BAB 15

809 60 28
                                    

"Ipin mana?"

"Inilah sebabnya saya jumpa Kak Ros."balas Dahlia sambil mengusap lembut kepala anak kecilnya.

Markonah terkocoh-kocoh menatang sebuah dulang yang diletakkan dua buah cawan dan beberapa potongan kek red velvet hasil tangan Ara. "Maaf Datin, kelewatan sedikit."

"It's okey Mar. Nanti tolong siram pokok bunga kat belakang tu ya."arah Ros. Markonah hanya menurut. "So, kat mana dia sekarang?"

Dahlia mula keberatan. "Abang Ipin dekat hospital. Dia koma."

Ros tersentak. "What? Kenapa? What happen to him?"

"Abang Ipin sakit..."

"Dia sakit apa?!"

"Leukimia. Dah final stage. Doktor cakap tinggal beberapa minggu je lagi dia boleh survive..." kata Dahlia bernada sayu.

Ros termenung. Air mata tidak semena-mena mengalir.

Telefon Dahlia berdering. Satu panggilan dari hospital dijawab.

"Hello doktor."

"Hello Puan Dahlia. Saya ada berita tentang suami puan."

"Kenapa dengan suami saya doktor?"

"Encik Ipin dah sedar."

"Terima kasih doktor, kejap lagi saya sampai."

Panggilan dimatikan. Dahlia memandang wajah Ros. "Ipin dah sedar."

---------

Upin dan Jarjit bertemu di sebuah kafe selepas habis waktu bekerja. Sejak peristiwa melibatkannya dan Ara di kampung, Upin sudah lama tidak menjejakkan kaki ke kafe milik Ara.

"Kata ada benda penting? Apa yang pentingnya sampai tak boleh cakap dekat telefon?"soal Upin.

"It has to do with Ipin."

Upin tersentak. "Kau dah jumpa dia ke?"

Jarjit mengangguk perlahan.

Air yang diteguk hampir tersembur. "What!?" Upin meneguk perlahan teh aisnya. "Dia kat mana sekarang."soal Upin tenang cuba untuk menyembunyikan keterujaannya.

"Hospital."

"Apsal kat hospital lak?"

"Dia koma tapi tadi wife dia call katanya dah sedar."

"Dahlia?"

"Yelah. Tu jelah bini dia. Ke dia ada bini lain?"soal Jarjit.

Upin hanya membisu.

"Kau nak pergi jenguk dia tak?"

Upin terdiam seketika. Dia mengangguk perlahan.

---------

"Apa ni Dahlia?!"

"Saya cuma nak pulihkan hubungan keluarga abang je..."

"Saya dah cakapkan jangan bagitahu sesiapa pasal ni! Awak jangan cabar saya ye Lia! Bila-bila masa je saya boleh lepaskan awak!"

"Astaghfirullahallazim! Ipin!"

Dahlia tersedu sedan menangis. Ros cuba menenangkan Dahlia. Entah kenapa rasa bencinya terhadap perempuan itu kian pudar. Mungkin sudah tiba untuknya melupakan segalanya.

Ipin tidak memalingkan wajahnya. Malu berhadapan dengan kakaknya. Malu dengan dosa-dosanya. Malu akibat mengotorkan nama baik keluarganya.

"Ipin...akak dah tahu semuanya... Kenapa nak lari dari akak? Nak rahsiakan semua ni?"

Keadaan menjadi sunyi seketika. Ipin mula bersuara. "Saya malu. Saya dah banyak buat salah. Dengan arwah opah. Dengan kak Ros. Dengan Upin. Ipin minta maaf."balas Ipin menunduk.

"Ipin....perkara yang sudah tu sudah. Akak dah lama lupakan semua tu. Akak dah lama maafkan Ipin. Kita ni manusia memang tak lari dari buat kesilapan."

"Tapi Ipin tak rasa yang Upin akan maafkan Ipin...."

"Aku dah lama maafkan kau."satu suara kedengaran dari pintu bilik wad itu. Mata-mata semua memandang ke arah pemilik suara itu.

"Upin?" Ros tersentak.

Ipin hanya ternganga.

---------

"Upin tau kan yang Ipin tak banyak masa?"soal Ros.

Upin mengangguk perlahan. Jarjit sudah memberitahu segalanya tentang kondisi Ipin.

"Dahlia ada bagitahu akak, Ipin pernah bagitahu hajat terakhir dia..."

"Hajat apa?"soal Upin skeptikal sambil menyuap sesudu nasi putih yang digaul dengan kuah asam pedas ikan pari.

"Dia nak balik kampung. Spend rest of his life dekat sana. Dia nak enjoy dulu-dulu. Macam korang masa kecik-kecik dulu. Tapi...."

"Tapi apa?"

"Dia ada mention pasal Tok Dalang. Dia kata dah lama tak berbual dengan Tok Dalang."

"Dia tak tahu ke Tok Dalang dah meninggal?"

Ros menggeleng.

---------

"So Upin dengan Kak Ros dah jumpa Ipin?"

"Ya. Thank god takde bad things happen. So kau ni bila nak balik?"

"Lusa. Susanti nak bawak aku round satu Jakarta."

"Wow. Tapi jangan melebih pulak. Ingat Mei Mei tu."

"Ye..."

"Sebelum terlupa, carikkan aku sorang awek Jakarta. Kalau boleh muka ala-ala Bunga Citra Lestari."

"Ah kau! Mak cik jual bakso berlambaklah. Ok dahlah. Got to go. Bai"

Panggilan dimatikan.

"Jit."

"Ha?"

"Kau nak ikut aku balik kampung tak?"

"Bila?"

"Next week? Mungkin next two week?"

"Konfemkan tarikh dulu. Aku nak mohon cuti ni tak tau boleh ke tak. Berapa hari?"

"Kalau boleh seminggu. Tapi kalau tak 3 hari pun boleh."

"Hmm...okey. Kenapa nak balik kampung tetibe ni?"

"Ipin..."

Jarjit mengangguk faham. Dia bukan tak tahu hajat Ipin. Dahlia pernah menceritakannya sebelum ini. Ipin hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk menikmati udara bumi.

UPINWhere stories live. Discover now