Hmm minggu ni dah start kelas tambahan dan kelas malam.Welcome to busy life Mira.Dugaan budak SPM huhuhu.
Aku melanglah masuk ke sekolah lalu berjalan menuju ke kelas sambil menyanyi."aduhh!!" kedengaran suara seseorang terjatuh yang membuatkan aku berhenti menyanyi dan pantas pergi menuju ke arah suara itu
"Eh? Airil? Kau jatuh ke? Kau okey?" Aku berkata sebaik sahaja aku melihat Airil terjatuh di atas lantai.eh? Dia buat apa tu? Bukan ke tadi dia terjatuh? Aku sedikit keliru apabila melihat Airil membuat tekan tubi di tempat dia jatuh.
"Haa? Apa? Jatuh? Mana ada.Aku buat tekan tubi ni haa"balas Airil sambil membuat tekan tubi dengan lebih laju.LOL nak cover lah tu Hahaha."Wahai Airil Syafiq,kalau dah jatuh tu tak payahlah nak berlakon pulak.elok elok dah jatuh kau pergi buat tekan tubi pulak HAHAHA!"jawabku sambil ketawa.
Muka Airil mula merah.Airil dengan pantas menarik kakiku dengan kuat.Aku terjatuh betul betul dihadapan Airil."aduhh! Sakitlah gile!"Aku berkata sambil menolak dahi Airil.Nak balas dendam pun agak agak lah.sial punya Airil,huhh!! "HAHAHA! Sekarang,baru kau tahu macam mana aku rasa tadi! Padan muka welkkk"balas Airil lalu dia terus bangun.
"Dahh,cepatlah bangun! Nanti lambat pulak pergi kelas" Airil berkata."Sabarlah!" Balasku lalu aku terus bangun.
"Ahhhhh!" Aku menjerit kesakitan dan sekali lagi aku terjatuh."eh asal kau ni? Nak berlakon jugak ke?" Airil berkata dengan nada terkejut.Kerana risau,Airil terus memeriksa kakiku.
"Laa,kau terseliuh rupanya"balas Airil apabila dia melihat kakiku."Ni semua salah kau! Kalau kau tak tarik kaki aku tadi,sah! Aku takkan jadi macam ni!"Balasku dengan nada marah.
"Alaa,sorylah.Aku nak kau join aku jatuh je tadi hehe"balas Airil selamba."sory naik lori lah bro!"balasku ringkas."yelah yelah.memandangkan sekarang ni tak ada lori,meh aku bawak kau dekat bilik rehat" balas Airil.
Airil terus mengangkatku lalu meletakkan tanganku ke bahunya.aduhh tegapnya bahu dia.Aku hanya dapat berjalan terhincut hincut.Kami terus pergi ke bilik rehat yang tidak jauh dari tempat kami jatuh tadi.fuhh nasib dekat.....kalau tak,memang patah lah kaki aku nanti
Setelah kami sampai,kami terus masuk ke dalam bilik rehat itu.Airil meletakkan aku di atas kerusi.Airil tanpa segan silu terus melutut dihadapanku.eh?! Apa dia nak buat ni?! Nak mintak maaf lagi ke? Airil terus menggosok kakiku yang masih bersarungkan stokin dengan perlahan.wow! Pandai betul dia urut.Hilang sikit rasa sakit ni.
KRINGGGG!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu p&p akan bermula.Alamak dah nak masuk kelas ni.kaki aku masih sakit lagi ni.Alah Mira bangun jelah,stay strong! Baru sahaja aku hendak bangun tiba tiba Airil memegang kedua dua belah bahuku agar tidak bergerak."ehh,kau tak payah pergi kelas.Duduk dan rehat"Airil bekata sambil menepuk nepuk bahuku.
"Tapi....tap....tapi..."Balasku gagap."Tak ada tapi tapi.Nanti aku beritahulah Cikgu yang kau terseliuh tadi.Janganlah risau" jawab Airil lalu mengenyitkan matanya.tapi aku nak belajar! Bosan lah aku nanti duduk sini. "Hmm yelah yelah"balasku ringkas dengan nada yang sedikit hampa.
Airil tersenyum lalu keluar meninggalku menuju ke kelas.haihh apalah cikgu kata nanti.Disebabkan Aku terlalu bosan di dalam bilik rehat,aku terus melihat sekeliling bilik ini.Tiba tiba mataku terlihat sebuah peti kecemasan yang tergantung di atas dinding.ahaa! mesti ada minyak untuk hilang rasa sakit pada kaki aku yang terseliuh ni.
Aku perlahan-lahan bangun lalu menuju ke peti kecemasan.Got it! Jumpa pun kau! Rasa gembira terbit di hatiku apabila aku melihat minyak yang aku cari,ada di dalam peti tersebut.Tanpa membuang masa,aku terus membuka penutupnya lalu menyapu pada kakiku.
Suhu yang sejuk di dalam bilik rehat itu membuatkan aku rasa mengantuk dan SAPPP!! aku tertidur di atas katil yang tersedia di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
BOY BEST FRIENDS
De TodoKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...