|keesokkan hari|
Harini adalah hari terakhir aku berada di Terengganu.Terasa berat pula hati ingin meninggalkan negeri ini.
Setelah aku mengemas barang,rakan sebilikku iaitu Huda mengajakku turun ke bawah.Aku adalah orang terakhir yang keluar dari bilik hotel itu.Setelah aku turun ke bawah,aku memberikan kunci bilik itu kepada Cikgu Lina.
Lantas,aku terus menuju ke bas untuk meletakkan beg ke dalam bas itu.Setelah selesai,aku terus menaikki bas.
Aiman sudah melambai lambai ke arahku tanda mahu aku duduk di sebelahnya.Aku hanya mengikut sahaja permintaan Aiman itu.Lantas aku terus duduk di sebelahnya.
Aku melihat Aiman sedang menahan ketawanya dari tadi.Aku mula berkerut dahi."asal kau ni?" Tanyaku.
"Bangun jap" kata Aiman.Aku membuat muka tertanya-tanya."aku cakap bangun,bangun lah!" Katanya sekali lagi.
Kerana disuruh,aku terus bangun."cuba tengok belakang kau tu haha" kata Aiman sambil ketawa kecil.
Terbeliak mataku apabila aku melihat seluarku terkena tepung! "Holy shit!! Sape punya kerja ni?! Babi lah manusia macam ni erh!! Dahlah pakai seluar hitam!" Marahku.Aku melihat Aiman yang dari tadi tergelak terbahak-bahak.
"Aiman,kau jangan cakap yang kau.......jap! Memang kau yang buat pun kan?! Babi apa kau haa,letak tepung dekat seat aku?! Eeee,ni lah sebab aku benci kau!" Marahku sambil menepuk nepuk belakangku.
"Yee memang aku yang buat! Hahaha.Bisanya mulut kau,sampai babi kau panggil aku.Sampai hati!" Balas Aiman.
Setelah tepung di belakangku hilang,aku kembali duduk lalu memandang ke arah lain sambil berpeluk tubuh.Malas mahu layan si Aiman ni.
"Kau nak tahu tak" Aiman berkata.Aku diam.Sumpah takde mood nak bersuara.Aiman cuba memandangku.
"People who are angry with each other for the silly little things usually are the ones who care about each other the most"sambung Aiman lagi.
Aku terus menoleh ke arah Aiman.pandai dah speaking mamat ni...
"Aizac ke ajar kau speaking bagai nak rak ni?" Aku bertanya."Tak.Menteri perdagangan Mexico ajar aku speaking" balas Aiman.
"Tak kelakar lah sial!" Aku menumbuk lengan Aiman."tak percaya sudah..." jawab Aiman ringkas.Aku masih setia memandangnya dengan pandangan tajam.
"Jom tidur" pelawa Aiman sambil mengenyitkan matanya ke arahku.aku sedikit terkejut dengan reaksinya.
"Macam mana aku nak tidur kalau aku tak mengantuk lagi!" Balasku.Aiman berfikir sejenak."hmm,meh aku bacakan bedtime story dekat kau" jawab Aiman.
"Haih...yelah,silakan" balasku ringkas.
Aiman P.O.V
"Once upon a time...or maybe twice...." belum sempat aku ingin menghabiskan ayatku tiba tiba aku terdengar Amira ketawa."hahahahahahahahaha tak kelakar langsung" kata Amira dengan riak wajah serious.aik? Ingat suka rupanya hampeh.
"Nak aku sambung tak ni?" Tanyaku."Sambung jelah" Kata Amira lalu mengambil topi di atas kepalaku lantas terus menyarungkan ke kepalanya.nakal eh kau! Suka hati je nak pakai topi aku.Tanpa membuang masa aku terus menyambung ceritaku.
"Once upon a time...or maybe twice,there's a boy name Aiman.He is 17 years old...." tiba tiba Amira mencelah."kalau setakat nak cerita pasal kau,baik takyah! Aku dah tahu dah ending dia macam mana"Kata Amira."hek eleh kau ni.Dengar lah dulu,kau ni ponn" kataku.
Aku terus sambung kembali."Aiman is a good boy.Very good boy until......" tiba tiba aku mendengar dengkuran kecil daripada Amira.aik? Tidur dah? Mujarab betul story aku ni..Aku masih nekad untuk bercerita walaupun Amira sudah tidur.
"Until........the day i met you,my life changed.The way you make me feel is hard to explain.You make me smile in a speacial kind of way.you make me fall deeper in love EVERYDAY.i dont care how many people are in the world,all i want is you,Amira...End of story" aku berkata lantas aku terus merenung ke wajah Amira yang sedang nyenyak tidur.
"Kalaulah kau dengar apa yang aku cakap tadi..."aku berkata sambil melihat ke wajah Amira.Lalu aku terus mendekati ke telinganya."sweet dream Amira Syuhada" bisikku perlahan.
Aku kembali menghadap ke depan semula lalu perlahan-lahan memejamkan mata dan akhirnya aku terlena.
Amira P.O.V
aku membuka mataku perlahan-lahan setelah beberapa jam aku terlena.aku terus pandang ke luar tingkap.eh? Dah sampai? Lajunya bas ni gerak.
Aku menoleh ke tepi pula.kelihatan Aiman sedang nyenyak tidur di sebelahku."Baiklah semua,kita sudah sampai di sekolah.sila turun ke bawah untuk mengambil beg kamu yee"kata Puan Lina.Lantas,aku terus memgejutkan Aiman.
"Woi,bangun!!" Aku berkata.kelihatan Aiman sedikit pun tidak bergerak."bangunlah manusia!" Sekali lagi aku berkata tetapi keadaan Aiman masih sama.dah mati ke budak ni?
"Bangunn sahurrr!!" Aku menjerit ke telinga Aiman."umm..err.....Aku datang bulan,kau pergilah sahur sorang sorang!" Balas Aiman yang masih memejamkan matanya.What?! Datang bulan! Tak sedar diri langsung yang dia tu lelaki.
Hatiku panas,sudah berapa kali aku kejutkan dia tapi sikit pun tak bangun.Dengan pantas,aku terus mencubit pipinya."Aduhh! Sakitlah siot! Apa kes cubit aku ni!" Jerit Aiman.
"Sape suruh tak bangun tadi.Padan muka haha!" Balasku lalu terus berdiri untuk melanglah keluar dari bas.
Kelihatan kereta mamaku sudah menungguku di hadapan pintu pagar sekolah.Aku cepat cepat mengambil beg milikku.
Setelah aku berlari ke kereta, tiba tiba Aiman menjerit namaku.Aku terus menoleh ke arahnya."selamat bercuti Amira!" Jerit Aiman dari jauh.Aku hanya tersenyum manis lantas terus masuk ke dalam kereta.
"Hai Mira!" Kedengaran satu suara garau di seat driver setelah aku masuk ke dalam kereta.Aku cepat cepat menoleh ke arah suara itu.
"AAHHHHHHHH!" aku menjerit sekuat hati.

YOU ARE READING
BOY BEST FRIENDS
SonstigesKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...