Bab 37

438 21 1
                                    

"Hai Mira!" Kedengaran satu suara garau di seat driver setelah aku masuk ke dalam kereta.Aku cepat cepat menoleh ke arah suara itu.

"AAHHHHHHHH!" aku menjerit sekuat hati.Alangkah terkejut aku melihat orang yang berada di sebelahku.

"Ayah buat apa kat sini! Ya Allah,mira rindu ayah tahu tak?!" Kataku sambil mengalir air mataku.Sungguh aku rindu untuk melihat wajah ayahku.Dari awal tahun lagi ayahku selalu kerja out station.

"Ayah nak jemput kamu lah.kerja dekat out station tu Ayah dah habis dah sebabtu ayah balik sini.kenapa nangis ni? Rindu ehh" jawab Encik Nizam.

"Rindu lahh!" Lantas aku terus memeluk ayahku.

"Dah dah,jom jemput mama pulak.nanti lama pulak dia tunggu tu" kata Encik Nizam."jemput mama? Bukan ke mama ada dekat rumah eh?"tanyaku.

"Takdelah,mama kamu pergi shopping tadi.ouh lupa pulak,harini kita nak pergi kenduri sepupu kamu"jawab encik Nizam.Aku hanya mengangguk sahaja.

Setelah kami menjemput mama,kami terus menuju ke kenduri itu.Sepanjang perjalanan pergi ke sana,aku hanya menghabiskan masa dengan tidur.

"Mira sayang,bangun.Kita dah sampai ni" kata puan Liza kepada anaknya.Aku terus bangun lalu membaiki sedikit tudungku."dah jom keluar" kata Encik Nizam.Lantas aku terus keluar.

Aduhh ramainya orang kat sini.Dahlah aku pakai macam ni. "Mira,mama dengan ayah nak masuk dalam kejap.nak tengok pengantin.Kamu tak nak masuk ke nak Kenal kenal dengan sepupu kamu?" Tanya Puan Liza.

"Err....takpelah maa,Mira tunggu dekat luar jelah.Lagipun Mira nak makan ni,laparrr hehehe" balasku.Puan Liza hanya mengangguk lalu terus masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa,aku terus mengambil makanan.Wahh,banyak gile lauk kat sini! Mana satu ni nak pilih..waduhh.

"Hoi!" Tiba tiba seseorang menepuk di belakangku."Opocot mak kau!" Aku melatah sedikit kerana terkejut.Aku cepat cepat menoleh ke belakang.

"Airil?! Wey,kau buat apa sini?"kataku sambil tersenyum."Buat apa lagi,makan ah! Kau buat apa pulak sini" tanya Airil."alahh kau nii! Tak nampak aku tengah ambik lauk ni?" Jawabku.

"Ouhhh.Jom ah duduk dekat meja aku!" Pelawa Airil.Lantas kami berdua terus menuju ke sebuah meja kosong.

"Tak sangka en dapat jumpa kau.Tak silap aku,bukan ke harini kau baru balik dari lawatan ke Terengganu eh?" Tanya Airil yang duduk bersebelahanku."Tu laa,mak bapak aku yang paksa pergi kenduri ni.aku ikut jelah"balasku.

"Assalamualaikum wahai anak mudaa" kedengaran satu suara yang sangat aku kenali.Kami berdua terus menoleh ke arah suara itu.

"Aiman?" Aku dan Airil serentak berkata.memang dah jodoh ke apa? Asyik asyik jumpa muka yang sama je. "Kau buat apa dekat sini? Tanya Airil.

"Aku pergi kenduri sepupu aku lah" balas Aiman."eh? Aku pun pergi kenduri sepupu aku jugak" sekali lagi aku dan Airil serentak berkata.aduh,macam manalah boleh serentak pulak ni!

Kami bertiga saling berpandangan.Keadaan kembali senyap."err.....Dahlah jom makan.Lapar tahap dewa dah ni" Suara Aiman memecah kesunyian.Lalu kami duduk berbual bersama sama.

"Eh mesra je mama nampak kamu bertiga ni.First time jumpe dah mesra dah?" Tiba tiba suara Puan Liza mencelah.Kami bertiga serentak memandang ke arah Puan Liza.

"Eh? Kitorang dah kenal lama dah,mama baru tahu ke?" Tanyaku."Laa,dah kenal lah ni? Jadi kamu semua tahu lah siapa kamu bertiga sebenarnya" balas Puan Liza.mama ni dah kenapa?

"Apa mama merepek ni? Kenal apa maa? Tak faham lah" aku mula berkerut dahi."Tadi kata dah kenal lama.Takkan tak tahu pulak?" Jawab Puan Liza.

"Apa maksud Aunty ni? Kitorang sumpah tak faham" Airil mencelah.Puan Liza menggeleng kepala sambil mengusap wajahnya lembut.

"Haih.Sebenarnya korang bertiga ni dua pupu.Takkan tak tahu.Kata dah kenal lama" jawab Puan Liza.

"APA?! DUA PUPU?" kami bertiga serentak berkata sambil memandang antara satu sama lain."maa,betul ke ni? Mama jangan nak bergurau pulak siang siang buta ni" kataku dengan riak wajah hairan.

"Yee,kamu bertiga sebenarnya dua pupu" tiba tiba Encik Nizam mencelah.rasa macam nak pengsan je.Takkanlah Airil dan Aiman tu dua pupu dengan aku?

"Kenapa kitorang baru tahu?" Aiman berkata.Kami bertiga menunjukkan riak wajah seperti ingin tahu.

"Kamu semua ni pernah jumpa masa korang baby dulu.Masa umur korang 1 tahun,korang semua berpisah.Mira,kamu pergi pindah KL.Aiman pulak,Terengganu dan Airil,Johor.Lepas je korang semua berpisah,Korang semua tak jumpa dah.Lately memang ibu bapa kamu semua busy.Aunty pun baru tahu yang kamu semua ni satu sekolah tapi sayang,kamu semua tak kenal yang korang ni sebenarnya dua pupu" terang Puan Liza panjang lebar.

Kami bertiga hanya mendiamkan diri sahaja.Disebabkan kenduri ni lah,aku baru dapat tahu yang Aiman dan Airil ni dua pupu aku.

"Haa,alang-alang kamu bertiga ni dah jumpa,malam ni tidur rumah Aunty" tiba Puan Aini mencelah.tidur? Alamak!

"Maa,tidur rumah kite ke?" Airil bertanya kepada ibunya."Yee.Macam mana? Setuju tak?" Kata Puan Aini.

"Haa,bagus jugak.Kitorang ok je" balas Puan Liza.Aku sempat memandang mama."maa! Takkan lah nak tidur rumah dia! Baju Mira macam mana?" Bisikku ke telinga Puan Liza.

"Baju mira mama dah siap bawak dah"balas Puan liza.Aku hanya pasrah.Ikutkan hati memang aku tak nak tapi nak buat macam mana.Redho jelah.

"Aiman? Kamu macam mana?" Tanya Puan Aini.Kami berlima serentak memandang ke arah Aiman.

"Maaflah Aunty,Aiman tak tidur rumah Aunty malam ni.Family kitorang nak berangkat ke Pulau Pinang malam ni" kata Aiman.

"Ouhh takpe takpe.Takde rezeki lah tu.InsyaAllah lain kali aunty ajak lagi yee" balas Puan Aini sambil tersenyum.

BOY BEST FRIENDSWhere stories live. Discover now