Bab 28

431 23 0
                                    

BAAMMMM!!!

Tiba tiba pintu dipecah.Perasaan sedihku bertukar menjadi gembira.Alangkah bahagianya aku melihat Aiman dan Airil kembali.Sungguh perasaan aku Bahagia.Tetapi aku masih lagi dapat lihat kesan lebam pada muka kedua dua jejaka itu.

Semua orang di dalam bilik itu serentak memandang ke arah mereka berdua dengan perasaan sedikit terkejut.Aizac kembali bangun lalu pergi ke arah mereka berdua.Maka berlakulah aksi tumbuk menumbuk.

Entah bagaimana aku boleh tidak perasan yang Aiman sedang membuka ikatan pada diriku.setelah semua ikatan telah dibuka,Aiman mengajakku keluar dari bilik itu."Airil macam mana?"aku berkata."Takpe,kita ada plan.Dah cepat keluar" balas Aiman

Baru sahaja kami ingin keluar,Tiba tiba ada seorang menyerang Aiman.Aku kaku.Tidak tahu ingin membuat apa."Mira....LARI!" Aiman menjerit ke arahku.

"Tap....tapi...tapi..."Balasku gagap.Sungguh aku kaku.Aiman berusaha menumpaskan pihak lawannya.Akhirnya dia berjaya.Aiman terus menuju ke arah aku lalu mengangkatku ke bahunya.Aku penat,lemah dan tidak berdaya.

Akhirnya Kami berjaya keluar dari kawasan itu.Aiman membawaku menuju ke kereta Airil.sesampai kami di kereta,Aiman terus masukkan aku ke dalam perut kereta."mira,kau tunggu sini kejap.Aku nak tolong Airil" Aiman berkata dengan nafas yang laju.Aku hanya mengangguk tanda setuju.Tanpa membuang masa,Aiman terus pergi.

Tanganku terketar-ketar.Aku risau takut takut mereka berdua tidak berjaya keluar dari kawasan itu.Ya allah,kau selamatkanlah mereka berdua.Aku melihat jam di tangan.Sudah pukul 3 pagi.Aku mula risau.

Tiba tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu.Aku cepat cepat menoleh ke arah tinggkap.Aku menangis kegembiraan apabila melihat Aiman dan Airil berada di tepi pintu.Aku terus membuka pintu belakang.Kelihatan Airil begitu lemah.Terdapat banyak darah berlumuran.Aiman terus menutup pintu belakang lalu terus menuju ke seat driver.

Aku dapat melihat konco-konco Aizac sedang mengejar kami.Aiman dengan pantas meluncur laju ke hadapan meninggalkan kawasan itu.Aku melepaskan nafas lega.Aku memandang ke arah Aiman.Aiman Kelihatan begitu focus memandu.Aku menoleh ke arah Airil pula.Dia sedang berbaring di tempat duduk belakang sambil mengusap pipinya.

"Terima kasih sebab selamatkan aku tadi" aku berkata."it's okay.We're here to protect you" Aiman membalas."Kau ada luka kat mana mana tak? Sakit ke?" Sambung Aiman lagi.Aku terus melihat seluruh badanku.Kelihatan tiada lebam mahupun luka."Tak"balasku ringkas.

"Bagus,Sekarang aku akan hantar kau balik rumah" Aiman berkata."err....sebenarnyakan.....Kau balik tak rumah lepas kena belasah kat sekolah tadi?"aku bertanya.Aku melihat dia mengeluh.

"Masa kitorang kena belasah cukup cukup dekat sekolah tadi,Kitorang tidak putus asa untuk dapatkan kau balik.Kitorang takut mak kau risau nanti.Aku tahu,sebab kitorang......kau dalam bahaya.Kitorang tak sepatutnya buat macam tu kat kau.Aku mintak maaf.Pada mulanya memang Aku nak balik,bersihkan diri dulu tapi kitorang takut,kitorang akan kehilangan kau nanti.Jadi,tanpa membuang masa,kitorang terus ikut dari belakang.Mujur diorang tak perasan" terang Aiman panjang lebar.

Mendengar sahaja keterangan aiman sebentar tadi,aku jadi terharu.Mataku kembali berkaca.Sampai macam tu sekali diorang nak tolong aku."Aku tak tahu nak ucap macam mana....korang memang BestFriend gile gile ah bagi aku" aku berkata.Aiman hanya memberi senyuman kepadaku.

"Err......mak aku tak tahu ke pasal ni?" Aku bertanya."tak" balas Aiman ringkas."tapi aku rasa mak kau akan risau sebab sekarang ni dah hampir pukul 4 pagi.Mesti dia ingat ada apa apa yang terjadi dekat kau" sambungnya lagi.Aku hanya memgangguk tanda faham.

Aizac P.O.V

"SHIT!!! takkan lah 2 orang manusia pun....korang tak boleh handle!!! Sekarang tengok...tengok!! Habis hancur! Ni sebab kecuaian korang!!! Erghh!!" Aizac melepaskan marahnya kepada konco konconya.Sungguh dia marah!Konco konconya hanya tunduk rapat ke lantai.

"Aku tak kira! Aku nak perempuan tu sampai dapat! Find that girl NOW!! I need she. Jangan bagi 2 ekor tu ada dengan dia" jerit Aizac kepada konco konconya.

"Aku akan cari kau Amira,sampai lubang cacing!" Bisik hatinya.

Amira P.O.V

"Aku nak tanya ni" Aiman mula bersuara."tanya apa?" Aku membalas sambil menjongketkan kening."Kau kenal ke mamat baju putih tu?" Aiman menjawab.

Aku sedikit terkejut mendengar kata katanya.Sejak Aiman membawaku keluar dari kawasan itu,aku sikit pun tidak mengambil tahu tentang lelaki itu.Aku malas lagi ingin berfikir tentang perkara itu.

"Err...rasanya aku tak kenal kot.Dia ada beritahu nama dia." Aku membalas."KOT? Means kau mesti pernah kenal dia kan? Cuma kau lupa.Apa nama dia?" Aiman berkata.

"Nama dia Amirul Aizac tak silap aku lah" aku berkata."ouh,aku rasa kau mesti kenal dia.Kalau tak,tak mungkin semua ni berlaku"Aiman membalas.Aku hanya berdiam diri.Tidak tahu ingin berkata apa apa.

"Takpe.Nanti kalau kau dah ingat siapa dia,kau bagitahu lah kat kitorang ok?" Sambungnya lagi.Aku hanya mengangguk sahaja tanda aku faham.

Amirul Aizac? Siapa dia sebenarnya? Kenapa dia boleh muncul dalam hidup aku?

BOY BEST FRIENDSWhere stories live. Discover now