Mei Mei masuk ke dalam perut lif. Dia menekan butang nombor 5 memandangkan rumahnya terletak di tingkat 5 bangunan blok A Kondominium Chempaka Residency. Setibanya di tingkat 5, dia terus berjalan perlahan menuju ke rumah bernombor 8. Dia mendengus setelah melihat ada sepasang kasut tumit tinggi Carlo Rino berwarna coklat cair terletak di hadapan pintu rumahnya. Kasut itu tidak lain tidak bukan milik ibunya. Dia tahu ibunya tidak akan saja-saja datang tanpa sebab. Mei Mei mengeluarkan gugusan kunci dari beg tangannya. Dia membuka pintu grill dan kemudian pintu kayu rumahnya sebelum masuk ke dalam rumah. "What you didn't tell me you wanna come?"
"Since when do i need your permission to come to my own daughter's house?" balas Ling yang sedang berdiri memeluk tubuh sambil menikmati pemandangan menerusi tingkap kondominium anaknya.
Mei Mei sekali lagi mendengus. Dia kemudian mencampakkan beg tangannya ke atas meja sebelum merebahkan dirinya di atas sofa. Penat sungguh dia hari ini. Dengan klien yang mahu berjumpa di tempat yang berjauhan dengan pejabatnya, pagi-pagi pula tu, ditambah pula dengan keretanya yang buat hal di tengah jalan sehingga memaksanya untuk menggunakan perkhidmatan Grab.
"When are you going to tell me?" Ling menyoal anaknya lagi.
Mei Mei memandang ibunya dengan wajah yang kepenatan. "What ma? Please ma can't you see i'm so freaking tired." balas Mei Mei. Dia baru sahaja pulang dari pejabatnya dan ibunya pula seperti mahu memulakan pergaduhan dengannya. Hari ini sepatutnya dia cuti tapi entah kenapa dia perlu ke pejabat sebentar kerana rakan guamannya mahu bertemu. Mei Mei tahu pasti Edward telah pun memaklumkan ibunya mengenai status hubungan mereka berdua.
"Xiao Mei Mei." nada suara Ling mula berubah menjadi lebih serius. Dia mula bertegas. "I met Edward yesterday."
"So you knew already. That's good."
"Are you out of your mind?!" Ling mula berang. "I don't care what's your problem Mei Mei, you are going to meet him and apologize to him. Full stop."
"Ma please Ma. This is ridiculous! Stop forcing me. I'm not a child anymore. I'm 26 years old already for god's sake! Stop treating me like a child!"
Telefon Mei Mei tiba-tiba berdering dari dalam beg tangan. Ling yang berada berdekatan terus mencapai telefon pintar Mei Mei. Nama Mail terpapar pada skrin. Ling mendengus. Sekarang dia tahu siapa punca yang memecahkan hubungan anak perempuannya dan Edward. "All these... because of him is it?"
Mei Mei bingkas bangun lalu merampas telefon dari genggaman ibunya. "He has nothing to do with this. I broke up with Edward because i wanted to. Because he's manipulative, abusive, psychopatic man."
"Stop talking rubbish about your boyfriend! What's so good about this malay boy? He dumped you before this Mei Mei! You forgot already ah? I never taught my daughter to be so desperate. Chasing a malay guy like there's no Chinese man left on this world."
"He left me because of you! Stop pretending la Ma. I knew everything already. You are a very terrible person Ma!"
"How dare you talk to me like that?! Did Mail taught you that? Being rude with your own mother!"
"Stop dragging him into this! I knew what you did! You asked him to leave me because you don't want me to convert to Islam?"
"Yes Mei, i don't want you abandoned your religion because of that malay guy. Why is it so hard for you to understand!"
"First, it doesn't matter what is my religion because i'll always be you daughter. And secondly, Edward itself is a Christian, what do you expect their parents allowed him to be a Buddhist?"
Ling terdiam. Dia kehabisan kata-kata. Sejujurnya dia tidak ada isu pun sekiranya anaknya mahu menukar agama sekalipun, tidak kira agama Islam ataupun Kristian. Dia hanya menggunakan isu pegangan agama sebagai alasan untuk mengusir Mail dari hidup anaknya. Hal ini semua disebabkan keluarganya terhutang budi dengan keluarga Edward yang banyak membantu dari segi kewangan kepada dia dan Mei Mei setelah kematian suaminya.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...