Ros melipat sejadahnya. Telekungnya yang berjenama Siti Khadijah ditanggalkan. Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada notifikasi Whatsapps masuk. Ros mencapai telefon pintarnya. Satu mesej daripada anak tirinya Ara diterima. Ara bertanya khabar. Ros tersenyum. Dia kemudian membalas mesej anaknya.
[Ara]: Salam mama... How are you doing?
[Ros]: Wasalam. I'm fine alhamdulillah. Ara macam mana?
[Ara]: Ara okay mama. Mama bila nak balik sini? I miss you...
[Ros]: Awwhh... Mama pun rindu Ara. But Mama tak boleh janji sebab keadaan adik Mama ni getting worse.... Haritu ada abang ipar dia datang rumah ni pukul dia teruk... Tu yang Mama risau..
[Ara]: Awh no.. teruk ke mama... Mama can i call you.
Ara mahu menelefon ibunya kerana lebih mudah untuk bercakap. Satu panggilan dari Ara dijawab.
"Hello Mama... Teruk ke ma?"
"Hello Ara... Teruk jugak, yelah tengah sakit macam tu ditambahnya lagi sakit kena pukul.."
"Owh... kesian pulak dekat Uncle... Hah Ma... jap ni Papa nak cakap." Ara menghulurkan telefonnya kepada bapanya.
"Hello Ros."
"Abang hello."
"Bila nak balik? Lama lagi ke kat sana?"
"I'm not sure lah abang. Why dah rindu ke?" Ros sengaja bergurau.
"Hmm...rindu. How's your brother tu?" soal Zafri.
Ros terpaksa menceritakannya semula. "He's not doing so well. Haritu his brother in law datang pukul, teruk jugak..."
"What?! Why? You dah lodge police report ke?"
"Tak lodge report pun. Ipin tak nak. Dia tak perbesarkan hal ni. I dengan Upin dah try pujuk dia untuk buat report but he still with his decision. Takkan kita nak paksa lagi kan."
"Hmm... i see. You okay tak Ros? Ni dah makan belum ni?"
"Dah lunch tadi. I cook kari daging for lunch."
"Sedapnyaaa...."Zafri mula menelan air liur. Dia rindu akan masakan isterinya. apat merasai air tangan isterinya, hanya dijamu dengan air tangan orang gajinya, Markonah.
"Ros cuba untuk balik secepat mungkin ya bang."
"It's okay Ros. No worries okay. You selesaikan apa yang patut dekat kampung tu. I okay je dekat sini."
"Terima kasih abang kerana faham dengan keadaan Ros."
"Okaylah Ros. Take care sayang. I love you. Assalamualaikum.."
"You too take care abang. Love you too. Waalaikumusalam." Panggilan dimatikan. Ros bersyukur dijodohkan dengan seorang lelaki yang memahaminya. Ya, memang benar Zafri ada masanya terlalu berkeras dengan egonya. Namun pada hakikatnya, Zafri merupakan seorang lelaki yang baik dan disebabkan itu Ros bersetuju untuk berkahwin dengannya walaupun umur mereka beza 15 tahun. Ros pada mulanya menolak untuk meneruskan hubungan mereka kerana pertama sekali, jarak usia mereka agak ketara dan keduanya Ros khuatir jikalau Zafri sebenarnya suami orang. Selepas Ros mengetahui status sebenar Zafri yang merupakan duda yang kematian isteri, barulah Ros membuka ruang untuk Zafri menambat hatinya. Sikap Zafri yang ambil berat, pemurah, bijak dan budiman telah berjaya menarik perhatian Ros. Hanya selepas setahun perkenalan, Ros akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Zafri setelah hubungan mereka mendapat sokongan kuat daripada anak-anak Zafri. Cuma yang menjadi satu masalah, Zafri ini terlalu paranoid dengan masa depan anak-anaknya. Dia amat takut sekiranya anak-anaknya hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan disebabkan salah memilih pasangan hidup. Disebabkan itu, Zafri akan menjadi lebih tegas dalam isu perhubungan anak-anaknya. Dalam soal itu, Ros tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Biasalah, dalam perkahwinan mana ada yang 100% sempurna.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...