Bab 27

424 17 1
                                        

BAAMMMM!!!

Aku terdengar bunyi hentaman pintu yang begitu kuat.Pergelangan tangan dan kakiku terasa pedih.Aku mendengar suara suara yang aku tidak kenali.Kepalaku masih pening tetapi tidak berdenyut-denyut lagi.

Dengan segala tenaga yang aku ada,perlahan-lahan aku membuka mata.sungguh berat untuk aku membuka mata.Terasa seperti aku mengangkat besi.

Aku terkejut melihat keadaanku yang diikat dengan begitu kemas.Aku terduduk di atas sebuah kerusi.Aku melihat hanya ada satu mentol sahaja yang bernyala di atas kepalaku.Cahaya mentol itu hanya menyinari diriku sahaja.

Aku melihat di sekelilingku penuh dengan lelaki lelaki yang aku tidak kenal.ia seakan membuat bulatan di sekelilingku.Semuanya memakai baju berwarna hitam dan masing masing berpeluk tubuh.Mataku meliar melihat sekeliling bilik ini.

Disebabkan bilik ini hanya ada satu mentol sahaja yang bernyala,aku tidak dapat melihat dengan jelas.semuanya kelihatan gelap gelita.Tiba tiba ada satu susuk tubuh menghampiriku.Kelihatan ianya memakai t-shirt berwarna putih.

Aku meneliti setiap inci tubuh milik lelaki ini.Yee,inilah lelaki yang memaksa aku masuk ke dalam kereta.Lelaki yang mengusap pipiku dan lelaki yang mengucap sweet dream kepadaku.

Lelaki itu masih lagi memakai cermin mata hitam miliknya itu.Dia berada betul betul dihadapanku.Dengan pantas,dia melutut dihadapanku.Hatiku mula merasa sesuatu yang tidak kena.Air mataku ingin sahaja keluar tetapi aku tahan.

Dia tersenyum.Dia merenung mataku dengan begitu dalam.Aku hanya membalas pandangan itu dengan mata berkaca.Aku tidak tahan lagi untuk menahan air mataku ini.Dia perlahan-lahan menanggalkan cermin mata hitam itu.Aku dapat melihat mata milik jejaka itu yang berwarna sedikit kebiruan.sungguh cantik.Tetapi siapa dia sebenarnya?

"Remember me?" Akhirnya dia bersuara.Aku keliru.Aku tidak faham apa yang dikatakan sebentar tadi.Aku hanya dapat berdiam diri lalu menunduk ke bawah.Keadaan kembali senyap.

Dia perlahan lahan bangun.Dia memegang daguku lembut.Aku kembali mendongak menghadap ke mukanya.aku memejamkan mata kerana tidak sanggup memandang mukanya lagi.

"Open your eyes please" Dia berkata.Aku masih kekalkan keadaanku.perlahan lahan aku menggeleng."Fine......Fine...Aku bagi kau 2 pilihan.kau nak bukak mata ke atau aku cium kau" katanya lagi.

Sebaik sahaja aku mendengar dia ingin mencium aku,cepat cepat aku membuka mata.Kerana aku terlalu marah,aku menoleh ke arah lain."Kau nak apa daripada aku ha?!!"jeritku sambil mengalir air mataku dengan laju.

"Aku nak apa? Hahaha.Aku...nak....KAU!" Bisiknya di telingaku.perkataan 'kau' ditekan kuat.Aku masih lagi menangis dengan laju.

"Look mira,kau betul betul tak kenal aku ke?" Suaranya yang dingin bertukar lembut.Otakku tidak boleh mengingati apa apa.sungguh aku lemah.

"Aku......aku.......aku Amirul.Amirul Aizac? Takkan kau tak kenal?" Dia cuba mengingatkan aku.

"Kau sape?! Aku tak kenal kau!!" Aku menjerit.Aku kembali menangis.Aku melihat Aizac mengusap wajahnya.Dia menggenggam tangannya kuat.Ingin sahaja dia menjerit tetapi dia tahan.

"Takpe.Aku bagi kau masa untuk fikir siapa aku sebenarnya" Dia mula memandangku dengan penuh pengharapan.Aku tidak tahu apa yang harus difikirkan.Kepalaku pening.Mataku tidak berhenti untuk menangis.Apa semua ni?!

"Mira...."Dia berkata sambil mengusap pipiku lembut.Aku hanya membiarkan sahaja.Aku menangis lagi."Stop crying please" Dia mengesat air mataku."Aku tak nak kau menangis sebab aku" sambungnya lagi.

"KAU NAK APA HAH?!" Aku marah.Aku geram.Ingin sahaja aku bertukar menjadi Hulk.Tapi aku penat.Kenapa semua ini berlaku dekat aku?! Harini hari paling bahagia aku dan harini jugaklah hari paling duka yang pernah ada dalam diri aku.

Dia kembali melutut dihadapanku.Dia merenung kembali wajahku yang dibasahi dengan air mata."Aku nak......"

BAAMMMMMM!!!

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang