Ayam berkokok di mentari pagi. Sudah lama dia tidak mendengar bunyi itu. Bunyi yang menjadi penggera jam bagi setiap penduduk kampung. Rindu sungguh dengan suasana kampung sebegini.
Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Tidak sabar untuk membersihkan halaman rumah kayu itu. Walaupun kepenatan masih tersisa, dia gagahkan jua dirinya untuk menebas lalang-lalang di sekitar kawasan rumah tersebut. Hari ini hari terakhir di kampung. Esok dia akan menghadiri temuduga di syarikat terkemuka di ibukota.
Sebuah Toyota Camry hitam menderu masuk ke perkarangan rumah pusaka Opah. Upin yang sedang giat menebas lalang menghentikan aktivitinya seketika. Mata cuba mendapatkan pandangan yang lebih eksplisit. Namun gagal kerana cermin kereta itu berwarna gelap. Siapakah individu yang berada di dalam kereta itu? Mengapa tiba-tiba dia berhenti di sini? Kak Ros ke? Ipin?
Seorang lelaki berbangsa India keluar dari perut kereta. Upin mendekati lelaki itu. Dia semacam kenal dengan lelaki itu. "Ni Upin ke Ipin?"soal lelaki berbangsa India itu.
"Upin. Ni siapa?"soal Upin.
"Dey Upin. You tak ada ingat sama saya ka? Ini Rajoo lah. Kita pernah go adventure sama-sama dulu. Ingat tak?"
"Rajoo anak lelaki Muthu kah?"
"Dey ya lah."
"Woo...Rajoo long time no see you. Sappy mana Sappy?"soal Upin berkenaan lembu kesayangan milik Rajoo.
"Itu Sappy sudah lama mati. You pun apa khabar, dengar itu cerita you belajar di US. Banyak hebat."
"You lagi banyak dahsyat ah, sudah pakai kereta besar. Dulu tunggang lembu saja."seloroh Upin.
Rajoo tergelak kecil. "Ini kereta my wife punya. Kereta saya lagi besar."maklum Rajoo berbunyi riak namun hanya berseloroh.
"Wife? Sudah kahwin takda jemput. Tak guna punya kawan."
"Alah, itu wedding kecik-kecik saja. Lagipun I tak tau macam mana mahu contact sama you."
"Uncle Muthu sihat?"
"Dia banyak sihat. Tiap hari asyik kira duit saja. Eh, jomlah ikut pergi kedai makan baru, jumpa sama saya punya appa juga."
Upin bersetuju. Dia segera menyalin pakaiannya.
**
"Dey Upin!! Banyak besar sudah kamu. Lama sudah tidak jumpa." Uncle Muthu kelihatan gembira menyambut kehadiran Upin. Mana tidaknya, Upin lah yang menyerikan suasana di warungnya dahulu sungguhpun Upin dan Ipin seringkali menganggunya.
"Uncle apa khabar? Banyak sihat?"
"Sihat sahaja. Ipin and itu you punya kakak...siapa nama?"
"Ros."
"Ya Ros! Apa khabar mereka?"
"Sihat-sihat alhamdulillah."
"Okey tak apa you duduk dulu, I masak you punya feveret."
Upin hanya akur. Dia memerhati segenap ruang restoran itu. Melilau matanya melihat sekeliling. Sungguh kagum dengan kemajuan Uncle Muthu membangunkan perniagaannya. Dari sebuah gerai kecil kini sebuah restoran berhawa dingin.
"Banyak majulah business Uncle."
Rajoo hanya tersenyum. "Ini semua orang tua itu punya usaha. Appa banyak kerja keras untuk ini."kata Rajoo walaupun premis ini sebenarnya miliknya dan dihadiahkan kepada bapanya.
"Apa password Wifi?"
"sappy1234"
Upin ketawa kecil. "Sayang sangat dengan lembu itu. Apa jadi dengan Sappy?"
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...