BAB 3

711 55 11
                                    

Tubuhnya dihempaskan ke atas sofa Ikea bermaterial fabrik. Nasib rumah sewanya fully furnished. Letih sungguh dia hari ini. Berasak-asak dengan warga kota yang rakus mencari nafkah untuk menyambung nafas hidup ketika menaiki pengangkutan awam. Harap-harap tidak sia-sia Upin menghadiri temuduga itu.

Televisyen dihidupkan. Terpapar satu rancangan masakan yang dihoskan oleh chef selebriti terkenal, Ehsan, rakan lamanya. Upin tertawa kecil. Cita-cita sahabatnya tercapai. Semasa di sekolah menengah, Upin mengambarkan Ehsan akan menyerupai Chef Jaafar Onn. Namun siapa sangka, Ehsan yang dulunya seorang budak gemuk yang skema kini persis Chef Shers.

"Temui saya, Chef Ehsan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bersempena dengan majlis pelancaran buku terbaru saya, 'Resepi Warisan Ehsan' pada jam 3 petang esok!"

Memandangkan esok tiada aktiviti dan sementara dia belum diterima bekerja, mungkin inilah masanya dia bertemu semula dengan sahabat lamanya tambahan pula memang itulah niatnya sebaik sahaja dia menjejaki tanahair.

**

Pesta buku. Merupakan acara syurga setiap bibliofilia seperti dirinya. Jam menunjukkan 2 petang. Ada masa satu jam lagi Upin harus tunggu untuk bertemu dengan Ehsan. Sebuah rak dipenuhi buku indie tersusun rapi dengan kulit buku yang menarik minat setiap yang melihat menarik perhatian.

Hampir satu jam juga Upin memilih buku yang hendak dibelinya. Sudah lama tidak menjamah bahasa ibunda. Kelibat Ehsan sudah kelihatan. Peminat-peminatnya yang terdiri dari suri rumah, mak cik-mak cik, tidak kurang juga gadis-gadis muda berpusu-pusu menuju ke arahnya. "Boleh tahan jugak kau Ehsan."

Usai memberi sepatah dua ucapan mengenai pelancaran bukunya, sesi autograf dimulakan. Panjang barisan dalam anggaran 2 kilometer yang dimonopoli kaum hawa. Upin sengaja berdiri di belakang sekali. Sengaja mahu buat kejutan.

Lama juga dia menahan kaki. Lenguh sendi kakinya. Akhirnya, tiba gilirannya. Buku diletakkan di atas meja. Ehsan mula menandatangani.

"Orait. Nama siapa?"

"Intan Payung."

Ehsan tersentak. Matanya merenung tajam mata Upin. Tidak sesiapa tahu nama panggilannya yang digelar bapanya kecuali rakan setadikanya.

"Remember me?"

Ehsan menggeleng.

"Upin ler."

Ehsan bingkas bangun. Terus memeluk erat sahabat lamanya itu. Sudah hampir 15 tahun tidak bertemu sejak dia berpindah ke ibukota semasa berada di sekolah menengah. "Ya Allah Pin. Dah lama nak carik kau. Sorang je ke. Ipin mana?"

"Dia busy sikit."balas Upin pendek.

"Kau tunggu kejap. Aku nak settle lagi tiga orang lepastu kita gi minum jap."

Upin akur.

**

"Rindu giler kot kat kau. Tetiba muncul harini."

Upin tawa kecil.

"No, seriously aku rindu gila. Kau, Ipin and yang lain-lain tu. By the way I'm sorry for your lost."ucap Ehsan merujuk kepada pemergian Opah.

Upin hanya mengukir senyuman kelat. "Wah! Kau sekarang kemain lagi. Jadi chef dah. Siap ada peminat lagi."

"Well kau pun apa kurang. Ni baru balik US ke?"

Upin mengangguk. "Tiga hari lepas. Ayah kau macam mana sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Sekarang dia dah duk kat kampung balik. Boring duk bandar."

UPINWhere stories live. Discover now