PANGG!!!!!!
"Airil!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati.Alangkah terkejutnya aku melihat Airil terbaring di atas lantai.Tanpa membuang masa,aku terus menuju ke arahnya.
"Kau okey tak ni?!" Tanyaku dengan nada cemas.Airil hanya diam.Aku mula risau.Lantas,aku terus meletakkan tanganku ke dahinya.
"Ya Allah! Panasnya!" Kataku.ini mesti sebab mandi hujan tadi..."Jom lah masuk...kat sini sejuk" sambungku.Airil masih lagi kaku di situ.
Dengan pantas,aku terus mengangkat badannya.aduh...beratnya badan dia.Aku meletakkan tangannya ke bahuku lalu menggunakan sepenuh tenagaku untuk mengangkatnya.Airil juga turut membantuku untuk mengangkat badannya.
Akhirnya,Kami berdua masuk ke dalam rumah lalu terus menuju ke bilik Airil.Aku meletakkan Airil ke atas katil perlahan-lahan.
"Kau demam ni.." kataku setelah meletakkan Airil ke katil.Kedengaran Airil batuk.Aku mula risau akan kesihatannya."kau tunggu sini kejap.Aku nak ambil ubat dekat dapur"kataku lalu terus berdiri.
Belum sempat aku mengatur langkah,tanganku dipegang erat.
"Stay close, dont go" kata Airil dengan suara serak.kedengaran batuknya lagi."aku nak ambil ubat je.Aku tak pergi mana mana pun" balasku.Tanganku masih lagi digenggam erat.
"Ubat ada dalam laci sebelah aku ni" Airil menunjukkan laci di sebelahnya.Tanpa membuang masa,aku terus menuju ke laci tersebut.Kelihatan ada panadol bersama satu botol air.Aku terus mencapainya.
"Nah,makan ni" aku menghulurkan 2 biji panadol kepada Airil.Dia terus mengambil panadol itu lalu menelannya bersama air yang diminum.
"Aku nak ambil tuala jap.Nak letak dekat dahi kau" kataku lalu terus menuju ke dapur.
"Can we spent a day together? Just you and me" kata Airil.Langkahku terhenti apabila mendengar ayatnya.Aku mula berkerut dahi.Aku tidak faham apa yang Airil cuba sampaikan."Maksud kau?" Tanyaku
"tak payah lah pergi mana mana.Teman aku kat sini" balas Airil.Aku mengeluh "kalau aku tak ambil tuala tu,nanti kau tak sihat" jawabku.
"Aku dah sihat dah kalau kau ada sebelah aku"balasnya sambil tersenyum.erk? Lain macam je ayat dia..Tanpa membuang masa,aku terus menuju ke katilnya semula.
"Jom main game" kata Airil.Aku berfikir sejenak.demam demam macam ni pun nak main game? Biar betul dia ni. "Er...boleh aa" balasku.
"Ok.Game dia macam ni,kau beli pizza.aku makan"Kata Airil selamba.
"Apa bodoh punya game kau ni?!" Balasku sambil menumbuk lengan Airil.
"Hahahahahaha aku gurau jelah" ketawa Airil.tiba tiba dengar dia batuk.haa..gelak lagi,kan dah batuk.
"Kau ni...dah tahu demam,tapi nak juga gelak" kataku."dah lah! Aku nak ambil tuala jap" sambungku lagi lantas terus bangun.tanganku dipegang secara tiba tiba."Apa lagi kau ni?!" Aku menoleh ke arah Airil semula
"Aku.....aku tak nak kau tinggalkan aku...."kata Airil.Hangat tangannya semakin aku rasa.Aku tersenyum memandangnya.
"Aku pergi sekejap je...sekejaapp jee.okay?" Balasku.Genggamannya semakin erat.Aku cuba untuk melepaskannya tetapi gagal."Airil....please?" Kataku lagi.
Akhirnya airil melepaskan tanganku.Aku senyum kepadanya lalu terus keluar dari bilik Airil.
Aku ke hulu ke hilir mencari tuala untuk diletakkan ke dahi Airil tetapi satu pun tak jumpa.Yelahkan ni bukan rumah aku,manalah aku tahu,tuala letak dekat mana.Lupa pula nak tanya Airil tadi.Aku terus mencari lagi.
Akhirnya, aku jumpa juga sehelai tuala kecil setelah beberapa minit kemudian.kat sini rupanya diorang simpan.Aku terus basahkan sedikit tuala itu lantas menuju ke bilik Airil semula.
"Aik? Dah tidur?" Kataku setelah aku melihat Airil tidur dengan nyenyaknya.Tanpa membuang masa,aku terus meletakkan tuala tersebut ke dahinya.
"Semoga kau cepat sembuh" bisikku lalu terus mengatur langkah untuk keluar dari biliknya.
Tanganku dipegang.Aku cepat cepat menoleh ke arahnya.yee,Airil sedang memegang erat tanganku dengan keadaan yang masih lagi memejam rapat matanya.Genggamannya semakin erat.Airil ni mimpi ke apa?
Disebabkan tanganku dipegang erat oleh Airil,aku tidak boleh bergerak kemana mana.Lantas aku terus duduk di atas kerusi yang berada di sisi katil bersebelahan dengan Airil.
Keadaan hujan yang lebat di luar membuatkan suhu menjadi sejuk.Mataku semakin lama semakin berat.Sudah 45 minit mataku mencelik memandang Airil yang sedang lena tidur.kehadiran Puan Aini dan Puan Liza masih lagi tidak muncul.Dan Akhirnya aku terlena di sisi Airil.
"Assalamualaikum!" jerit Puan Aini setelah mereka berdua pulang dari pasar."Mana budak budak ni? Senyap je" Kata Puan Liza.Mereka mula mencari kelibat Amira dan Airil.
"Ya Allah,ke sini rupanya kamu berdua" kata Puan Aini setelah dia masuk ke dalam bilik Airil.Puan Liza terus mendekati anaknya.
"Mira...Bangun sayang" kata Puan Liza sambil menggerakkan badan anaknya.Kelihatan Amira mula mengangkat muka.
"Bangun cepat.Kita nak balik dah ni" kata Puan Liza."pergi basuh muka tu" sambungnya lagi.Setelah mendengar sahaja kata kata Puan Liza,aku terus bangun.
"Eh? Airil ni kenapa?" Tanya Puan Aini setelah melihat anaknya terlentang di atas katil.Aku terus menoleh ke arah Puan Aini."umm...errr..dia demam" kataku dengan keadaan yang masih mamai.
"Hmm yelah.Mira pergi lah kemas barang tu.Harini kan Mira nak balik" balas Puan Aini.Aku hanya mengangguk lantas terus keluar dari bilik Airil.
Setelah aku selesai membasuh muka,aku terus menuju ke bilikku untuk mengemas barang barangku.aduh, banyaknya barang nak kena angkut dalam kereta.
"Haa mira,dah siap?" Kata Puan Liza."Dah maa"balasku ringkas."pergi letak barang tu dalam kereta" jawab Puan Liza.Aku hanya mengangguk lantas terus membawa kesemua barangku menuju ke kereta.
Aku melihat Airil masih lagi dalam keadaan tidur.Bila lah kau nak bangun haih.Aku kembali menyambung langkahku menuju ke kereta.
Setelah melangkah keluar,aku melihat Puan Liza meletakkan keretanya luar dari halaman rumah.aduh,kenapa mama letak kereta jauh sangat,tak larat dah ni...
Setelah aku sampai ke kereta,aku meletakkan barang barangku sekaligus ke dalam kereta.malas mahu letak satu satu.Tiba tiba bekas yang berbentuk bulat milikku jatuh lalu bergolek jauh dariku.haih! Jatuh pulak!
Aku terus mengejar bekas yang bergolek itu.Agak jauh juga bekas itu bergolek dan akhirnya ia berhenti.Fuhhh penatnye! Aku terus mencapai bekas tersebut.
PINGGGGG!!!!!
Aku cepat cepat menoleh ke arah bunyi hon kereta itu.
BAMMMMMM!!!!
Terasa hentakan yang kuat pada seluruh badanku.Bekas yang aku capai terlepas dari genggamanku.Aku terbaring di atas jalan ber-tar.Darah mula mengalir di kepalaku.Kedengaran hentakan kaki sedang menuju ke arahku.
"Mira!!!"
"Miraaa...."
"Mira..."
Terasa diriku tidak berdaya lagi untuk melihat di sekalilingku.Pandanganku menjadi kabur.Mataku mula memejam.Akhirnya mataku sudah menutup rapat sebelum semuanya terpadam.Gelap.itu sahaja yang aku dapat lihat pada saat ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
BOY BEST FRIENDS
RandomKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...