Bab 22

450 27 0
                                        

Keesokkan harinya...

Setelah habis sahaja kelas tambahan petang,Aku mengemas buku buku yang berada di atas meja masuk ke dalam beg.Semua pelajar keluar dari kelas untuk pulang.

"Hmm,lagi 30 minit latihan pembarisan akan bermula.Baik aku tidur dulu" kataku seorang diri lalu aku terus tidur dengan muka menghadap ke tepi.

Aiman P.O.V

"Bro,aku nak naik kelas jap.Nak rehat,penat" Aku berkata. "cepat sikit wehh.Latihan pembarisan lagi 30 minit je ni"  balas Airil sambil menepuk bahu Aiman.Tanpa membuang masa,Aku terus menuju ke kelas.

sebaik sahaja aku masuk ke kelas,langkahku terhenti apabila melihat Amira sedang tidur.heh,dari sini pun aku boleh cam kau mira..

"Aduhh panasnya kat sini" Aku berkata sebaik sahaja aku masuk ke kelas.haihh,lebih baik aku tanggal baju.Baru tak rimas. " Ehhh kejap! Nanti kalau Mira sedar macam mana pulak?" Aku berfikir sejenak."ahh,biar jelahh...dia bukan sedar pun.Lagipun si Mira ni suka tidur mati.lantak ahh" kataku.

Dengan selamba,aku terus menanggalkan baju sekolahku.Kerana kepenatan,aku terus tidur menghadap ke muka Mira.

Amira P.O.V

Aku perlahan lahan membuka mataku.Aku menggeliat sedikit.ahh i got my energy backk...Aku memandang keluar kelas hmm sunyi..jap pukul berapa dah ni?! Aku cepat cepat melihat jam pada tanganku.Alamak! Dah pukul 4?! Shitt! Latihan tu start pukul 3!!!

Aku mengelepar sedikit sambil tanganku mencari telefon yang berada di atas meja dann ZAPPP!! aku terpegang tangan seseorang. Alangkah terkejutnya aku melihat Aiman dengan hanya memakai singlet hitam yang sedang tidur menghadapku. what?! Tak malunya dia ni!

Aku terus bangun dari tempat dudukku lalu mengambil baju sekolah milik Aiman. Aku mengibas-ngibas ke arah mukanya. "weyyyy,bangun!" Kataku.Aiman masih lagi tidur dengan nyenyak.ishh..Tidur tak ingat dunia.sekali lagi aku mengejutnya "BANGUN!!!"

"Ishh! Bising ah.Orang nak tidur ni!" Balas Aiman lalu menyambung tidurnya.ergh! tak sedar diri betul mamat ni kan. Aku memikir jalan untuk membuat dia bangun semula.aha! Got it!

"Abangku sayang,bangun cepat, sahur ni" Aku berkata dengan nada menggoda. "pergilah sahur sorang sorang!" balas Aiman yang masih memejamkan matanya.huh! Kurang asam! Aku tidak boleh bersabar lagi.Aku terus menendang kerusi Aiman dengan kuat."Woi gile! Bangun ah!" Aku menjerit di telinganya.

Aiman dengan pantas membuka matanya dan terus bangun.Dia terus menolakku ke dinding lalu menahanku dengan kedua dua belah tangannya.apa pulak kali ni?! Aiman memandangku dengan pandangan yang sangat tajam.Aiman mula mendekatiku.Mukanya hampir menyentuh ke mukaku.ahh sudah!

Dia terus menghampiri ke telingaku lalu berbisik "kalau nak kejutkan orang,bukan macam ni sayang" balasnya dengan senyuman nakal! Dia kembali menghadap ke mukaku.Baru sahaja dia mahu menyentuh pipiku,tiba tiba satu suara kedengaran.

"Woi! Korang buat apa tu!" Airil berkata ke arah kami.aku dan Aiman memandang Airil serentak."Entah Aiman ni! Tiba tiba je nak dekat dengan aku!" Aku bersuara sambil menjeling ke arah Aiman.

"Yang kau tu ber-singlet pehal?" Balas Airil yang ingin menahan tawanya."haha,saja nak buat macho depan si Mira ni." Jawab Aiman sambil mengusap rahang tajamnya itu.hek eleh kau ni! Buat macho konon,puih!

"Hahaha,kau ni nak buat macho pun sampai berjam jam.Kau tahu tak, latihan pembarisan dah habis!"jawab Airil. "APA?!" Aku dan Aiman berkata serentak.habis dah?! Ahhhhh!!!!!

"Ni,kau punya pasal lah ni! Eeee kalau nak ikutkan hati aku...nak je aku tikam jantung kau.Cuma....cuma.."kataku gagap di hujung ayat."cuma apa?" Airil dan Aiman serentak berkata sambil memandangku dengan riak wajah yang sangat serious.

"Cuma....hmm,takda apa lah.Dah,aku nak balik.bye" aku terus keluar dari kelas."ouh btw,jumpa korang esok" sambungku lagi lalu meninggalkan mereka berdua.hmm,perlu ke aku beritahu? Lupakan jelah mira.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang