Bab 15

457 28 0
                                        

"Baiklah,kamu semua sudah mendapat partner masing masing.Mari kita mulakan aktiviti kita yangggg pertama"kata Cikgu Azri dengan nada yang begitu ceria.hmmm takde mood lah pulak aku nak mulakan aktiviti.Si Aiman ni sikit pun tak pandang aku.Merajuk dia tu bukan main tinggi menggunung.

"Cikgu nak salah seorang dari partner kamu untuk ambil checkpoint di depan"kata cikgu Azri.siapa nak ambil ni? Aku ke dia? Aku yang berada di belakang Aiman itu terus bersuara "ermm..aku ambil eh checkpoint tu" belum sempat aku melangkah ke depan,Aiman dengan selambanya menahanku dan dia pergi ke depan untuk ambil checkpoint daripada cikgu Azri.eh? Kut yee pun nak pergi ambil,cakap lah dekat aku dulu. Ni tak,tahan aku pulak tu.

"Checkpoint itu adalah aktiviti pertama kamu,kamu hendaklah pergi ke tempat-tempat yang ditetapkan untuk mendapat checkpoint seterusnya sehingga kamu sampai ke checkpoint yang terakhir.Setiap checkpoint yang kamu pergi akan ada aktiviti yang perlu kamu buat" terang cikgu Azri panjang lebar.

"Tanpa membuang masa,aktiviti pertama kamu bermula sekarang!"sambung cikgu Azri.Aku melihat semua pelajar terus pergi ke tempat untuk mendapatkan checkpoint yang seterusnya.hmm semua orang dah bergerak ke tempat masing masing tapi aku?! Hmm,tanpa Aiman,aku tak boleh buat apa apa kerana aktiviti ini adalah secara berkumpulan.Apa aku nak buat ni?! Think Mira,think!

Aku melihat Aiman duduk di bangku dan bersandar ke dinding.goyang kaki je kau eh?! Aku terus menghampirinya.aku kena minta maaf dulu baru terbuka sikit hati dia nak buat aktiviti ni sama sama.

"Oitt,sory bro pasal tadi.sory ehh"aku memulakan percakapan."heh.."balas Aiman ringkas lalu terus mengerluarkan phone dalam koceknya.ewah ewah...senangnye kau jawab,nakkk je aku smackdown kan dia ni.Harap je tak boleh nak buat.nanti tak pasal pasal masuk berita awani tajuk utama.sabar Mira sabarr...

"Weyy,aku minta maaf.kosong kosong okey?"rayuku.Aiman hanya memandangku sekilas lalu terus leka bermain dengan phone miliknya itu.Ya Allah,bagusnya respond kau..Okey kali ni kau kene bagi ayat tiptop gitu.You can do it Mira! Go Mira go!!

Aku terus melutut dihadapanya.Aku dapat lihat mukanya yang sedikit terkejut.fuhhh okey mula! "Dear Aiman Hakim yang handsome lagi bergaya.Saya,Amira syuhada ingin meminta beribu ribu ampunnn malah berjuta juta satu per dua kuasa tiga darap enam tolak negatif satu punca kuasa dua ditolak dengan nombor perdana bagi empat tambah lima ampunnn"aku merayu kepadanya dengan memegang kedua tanganku ke depan.haaaa ambik kau.sekarang macam mana? Aku kasi kaw kaw dah tuu.

"Annoying lah bodoh"balas Aiman dengan muka selambanya.wait?! Tu je.annoying sangat ke aku ni?hmm sakitnya tuh disini di dalam hatiku...."Sekali lagi aku mintak maaf" rayuku dengan nada lembut.okey ni last kalau dia still dengan egonya,memang aku bawak masuk dinosour suruh makan dia hidup hidup haha kejam.

"Aku maafkan kau"balas Aiman.jap betul ke ni? Betul ke apa aku dengar ni?baru je nak tempah dinosour.takut lah tuuu "Akhirnya!! Kau bagi jugak maaf kau tu kat aku.Eh kau tahu tak betapa susahnya aku nak cari ayat di luar kotak fikiran aku.Mula mula aku nak selitkan subjek sains lepastu sejarah lepastu bio dan akhirnya aku pilih math dalam ayat aku hanya semata mata nak mintak kemaa....."

Aiman dengan pantas menutup mulutku dengan kemas."bising ah kau ni.mulut tu macam cik kiah jual ikan dekat pasar malam.Tak habis habis nak promote ikan dia,padahal ikan bilis cap gajah je pun,sama je dengan kau tu.potpet potpet tak habis habis"giliran Aiman pula memberi tazkirah yang bertajuk 'Cik Kiah bersama ikan bilisnya'.mula dah nak sama kan aku dengan benda lain.tadi barbie,sekarang cik kiah lepasni tak tahu pulak aku dia nak samakan aku dengan sape.Entah entah dia samakan aku dengan mak cik jual kuih atas bumbung agaknya.

"Dah jom pergi ambil checkpoint,dah lambat dah ni"sambung Aiman lagi.Aiman terus melangkah menuju ke tempat yang ditetapkan,Aku hanya mengikutnya dari belakang.kami terus memulakan aktiviti kami.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang