Bab 34

425 21 1
                                        

|7:00 a.m.|


Aku membuka mataku perlahan-lahan.Aku menggeliat sedikit.Keadaan dalam bilik ini sungguh gelap.Aku terus berdiri lalu menuju ke tandas.

Sesampai aku di tandas,aku terus membuka tudungku yang masih kekal di kepala.huhh,seharian aku tak tanggal tudung.Nasib time tidur tudung tak buat hal.

Rambut panjangku dilepaskan lalu aku terus mencapai berus gigi yang tersedia di dalam tandas.Aku menggosok gigi dengan mata yang masih tertutup.terasa berat untuk membuka mata.

"Oit!" Kedengaran satu suara di pintu tandas.Aku terus menoleh ke arah suara itu.Perlahan-lahan aku membuka mata. "AAAHHHHHHH" aku menjerit.Alangkah terkejutnya aku melihat Aizac dengan selambanya bersandar di tepi pintu.

Aku terus mengambil ubat gigi yang ada di singki lalu membaling ke arah Aizac."KELUAR!! ERG!!" Aku menjerit.Setelah Aizac berundur ke belakang,aku dengan pantas menutup pintu.

Aku mengeluh panjang sambil mengusap wajahku.aduhh,dahlah aku tak pakai tudung.Boleh pulak Aizac tengok macam tu je.Tanpa membuang masa,aku terus sambung memberus gigi.

Setelah aku sudah membersihkan diri,aku melangkah keluar dari tandas.kelihatan Aizac berdiri di depan pintu tandas.Aku sedikit terkejut.

"Sorry,aku tak sengaja tadi" Aizac berkata.Aku hanya berlalu pergi menuju ke katil.Aizac hanya memerhati gerak geriku dari tadi.

Setelah semua barang aku telah ambil,Aku keluar dari bilik itu.Aizac hanya mengekoriku dari belakang.

Kelihatan sebuah bas sudah berada di hadapan pintu hotel.Cikgu Lina sedang menunggu kami berdua di luar.Setelah selesai Aizac berurusan di kaunter,kami melangkah keluar dari hotel itu.

"Kamu berdua okey tak ni?" Tanya cikgu Lina.kami berdua hanya mengangguk lalu terus menaikki bas itu.

"Miraa! you know what?! I was like hell thinking about you! Kau pergi mana semalam? Si Aizac ada buat apa apa dekat kau ke?" Soal si Aiman.

"Aku pergi cari kau ah semalam.Yang kau lama sangat dalam tandas apa kes?" Balasku."Laaa,aku tak lama pun pergi tandas sebenarnya.Ni haa,si Amir yang ajak aku pergi tengok wayang semalam" jawab Aiman.

"Kut yee pun nak tengok wayang,kenapa tak ajak?" Aku bertanya."Semalam si Azri ni cari kau,tapi tak jumpa.Kau pergi mana?"tanya Si Aiman.haihh soalan dibalas soalan.

"Kitorang pergi dekat bas,asal takde?" Aizac pula mencelah."Ouh,Pak Mail kata,dia pergi isi minyak tadi.Banyak sangat kereta,tuu yang lambat sikit" Balas Aiman.

"Kitorang cari korang semua,asal takde?" Giliran aku pula yang bertanya."Semua orang dah berpakat nak tengok wayang sama sama,tak tahu pulak cerita tu lama sikit nak habis"balas Aiman.Aku dan Aizac pandang antara satu sama lain "ouhhhh".


Bas mula bergerak.Aku yang dari tadi berdiri terus duduk.Baru sahaja Aizac ingin duduk di sebelahku,tiba tiba Aiman menghalangnya.

"Kali ni aku pulak duduk sebelah mira.Kau blah" kata Aiman.Aizac sedikit terkejut dengan reaksi Aiman tadi.

Aizac hanya menjeling tajam ke dalam mata Aiman.Lalu dia terus pergi menuju ke seat belakang meninggalkan Aiman yang masih berdiri.

Aiman terus duduk disebelahku dengan senyuman manis diberi.Aku hanya memerhati sahaja gelagatnya."Kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Aiman

"Saje" balasku.Sejak aku dengan Aizac bersama semalam,perkataan 'saje' sering sahaja aku guna."Saje kepala hotak kau! Macam nak makan aku ada ahh" jawab Aiman

"Aku memang ada kepala dan otak.Kenapa? Jealous lah tu,sebab dia takde.haha"balasku sambil ketawa kecil.Aiman memberikan jelingan maut kepadaku.

"Bukak mulut kau jap" Aiman berkata."buat apa?" Tanyaku sambil menjongketkan kening."aku kata bukak,bukak lah!" Jawab Aiman

"Cakap dulu baru aku buk....." dengan pantas Aiman menyumbat sekeping roti ke dalam mulutku dengan kasar.Tersedak aku dibuatnya.Kelihatan semua pelajar bertumpu ke arah kami berdua.

"Amaran,jangan tiru aksi ini di rumah anda yee" Aiman berkata kepada semua pelajar yang sedang memandang ke arah kami.Mereka semua ketawa kecil.si Aiman ni memang suka sangat buat lawak.Terbatuk-batuk aku apabila aku cuba untuk menelan roti itu.

"Nak ni?" Aiman menunjukkan sebotol air ke arahku sambil tersenyum sinis.Aku cuba untuk merampas botol air itu dengan pantas tetapi gagal.Aiman menolak dahiku dengan jari telunjuknya.

"Bagi lah!" Rayuku."Kalau kau nak....cakap dulu yang kau sayang aku haha" gurau Aiman.terbeliak mataku apabila mendengar kata katanya itu.Aku hanya mampu menggeleng.

"Bagilah aku air tu dulu.Sakit tekak aku ni!" Aku berkata.Aiman memandangku tajam."Lepas kau minum,buat apa yang aku suruh!" Balas Aiman.

Aku hanya mengangguk laju.Tidak boleh untuk bersuara lagi.Aiman terus menghulurkan botol air itu.Cepat cepat aku merampas botol air itu.Aku meneguk air dengan begitu laju.

"Pfffffffhhhhhhhh" Tersembur aku setelah aku merasakan tekakku sangat pedih! Aku cepat cepat melihat botol air itu."Bangang! kau bagi aku air bergas? Sakit tekak aku,kau tahu tak?!" Jerit aku lalu terus membaling botol air itu ke dada bidang milik Aiman itu.


"Padan muka! Sape suruh tak tengok botol air tu HAHAHA!" gelak Aiman dengan sekuat hati."eh? Buat lah apa yang aku suruh tadi" sambungnya lagi.

Aku memandang Aiman dengan riak wajah marah "welkk" aku menjelir lidah ke arahnya."Biadapnya engko!" Aiman berkata dengan renungan yang tajam.

"Amir! Pinjam gunting kau jap! Aku nak potong lidah si minah biawak ni.Nakal tak bertempat!" Aiman menoleh ke arah Amir yang duduk bertentangan dengannya.

"Tak payah layan sangat si Aiman ni,susahkan kau je cari gunting" aku mencelah.Aiman cepat cepat memandangku."eh kau tak payah nak menyibuk" Kata Aiman

"Eh? Kau yang gatal gatal nak potong lidah aku pehal? Kau lah sibuk!" Balasku sambil menjeling ke arah Aiman.

Aiman malas mahu melayanku lalu terus berpaling ke arah Amir. "Woi Amir! Apa lambat sangat kau nak cari gunting tu!!" Jerit Aiman.Aiman terus berdiri untuk melihat Amir yang dari tadi hanya senyap tak berkata.

"Celaka! Kau dengar lagu rupanya! Patutlah tak dengar!" Aiman melepaskan marahnya."HAHAHAHAHA! padan muka!" Gelak aku sekuat hati.

Aiman terus menoleh ke arahku.Baru sahaja dia ingin berkata tiba tiba cikgu Lina bersuara dihadapan.

"Baiklah,kita sudah sampai ke destinasi yang kita tuju.Semua pelajar boleh turun."Kata puan Lina

Aku memberikan senyuman kepada Aiman lalu terus keluar meninggalkan dia di dalam bas.haha kejam.

BOY BEST FRIENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang