BAB 7

498 48 0
                                    

Upin menyikat rambutnya yang disapukan pomade dengan kemas dan teliti. Wangian parfum Bvlgari Aqua disembur ke bahagian lehernya. Hari ini first date dia dengan Ara. Setelah hampir dua minggu berkenalan, terus Upin mengajaknya untuk keluar makan malam.

Kereta Nissan Teana hitam merupakan kereta kedua Mail dipinjam memandangkan dia masih belum mempunyai kereta kerana baru sahaja pulang dari luar negara. Upin bercadang mahu membeli rumah terlebih dahulu melalui pinjaman bank.

Kereta buatan Jepun itu menderu perlahan di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat berciri moden itu. Lama juga Upin tunggu.

Ara menyelak langsir bermaterial fabrik di jendela biliknya. Dia tersenyum sendirian setelah melihat sebuah kereta sedang berhenti di hadapan rumahnya.

"Mama! Ara pergi dulu." Ara meminta izin kepada ibu tirinya sebelum pergi. Dia mencium tangan ibu tirinya itu.

"Ya...jaga diri baik-baik. Jaga batas pergaulan tu."pesan mamanya.

Ara hanya mengangguk faham. Ara terus menuju ke kereta Upin. Sempat dia melambai ke arah ibunya yang sedang berdiri memerhatikannya dari tingkap. Upin mahu meminta izin sendiri kepada ibunya namun Ara menghalang. Kereta mula bergerak.

"Lama ke tunggu I tadi?"soal Ara sambil mengoles gincu merah hatinya. Terlupa benar dia untuk mengoles gincunya ketika berdandan tadi.

"Lama lah jugak."balas Upin. "Tak payah pakai lipstick pun takpe. I suka perempuan yang natural."kata Upin. "Lagipun you tak pakai makeup pun dah lawa."sambungnya lagi.

Ara tersenyum tersipu malu. "Kita nak pergi dinner kena makeup lawa-lawa."

Upin hanya tersenyum.

**

Meja yang sudah di reserved khas untuk temujanji mereka dihias kemas kain sutera putih serta gubahan bunga segar di sekitar meja itu. Lilin dinyalakan di tengah cukup menaiki jiwa romantis.

Upin memesan Beef Ribs Steak yang dimasak panas dilimpahi sos lada hitam pedas menyengat. Ara pula memesan Strip Loin Steak.

Alunan jazz berkumandang menyusup masuk ke kalbu. Sungguh indah sekali. Upin menghirup sparkling juice nya perlahan.

Upin memulakan perbualan dan temujanji pertama mereka berjalan dengan lancar. Dari biodata diri sehinggalah minat, hobi, lagu kegemaran dan beberapa kisah peribadi.

"PANG!"

Bunyi pinggan yang jatuh berkecai. Mata-mata mula tertancap ke arah pasangan itu. Lelaki itu menampar gadis itu. Orang ramai mula bermobiliti secara perlahan. Ada yang berniat untuk membantu namun masih ragu. Upin perhatikan lelaki itu. Lelaki itulah yang hampir melanggar Ara sebelum ini dia dan mula rasa sesuatu yang tak kena. Jika lelaki itu Edward maka...Dia cuba perhatikan betul-betul gadis yang ditampar lelaki itu. "Mei Mei!"teriak Upin. Teriakannya menarik perhatian pengunjung restoran itu.

Mei Mei yang sedang tersedu-sedu menangis tersentak. Upin terus berjalan pantas menuju ke arah lelaki itu. Satu tumbukan padu mengenai tepat ke muka Edward. Edward membalas tumbukan namun Upin sempat menepis. Upin terus membalas tumbukan berterusan.

"Upin stop!"jerit Ara namun tidak diendahkannya.

Dua orang pelayan restoran itu terus menahan Upin dari meneruskan serangannya. Upin sedikit meronta namun terhenti setelah tersedar Ara sedang berjalan pergi dalam keadaan marah. Upin terpaku sebentar. Dia mahu mendapatkan Mei Mei atau Ara. "Mei Mei, you wait here."

Upin terus berlari mengejar Ara. "Ara berhenti!"

Ara terus berjalan tanpa menghiraukan Upin. "Ara please."rayu Upin.

Ara memalingkan wajahnya ke belakang. "This is our first date. And you ruined it!"

"Ara, you tak faham. Mei Mei tu best friend I masa sekolah dulu. Kalau you tengok best friend you kena pukul, takkan you tengok je kan?"

Ara hanya membisu. "I balik dulu." Ara terus pergi. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ. Upin berdiri sejenak setelah beberapa minit teksi yang dinaiki Ara berlalu pergi.

Upin pergi mendapatkan Mei Mei usai menghubungi Mail. Edward telah dihalau oleh pihak pengurusan restoran kerana menganggu pelanggan lain.

"Are you okey?"soalku.

Mei Mei menggeleng. "No. I'm not okey."katanya sambil mengelap air mata.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Tell me."

"I wanted to end our relationship. But Edward can't accept that. Then he gave me a slap in the face."

Upin perhatikan kesan lebam pada pipi Mei Mei. Agak teruk. Upin hanya mampu menahan geram mengenangkan Edward. Tidak lama kemudian Mail tiba. Terpapar riak kerisauan di wajahnya.

Setelah melihat Mail boleh menguruskan segalanya, Upin meminta izin untuk pergi. Mail faham setelah Upin memaklumkan tentang Ara semasa Upin menghubunginya.

Nota penulis: Maaf kepada semua yang tertunggu-tunggu untuk bab ini. Lately ni saya agak busy sikit tapi saya akan carik jugak masa untuk siapkan bab-bab seterusnya untuk bacaan anda semua. Terima kasih kerana masih mengikuti kisah ini.

UPINWhere stories live. Discover now