Harini hari ke-2 aku bersekolah dan berharap sangat tak jadi macam semalam huhh..Harini aku bersiap awal untuk pergi ke sekolah supaya tak buat masalah lagi dengan Airil a.k.a mamat gile haha
Sesampainye aku di sekolah,aku terus ke kelas.Terasa bahagia pulak bila datang awal ke sekolah huhu.Setelah menjejak kaki ke kelas,aku ternampak satu beg yang berada di atas mejaku"sape punye beg pulak ni,suke hati jer letak dekat tempat orang"
123... BAAAAAAAAA!!!!!
"Opocot mak kau masak rendang dalam kuali"aku melatah tiba-tiba.Cepat cepat aku menoleh ke belakang dan....AIMAN!!!! EEEE...mamat ni lagi !! Aku terus memijak kasut barunye itu tanpa rasa bersalah,padan muka!"Woii!! Asal kau pijak kasut baru aku ni!! Habis kotor,kut yee pun nak balas dendam,bukan dengan cara macam ni cik kak oi" katanye sambil mencuit hidungku lalu tersenyum.heh.
"Diam ah kau!" Balasku dengan selamba lalu terus duduk di kerusiku.Aiman yang setia memandangku hanya berdiri dari tadi dan dia menyambung langkahnya ke tempat duduknya.
Pelajar semakin memenuhi kelas,tiba-tiba ada satu pengumuman daripada guru yang bertugas "Perhatian kepada ketua dan penolong kelas,sila bergerak ke dewan sekarang juga" alahh malasnye.
"Jom"pelawa Aiman dengan ringkas,"kau pergilah dulu"balasku lalu dia terus pergi ke dewan.Aku mahu membawa buku nota takut takut ada benda penting yang ingin cikgu sampaikan.Sedang sibuk aku mencari buku nota tiba-tiba ada seseorang menghulurkan buku notaku dan orangnye ialah Airil."Dari mana kau dapat buku ni?"tanyaku."Aku jumpa dekat atas lantai tu haa" balas Airil sambil menunjukkan tempat buku itu dijumpa.
Ouh lupa aku terkejut pagi tadi disebabkan suprise Aiman yang hampeh..Aku terus mengambil dan memberikan senyuman lalu pergi dari situ 'kejam haha'
"Ishh,mana Aiman ni.Ada jugak aku..." kata kata ku terhenti apabila cikgu Lina memanggil aku untuk menolongnya mengangkat barang yang banyak.Aku terus meletakkan buku ku di dewan lalu terus menolong cikgu Lina.
Fuhhh letihh..."Woii ! Kau pergi mana tadi hah?tiba-tiba kedengaran suara Aiman dari jauh.Aku melihat mukanya yang kemerahan membuatkan aku rasa takut untuk berhadapan dengan dia.Aku pandang ke kiri ke kanan dan CABUTTTT !!! Aku berlari sepantas yang boleh,nasib harini aku memakai seluar trek.aku mendengar tapak kasut yang sedang berlari ke arahku,yee aku tahu itu dia yang sedang mengejarku.Kami berlari berkejaran ke hulu ke hilir dan belum sempat aku ingin naik tangga,Aiman sudah pun menyekat aku dengan lengannya yang ermm 'agak sasa' itu yang menyebabkan aku tak boleh menaiki tangga.
"Kau nak lari mana?" Dia berkata kepadaku dengan riak wajah yang sangat memenatkan kerana mengejarku.wow handsome jugak kau ni bila kau penat haha.
"Aku nak pergi kelas lah,tepi lah!"aku terus menaiki tangga dan lenganku dipegang erat oleh Aiman "aku tunggu kau kat kelas"tanganku dilepas lalu dia terus berlari naik ke kelas dan meninggalkan aku begitu sahaja.eleh nak lumba jugak dia ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
BOY BEST FRIENDS
RandomKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...