi majlis berkata.Cikgu Zila berhenti mengambil gambar lalu kami semua bergerak ke padang.Sedang kami bertiga lalu ditengah padang,kelihatan semua pelajar memandang ke arah kami.aihh malu pulak rasa..

Sesampai kami di khemah rumah sukan,Kami diberi sedikit nasihat tentang gerak geri yang perlu kami buat.bunyi lagu dimainkan,menandakan acara pembukaan majlis berlangsung.kami cepat cepat beratur di belakang peserta pembarisan.Sungguh meriah sekali suasana padang harini.Acara pembarisan sudah bermula.kami berjalan mengelilingi padang.

Setiap rumah memberikan aksi masing masing termasuklah maskodnya sekali di hadapan juri.hmm,boleh ke aku buat macam tu? Kini tiba giliran rumah sukan kami memberikan aksi."pstt.... pstt.kita ada plan tak lagi?" Aku berkata kepada Airil dan Aiman sambil berjalan.Mereka berdua serentak memandang aku dengan senyum sinis."plan kita senang je."balas Aiman."Apa dia?" Aku bertanya."kau.......lari" Airil menjawab.what?! Lari?! Biar betul korang ni!

"Kau lari melapastu Aku dan Aiman kejar kau dari belakang.tu je"sambungnya lagi."1.....2....."Aiman sudah mula mengira."tapi......tap...tapiii"balasku gagap. "Tigaaaaaaa" Aiman menjerit membuatkan aku terkejut."Apa lagi,lari ah"Airil berkata.Disebabkan aku gelabah,aku terus lari litang pukang.mereka berdua mula mengejarku.kedengaran suara para pelajar bersorak dengan ceria.

Aku berlari sambil memandang ke belakang,takut takut mereka semakin menghampiriku.ahh lembab ah diorang ni HAHA.Aku terus menoleh ke hadapan kembali.Larianku terhenti apabila aku melihat Aiman berada dihadapanku dengan senyuman nakal.eh? Lajunya dia.

Aku ingin berpatah balik tetapi Airil sedang mengejarku dari belakang.Depan Aiman,belakang Airil..aduh,aku terperangkap! Aku melihat mereka semakin menghampiriku.apa aku nak buat ni?! Think Mira think!

Belum sempat aku ingin menyambung larianku tiba tiba tanganku dipegang serentak oleh Aiman dan Airil.Mereka berdua mula menarikku.aduh sakitlah.ni bukan sebahagian daripada plan! Kedengaran suara seseorang menjerit "woooouuu,minion berebut pisangggg"ahh malunyaa!!

Kedengaran lagi suara para pelajar bersorak "Fight!....Fight!....Fight!...."amboi takkan diorang nak bergusti depan aku? Aiman dan Airil semakin menarikku dengan kuat.Kerana aku hilang sabar,aku terus melepaskan gengaman yang kuat daripada mereka berdua.Aku terus sambung berlari.

Tiba tiba aku merasakan badanku diangkat.ahh,sudah.Aku melihat Airil mengangkutku lalu meletakkan aku di bahunya."woii! Ni bukan dalam plan kita kan?!" Aku menjerit sambil menumbuk belakang Airil."diam dan sambung berlakon"balasnya selamba.Aku hanya akur

Akhirnya acara pembarisan telah tamat.Aku dengan pantas mengambil botol airku lalu terus meneguknya di bawah khemah.Baru beberapa teguk air mengalir di tekakku tiba tiba Airil merampas botol airku."Nak sikit" Airil terus minum airku sampai habis.amboii,kau habiskan air aku?! Sial.

Aku hanya biarkan sahaja Airil menghabiskan airku.Kerana kepenatan,aku terus baring di atas padang.Aku memandang ke arah awan yang menutupi matahari itu.sungguh cantik.Tanpa aku sedari,Airil turut berbaring bersamaku.huhh,harini hari yang paling memenatkan dalam sejarah hidup aku.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang