"Datin, ada seorang lelaki nak jumpa Datin."
"Siapa lelaki tu?"
"Dia kata dia bekas pelajar Datin."
Yasmin puas cuba mengimbau kembali memori silam semasa dia mengajar di sekolah. "Okey takpa. Suruh dia masuk."
Interkom dimatikan. Beberapa saat kemudian pintu dikuak perlahan. Seorang lelaki melemparkan senyuman dan menuju ke arahnya.
"Silakan duduk."arah Yasmin.
"Assalamualaikum.. erm.. cikgu masih ingat saya lagi?"
Yasmin masih gagal mengingati identiti lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu. Dia hanya menggeleng perlahan.
"Dua singgit! Dua singgit!" Suasana menjadi janggal sebentar.
Yasmin semacam pernah dengar akan suara itu. Dia mula ingat sedikit demi sedikit. "Mail? Kamu ni Mail kan?"
Mail mengangguk mengiyakan.
Terserlah satu senyuman pada wajah Yasmin. Begitu juga Mail. Wasilah yang disangka putus semasa Mail dibangku tadika kini bakal diikat kembali.
"Apa khabar kamu Mail. Ya Allah, tak sangka kamu masih ingat kat saya."
"Khabar baik cikgu. Cikgu lah guru pertama kami. Takkan kami nak lupakan camtu je."
"Kamu dah berjaya sekarang ye Mail."kata Yasmin setelah menganalisis pakaian Mail yang beridentiti korporat.
"Alhamdulillah cikgu. Semuanya atas hasil didikan cikgu jugak."
"Alhamdulillah. Hmm... kamu masih contact dengan kawan-kawan masa tadika dulu.. Siapa tu? Upin.. Ipin, lagi Mei Mei..ramai lagilah."
"Tak semua. Adalah sebahagian. Lagipun saya jumpa cikgu ni ada hajat sikit."
"Hajat apa? Bunyi macam hal besar je. Nak meminang anak perempuan saya ke?"seloroh Yasmin. Namun jika betul pun apa salahnya.
"Cikgu ada anak perempuan? Boleh juga. Heheh.."seloroh Mail. "Gurau je cikgu. Sebenarnya kami cadang nak buat reunion."
"Cikgu okey je. Nanti saya check schedule saya. Bila tu majlisnya?"
"Tu tak pasti lagi. Kami masih cari kawan-kawan yang lain. Ni jumpa saja nak tanya kalau cikgu sudi ke nak pergi nanti."
"Takkan tak sudi pulak. Jika takda aral melintang insha allah cikgu datang."
Usai berbual, Mail terus pulang memandangkan ada orang kenamaan mahu berjumpa dengan Yasmin. Telefon pintarnya dikeluarkan. Nombor telefon Upin didail.
"Hello Upin."
"Hah..Hello, Mail ada apa?"
"Aku dah jumpa Cikgu Yasmin..."
"And then?"
"Dia kata boleh datang reunion tu tapi kena inform dia awal-awal lah."
"Great."
"Great memang great lah tapi sekarang ni yang ada berapa ketul je. Jarjit, Ehsan, Fizi, Dzul...yang dekat kampung Devi, aku, kau. Yang lain mana nak cari? Susanti confirm dekat Indonesia."
"Mei Mei?"
"Alright.. Mei Mei sekali. But still. Masih tak cukup. Plus, Ipin mana?"
Upin terdiam. Mail tidak mahu membincangkan perkara ini sekarang. Dia terus menghabiskan panggilan.
"Okey lah Upin. Malam esok jangan lupa, tempat biasa."
"Tempat biasa? Tempat itu hari ke?"
"Ye. Teddy & Co. Cafe tu."
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...