Puan Liza ke hulu ke hilir di hadapan pintu wad.Sungguh hatinya risau.Satu satunya anak perempuannya sedang dirawat di dalam bilik di hadapannya.Ya Allah apa semua ni?!
"Auntyyy!!!" Kedengaran satu suara berkumandang.Puan Liza dengan pantas,menoleh ke arah suara itu.
"Aiman?!" Puan Liza mula berkerut dahi.Kelihatan Aiman sedang berlari ke arahnya.Nafas Aiman turun naik setelah dia berhenti berlari.
"Bukan ke kamu sekarang ni ada dekat Pulau Pinang?" Tanya Puan Liza.
"Aiman dengar mira......mira..." nafasnya masih lagi tidak stabil kerana berlari dengan pantas tadi.
"Puan." Tiba tiba seorang doktor lelaki menghampiri kami berdua.Puan Liza yang dari tadi memandang Aiman,terus menoleh ke arah doktor itu.
"Doktor....macam mana dengan anak saya?!" Kata Puan Liza dengan nada cemas.
"Bertenang Puan.Anak Puan sudah stabil,cuma...." belum sempat Doktor itu menghabiskan ayatnya,Aiman sudah memotong."Cuma apa doktor?!" Suara Aiman meninggi.
"Encik ni siapa? Suami pesakit ke?" Tanya doktor itu sambil menunding jari ke arah Aiman.
"Yee saya,kenapa? Ehhh jap! bukan bukan! Saya kawan dia hehe" Balas Aiman yang dari tadi tersengih sambil menggaru kepala.Puan Liza hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum.
"Ouhh,nampak macam 25 tahun.Badan tegap,tinggi....." kata kata doktor itu terhenti apabila Puan Liza berpura pura berdehem.
"Doktor,macam mana anak saya?" Tanya Puan Liza.
"Ouh,maaf.Anak puan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.Dan disebabkan itu,anak puan dalam keadaan koma sekarang ini" Balas doktor itu dengan nada sayu di hujung ayat.
Puan Liza dan Aiman seperti mahu pengsan apabila mendengar yang Amira dalam keadaan koma.
"Berapa lama dia koma,doktor?" Tanya Aiman.Doktor itu terus menepuk bahu Aiman."hmm,itu kami tidak pasti.Kita hanya boleh berdoa sahaja ketika ini,agar dia cepat sedar.Insya Allah,dengan izin tuhan,pasti dia akan sedar" balas doktor itu.
"Boleh kami tengok keadaan dia?" Tanya Puan Liza."Boleh Puan" balas Doktor itu dengan ringkas.
Lantas Puan Liza dan Aiman terus menuju ke bilik wad Amira.
KRINGG!! KRINGG!!
Tiba tiba telefon milik Puan Liza berdering.Puan Liza terus mencapai telefon miliknya di dalam beg,Lantas terus menjawab panggilan tersebut.
Aiman sedang bersandar di dinding sambil tangannya di masukkan ke dalam kocek.Dia ingin masuk ke dalam bersama sama dengan Puan Liza.Aiman hanya menunggu di tepi pintu bilik wad itu.
Setelah panggilan dimatikan,Puan Liza terus kembali ke arah Aiman semula.
"Aiman,Aunty nak mintak tolong boleh?" Tanya Puan Liza."Tolong apa Aunty?" Tanya Aiman.
"Tolong jagakan Amira.Aunty ada hal dengan Uncle jap.Nanti bila dah selesai,Aunty datang balik yee?" Kata Puan Liza.Aiman hanya mengangguk perlahan setelah mendengar kata kata Puan Liza tadi.
Tanpa membuang masa,Puan Liza terus bergegas ke lif yang berhampiran dengan wad.Aiman hanya memerhati sahaja gerak geri Puan Liza sehingga kelibatnya hilang.
Aiman P.O.V
Aku terus memulas tombol pintu bilik wad Amira.Dalam hati,aku berdoa agar Amira dalam keadaan baik.Aku terus membuka pintu perlahan-lahan.
Setelah pintu dibuka,aku terus masuk ke dalam.Aku melihat Amira sedang terbaring elok di atas katil.Terdapat banyak wayar yang melingkar di badan serta kepalanya.Hatiku sebak melihat keadaannya.
Beep
Kedengaran bunyi mesin setelah aku menghampirinya.Aku terus duduk di atas kerusi yang tersedia di sisi katil.
Kelopak mata yang terpejam rapat,membuatkan Amira begitu indah sekali pada pandangan matanya.Tapi...sampai bila matanya mahu terpejam?
"Amira..." aku mengusap pipinya lembut."kau nak tahu tak?" Tanyaku.yee,aku tahu dia tidak akan dengar apa yang aku cakap.Tapi aku tidak kesah.
"Sehari tanpa kau...hidup aku tak aman.Nak tahu sebab apa? Sebab.....aku rindu nak buli kau,rindu nak bergurau dengan kau,rindu nak dengar gelak tawa kau.Aku rindu semua tu!! Tapi kalau kau dalam keadaan macam ni....Aku rasa bukan sehari dah tanpa kau tapi entah bila aku boleh lepaskan semua rindu tu...." kataku.
"Aku......"
KRINGG!! KRINGG!!
Tiba tiba telefonku berbunyi.Aku terus mencapainya di dalam kocek seluarku.Kelihatan nama Airil tertera di skrin telefon.Lantas,aku terus menjawab panggilan tersebut.
"Assalamu......." belum sempat aku menghabiskan ayatku,tiba tiba Airil memotong
"Weyy!! Kau ada dekat mana?!" Tanya Airil dengan cemas
"Ish kau ni! Baru je aku nak bagi salam,kau dah masuk" balasku
"Sorry ah! Weyy,kau dah tahu ke pasal berita kemalangan Amira tu?!"
"Aku dah tahu.Sekarang ni aku ada sebelah Amira ni"
"Eh? Bukan ke kau ada dekat Pulau Pinang ke sekarang ni?" Tanya Airil
"Memang pun.Tapi bila aku dengar je pasal berita tu,aku terus datang sini"
"Amira macam mana?"
"Keadaan Amira dah stabil.Cuma sekarang ni dia tengah koma"
"Ouhh,aku......" tiba tiba aku dengar Airil batuk di hujung talian.
"Eh! Kau okey tak ni?!" Tanyaku
"Hah? Erm..er...Aku okey.Batuk sikit je ni..."balas Airil
"Kau makanlah ubat.aku dengar batuk kau tu macam teruk je" kataku
"Ye yee...Kau jangan risau.Weyy esok aku nak datang melawat Amira.Aku nak tengok keadaan dia"
"Hmm yelah"
"Okey aku nak makan jap.Take care Amira tau.Assalamualaikum"
"I will take a good care of her.don't worry.Waalaikumsalam" dan Akhirnya talian dimatikan.
Aku kembali melihat Amira.Dia begitu tenang sekali.Aku memegang tangannya erat.sejuk.itu yang aku dapat rasa setelah aku memegang tangannya.
"Amira...."
"Stay strong!"
"Aku sayang kau"
"Jangan tinggalkan aku okey?"
"Aku nak kau jadi teman hidup aku"
"Aku.....aku....aku sukakan kau"
"Dari dulu lagi aku nak bagitahu semua benda ni since we meet"
"Suatu hari nanti,aku nak KAU jadi iste......"
TOK...TOK....TOK...
Tiba tiba pintu diketuk.Apabila pintu dibuka,kelihatan Puan Liza sedang menuju ke arah kami.Aku terus bangun lalu melemparkan senyuman.
"Macam mana dengan Amira? Okey?" Tanya Puan Liza.Aku hanya mengangguk sahaja.
"Dahlah tu Aiman..Dah lewat ni.Kamu tu baru je balik dari Pulau Pinang.Mesti penatkan? Biar Aunty pulak jaga dia.Kamu pergi lah balik dulu.Esok kan ada lagi?" Kata Puan Liza
Aku melihat jam di tanganku.Sudah hampir pukul 12 tengah malam.Aku kembali melihat Amira yang terpejam rapat matanya.Hatiku terasa berat ingin meninggalkannya.
"Kamu balik dulu yee?" Kata Puan Liza.Aku terus menoleh ke arah Puan Liza.
"Baiklah Aunty...Aiman pergi dulu" balasku.Dengan rela hati,aku melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Jumpa lagi Amira"

ANDA SEDANG MEMBACA
BOY BEST FRIENDS
De TodoKisah amira syuhada seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai seorang pembuli setia iaitu Aiman hakim yang selalu membulinya dan mengacau hidup amira namun kedatangan Airil syafiq membuatkan amira lagi tertekan dengan sikapnye yang sama dengan A...