"Nah."
Ros menghulurkan sebuah kunci kereta kepada adiknya. Upin kemudian memalingkan wajahnya ke arah Kak Ros. "Apa ni Kak Ros?"
"Kunci kereta lama akak. Tu." balas Ros lalu menundingkan jarinya ke arah sebuah kereta BMW 523i tahun 2012 yang telah disembur cat berwarna merah metallic. "Kereta ni kereta lama akak. Akak beli hasil titik peluh akak sebagai doktor dulu. Bila akak kahwin dengan suami akak Zafri tu dia hadiahkan akak kereta baru, akak dah jarang guna kereta ni. Sebulan 2 3 kali je kereta ni bergerak. Selalunya akan guna Range Rover akak. Upin pakailah. Akak hadiahkan."
Upin terdiam seketika. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dia sememangnya berhajat untuk membeli sebuah kereta ikat 5 tahun tapi kereta yang hendak dibelinya mungkin hanyalah Perodua Bezza ataupun Myvi. Namun siapa sangka kakaknya tiba-tiba sahaja mahu menghadiahinya sebuah kereta mewah buatan Jerman yang diidam-idamkannya sejak dari kecil. "Upin seganlah Kak Ros..."
Ros segera meletakkan kunci kereta itu di atas tapak tangan Upin. "Jangan banyak cakap, Akak ikhlas. Lagipun akak tau Upin memang perlukan kereta sekarang ni."
"Terima kasih Kak Ros." ucap Upin lalu segera memberi satu pelukan erat kepada kakaknya itu. Ros membalas pelukan adiknya dengan satu pelukan erat. Matanya tak semena-mena mengalir membasahi pipinya. Ros merasakan dirinya gagal sebagai seorang kakak. Dia merasakan dirinya seperti seorang kakak yang tidak bertanggungjawab. Adiknya sendiri yang terlantar sakit hanya diketahui keadaannya setelah penyakit adiknya itu berada pada tahap kritikal. Walhal dia sendiri merupakan seorang doktor. Jika dia tidak meninggalkan adik-beradiknya dahulu pasti dia dapat membantu merawat Ipin dan Ipin tidak akan berada dalam keadaan kritikal seperti sekarang. Pemberian kereta kesayangannya kepada adiknya Upin merupakan salah satu cara untuk dia cuba menebus kesilapan lamanya walaupun dia tahu nilai sebuah kereta mewah itu tidak sama besar dengan nilai kegagalannya sebagai seorang kakak.
"Akak kenapa ni? Kenapa akak nangis? Akak okay?" soal Upin penuh kerisauan.
Ros mengangguk perlahan. "Don't worry i'm fine. Akak just rindu adik akak ni. Akak mintak maaf Upin."
"Akak that's okay. Benda dah lepas kak. Let bygones be bygones. Sekarang ni Upin bersyukur sangat kita semua dapat bersatu semula..setelah sekian lama. Jom akak... kita sama-sama penuhi hajat terakhir Ipin." kata Upin sambil matanya berkaca. Ros mengangguk perlahan sambil matanya terus mengalirkan air mata.
-----
"Ayah!"
Budak lelaki berusia empat tahun yang memakai t-shirt grafik yang tertulis 'Strong Like Daddy' berlari pantas menuju ke arah bapanya yang sedang terlantar di atas katil hospital. Ipin yang berwajah pucat lesi terus melemparkan satu senyuman gembira setelah melihat kelibat anaknya. "Aslam!"
Aslam terus memeluk bapanya. Ipin mengangkat tubuh kecil Aslam lalu dicium pipi kiri dan kanan anak tunggalnya itu. "Rindu anak ayah!"
"Aslam pun rindu ayah! Tak sabarnnya ayah nak balik dah!"
Ipin terdiam seketika. Dalam keadaannya yang semakin kritikal, mustahil untuknya dibenarkan pulang. "Mana ada ayah boleh balik sayang. Doktor tak kasi ayah balik lagi."
"Tapi Mak Long kata ayah boleh balik dah."
"Mak Long?" soal Ipin kehairanan. Adakah ini bermakna Kak Ros? Bisik Ipin dalam hatinya. "Betul ke Dahlia?" soal Ipin.
Dahlia mengangguk perlahan. "Rupanya Dr Aaron tu kawan Kak Ros masa zaman diorang houseman dulu. Kak Ros dah bincang dengan Dr Aaron and akhirnya Dr Aaron agree dengan syarat semasa awak berada di luar awak kena ada pemantaun daripada doktor. And kakak awak tu kan doktor?"
Ros dan Upin kemudian masuk ke dalam bilik wad Ipin. "Ipin! Jom balik!" kata Upin penuh semangat. Ipin tersenyum.
------
"Cuti lagi? Kau ni dik dahsyat betul. Akak yang kerja dah nak dekat 20 tahun kat company ni pun takut-takut nak mintak cuti. Engkau yang baru berapa bulan kerja sini dah selalu mintak cuti. Terbaiklah ko dik." kata Monalisa.
"Nasib saya baik, Tan Sri tengah mood happy kan nak dapat menantu tu yang approve je cuti saya." bohong Upin. Padahal apa yang berlaku ialah Ros telah memujuk suaminya untuk menghubungi Tan Sri Othman bagi melepaskan cuti Upin. Datuk Zafri yang masih dalam fasa gembira bakal bermenantukan orang kaya tampil menuruti kehendak isterinya dengan berbesar hati. Lagipun bagi Zafri, individu yang dibantu untuk mendapatkan cuti itu tidak lain tidak bukan adik iparnya sendiri juga.
"Siapa pulak meninggal kali ni?" soal Monalisa memandangkan kali terakhir Upin meminta cuti kecemasan disebabkan ada kematian atuk saudara di kampung.
"Tak ada siapa yang meninggal. Ada urusan keluarga kat kampung." balas Upin pendek yang malas mahu melayan wanita tua itu.
Monalisa mengangguk faham. Dia kemudian mengerlingkan matanya ke arah jam yang terpapar pada hujung kiri skrin komputernya. Jam menunjukkan 12:55 tengah hari. Lagi lima minit sahaja waktu rehat akan tiba. Dia kemudian memalingkan wajahnya ke arah Upin yang sedang berdiri meneliti secara ringkas beberapa fail projek sebelum diserahkan kepada kakitangan-kakitangan yang lain. "Upin."
"Ya kak?"
"Dah nak lunch hour. Jom lunch dengan akak." Monalisa mencuba nasib. Teringin benar dia mahu makan bersama-sama dengan Upin. Memang sejak kali pertama Upin menjejakkan kaki ke dalam pejabat ini untuk temu duga, dia sudah menunjukkan rasa minat terhadap Upin. Walaupun sudah berusia melebihi umur kakak sulung Upin, Monalisa mempunyai citarasa yang tersendiri. Dia memang suka akan pucuk muda lagi-lagi pucuk muda yang subur seperti Upin. Menggeletis kelengkang dibuatnya.
"Tak apalah kak. Saya dah janji dengan kawan kejap lagi." kata Upin lalu terus berlalu pergi meninggalkan Monalisa yang mendengus penuh hampa.
-----
Mei Mei berjalan perlahan memasuki pintu utama pusat membeli-belah elit Pavillion Bukit Bintang. Dia kemudian menuruni tangga eskalator ke tingkat 1 kerana di situlah terletaknya kebanyakan restoran-restoran yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan. Kebetulan hari ini dia ada perjumpaan dengan anak guamannya yang merupakan seorang VIP di Pavillion Tower, jadi dia membuat keputusan untuk makan tengah hari bersama Upin kerana pejabat tempat Upin bekerja tidak jauh dari kawasan itu. Mei Mei melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan segera yang dikenali dengan menu burgernya yang lazat. Dari luar kedai, Mei Mei melihat Upin sedang khusyuk menyelak-nyelak skrin telefon pintarnya. Dua set burger sudah pun terhidang di atas meja. Mei Mei ada memaklumkan Upin untuk memesankan burger Smokey Lamb sementara menunggu ketibaannya di restoran itu.
"Sorry lambat.." kata Mei Mei sambil melabuhkan punggungnya ke atas bangku berhadapan dengan Upin.
"Nah, that's fine. Jom makan. I'm starving." kata Upin. Dia kemudian mengigit burger daging Original Shack yang dipesannya tadi secara pantas kerana terlalu lapar.
"I just got off the phone with Mail." kata Mei Mei yang baru tiba di tempat duduknya setelah pergi membasuh tangan.
"And then?"
"The reunion you planned, seems like akan berjalan lancar. Everyone is interested."
Upin tersenyum. "Well that's a good news."katanya sambil mengunyah cebisan burgernya.
"So, any good news?" soal Mei Mei.
"Oh yeah. Ipin." Upin mengambil lagi satu gigitan sebelum menyambung percakapan. Lapar benar perutnya hari ini. "Kak Ros berjaya convinced the doctor untuk bring he home. Turned out doktor yang rawat Ipin is Kak Ros's friend sama-sama masa HO dulu. Kak Ros and i decided nak bawak Ipin balik kampung esok pagi."
"That's great! I'm happy for you. Finally you Kak Ros and Ipin dapat kumpul semula macam dulu."
"Yeah..." Upin tersenyum. Dia sungguh gembira.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...