Bab 21

476 28 1
                                        

Seperti biasa sekolah aku akan ada perhimpunan pagi setiap hari.Setelah aku melangkah masuk ke kawasan sekolah,aku terus menuju ke dewan.Aku melihat perhimpunan pagi sudah pun mula dengan bacaan zikir daripada pengawas bertugas.

Kini tiba untuk guru-guru berucap."Baiklah murid-murid,Cikgu ada 1 pengumuman penting."pengumuman penting? Hmm macam menarik je nak dengar."esok lusa,sekolah kita akan mengadakan acara sukan tahunan kali ke-17" sukan tahunan? Seriously? Ahh,aku memang minat gile kalau bab bab sukan ni huhu.

"Memandangkan acara sukan tahunan itu akan diadakan pada esok lusa,cikgu mahu semua pelajar bergerak ke rumah sukan masing-masing selepas ini untuk membuat perbincangan"kata cikgu Azmi."Cikgu sudah tetapkan tempat perjumpaan masing-masing.Kamu semua boleh rujuk pada papan kenyataan di hadapan bilik guru" sambungnya lagi.

Perhimpunan pagi diakhiri dengan bacaan doa.Setelah bacaan doa diaminkan,maka perhimpunan pagi telah tamat.Semua pelajar bergerak ke tempat yang telah ditetapkan mengikut rumah sukan masing masing.

Sekolah aku terdapat 4 rumah sukan iaitu biru,merah,kuning dan hijau.Aku tergolong dalam rumah sukan berwarna kuning.Setelah aku melihat tempat yang aku perlu tuju di papan kenyataan,aku terus bergegas ke tempat tersebut.Rumah sukan aku ditempatkan di dewan.

Setelah aku sampai di dewan,aku terus duduk di barisan hadapan."hai mira" kedengaran suara di tepiku."eh?Airil? Kau...kau..rumah sukan kuning ke?" Aku berkata dengan nada sedikit terkejut."yee,cikgu masukkan aku dalam rumah sukan kuning.kenapa? Salah ke?" Balas Airil sambil menjongketkan kening.

Baru sahaja aku ingin berkata tiba tiba suara Aiman menyampuk."Hoi! nak join jugak"balas Aiman lalu terus duduk di sebelahku.eh? Aiman pun? Ouhh ye.Dah 5 tahun dia sekolah sini takkan aku baru tahu dia satu rumah sukan dengan aku? Haih Mira,Mira..."eh asal kau duduk sini! Shuh....shuh pergi lah tempat lain!"balasku sambil menolak Aiman.

"Baiklah semua pelajar,sila beri perhatian!" Tiba tiba suara cikgu Basri kedengaran.Aiman dan Airil cepat cepat duduk di sisiku.haihh,dulu kat panggung wayang.sekarang dekat dewan pulak.

"Memandangkan tahun ni bertemakan cartoon,jadi cikgu mahu kamu semua memberi cadangan untuk cartoon bagi rumah sukan kita dan mestilah berasaskan kuning kerana kita ni kan,rumah kuning" cikgu basri berkata.

Cartoon? Hmm,cartoon apa warna kuning ek? Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang "saya cadangkan kita pilih cartoon spongebob!".spongebob? Hahaha mesti comel! Dan satu lagi suara kedengaran di sebelahku "Saya cadangkan kita pilih Cartoon Minion cikgu!" Wahh,minionn macam best!

Aku melihat cikgu cikgu sedang berbincang tentang cadangan yang telah dibuat sebentar tadi.beberapa minit kemudian,Cikgu Basri kembali bersuara "Baiklah,memandangkan semua cadangan yang kamu buat tadi semuanya bagus bagus belaka.Cikgu mahu kamu pilih antara spongebob dan minion,mana satu pilihan kamu?" Aku mendengar sorakan yang kuat dibelakang "minion...minion...minion...minion!!!!"

Kedengaran sorakan bagi cartoon minion semakin kuat.aku melihat Aiman dan Airil turut menyokong 'Minion'."Bertenang pelajar,bertenang.memandangkan sokongan lebih kuat bagi cartoon Minion,dengan ini cikgu memilih cartoon Minion bagi tema rumah sukan kita pada tahun ini!" Cikgu Basri membuat keputusan.Kedengaran suara "yeayyy!!!" Dari belakang menandakan semua pelajar bersetuju.

"Baiklah,tema sudah kita pilih.Mari kita pilih si pemakai maskodnya pula!" Sambung cikgu basri.siapalah yang bertuah tu kena pakai costume minion nanti HAHAHA! Kelihatan mata cikgu liar mencari pemangsa yang kena memakai maskod nanti.Tiba-tiba mata cikgu terhenti di barisan aku duduk.alamak! Jangan aku..jangan aku..tunduk mira tunduk..

"Haa,cikgu memilih Amira,Aiman dan Airil untuk menjadi maskod kita!" Cikgu Basri berkata.Alah,asal aku dengan dua mamat tak guna tu..eee! Takde orang lain ke?! Muka Aiman dan Airil tersangatlah COOL apabila cikgu menyebut nama diorang malah mereka berdua memandangku dengan senyuman sinis!

"Baiklah,sesiapa yang ingin masuk dalam pembarisan,sila hantar nama kamu kepada Cikgu Lina.Bagi sesiapa yang ingin menyertai acara sukan pula,sila beri nama kepada saya yee" cikgu Basri berkata."memandangkan sesi perbincangan sudah tamat,kamu semua boleh bersurai sekarang"sambungnya lagi.

Tanpa membuang masa Aku,Aiman dan Airil terus pergi menuju ke kelas."eh,kamu bertiga.sini kejap" kedengaran suara cikgu Zila memanggil kami dari belakang.Kami terus menuju ke arah Cikgu Zila.

"Ada apa cikgu?" Airil berkata."kamu jadi maskod kan?" Balas cikgu Zila sambil menjongketkan kening."yee cikgu" kami bertiga serentak menjawab.

"Haa,cikgu sebenarnya nak tetapkan watak bagi kamu ni" watak? Bukan minion tu serupa je ke muka dia? "Watak apa cikgu?" Balas Aiman."Cikgu nak Aiman dan Airil jadi minion,boleh?"jawab cikgu Zila.diorang jadi minion? Dah aku?

"Saya cikgu?"tanyaku sambil menunjukkan jari ke arah diriku."haa,kamu pula jadi pisang boleh?"balas Cikgu Liza.what? Pisang?! Apakah? Kenapa pisang?!?!?

"Pisang?" Airil dan Aiman saling berpandangan sambil menunjukkan ke arahku.sebaik sahaja Aiman dan Airil memandangku dari atas sampai bawah lalu tawanya dikeluarkan"HAHAHAHAHAHA!!" Cis cake punya manusia! Gelakkan aku eh? Siap korang!

"Kenapa pisang cikgu?"tanyaku lagi."Alahh apa salahnya kalau kita buat lain daripada yang lain? Kalau minion je tak best! Betul tak Aiman dan Airil?" Balas cikgu zila sambil memandang ke arah mereka berdua."Haa,betul tu cikgu! Memang sesuai sangat dah dengan si Mira tu.HAHAHA!" mereka kembali ketawa.sesuailah sangat....

"Dah dahh,apa lah kamu ni.Kesian si Mira tu.Habis malu dibuatnya.Baiklah cikgu nak jumpa kamu besok yee untuk latihan pembarisan" cikgu Zila berkata."Okey cikgu" kami serentak menjawab lalu kami bertiga terus pergi menuju ke kelas.

Aiman dan Airil dari tadi memandangku dengan tawanya ditahan."yelah aku sedar,aku sape...pisang kan?" Aku berkata dengan nada tenang."HAHAHA,tahu pun!" Balas diorang yang masih dengan ketawa hambarnya...takpe takpe..Sabar mira sabar...tunggu jelah esok lusa.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang