"Susanti...kamu free nggak?"soal Haeryanto sebaik sahaja siaran langsung berita tengah hari itu ditamatkan.
"Aku sibuk. Maaf. Permisi." Susanti terus meninggalkan Haeryanto. Lelaki itu sedikit hampa. Baru sahaja dia mahu mengajak Susanti makan tengah hari bersamanya.
Pengarah stesen televisyen itu, Prabu Wijaya menyambut kehadiran Mail setelah Mail memperkenalkan dirinya sebagai ahli perniagaan dari Malaysia.
"Ada apaan yang bisa saya bantuin bapak?"soal Prabu.
"Jika bapak tidak keberatan, boleh saya bertemu dengan Susanti?"
"Susanti Widodo? Pembawa berita itu ya? Bisa...tapi saudara ni siapa?"
"Saya ni teman lamanya."
Prabu mengangguk faham. Kelibat Susanti mula kelihatan tidak lama kemudian. Prabu segera memanggilnya.
"Susan!"
Susanti tersentak. Dia menghampiri majikannya."Ya pak?"
"Ada tamu mau ketemu sama lo ni..."
Susanti mengerutkan dahinya. Dia cuba untuk mengecam lelaki di sebelah majikannya.
"Sorry sir, but do I know you?"soal Susanti.
"It's me, Mail! Remember?"
"Mail?" Dia cuba membuat imbasan memorinya. Dia semacam pernah dengar akan nama itu.
"We went to the same kindergarten... Remember?"
Susanti mulai serba-salah. Dia menggeleng perlahan.
"Dua singgit...dua singgit..."
Susanti mula mengingati sesuatu. "Oh! Kamu ya Mail! Ngapain kamu di sini?"soal Susanti teruja.
"Cari you lah..."
"Yuk pergi minum...."
Mail hanya menurut. Dari jauh Haeryanto hanya memerhati.
-------
"Dah lama ke dia tak sedarkan diri?"soal Ehsan.
"Sejak dia pengsan semalam sampailah sekarang ni."balas Dahlia.
"Macam mana boleh jadi macam ni?"soal Jarjit.
"Saya cuba untuk slow talk dengan dia untuk suruh dia jumpa dengan adik-beradik dia... tapi dia terus melenting and dia bangun tinggalkan saya lepastu terus pengsan..."
Ehsan dan Jarjit mengangguk faham.
"Bila nak inform kat Upin, Jit?"soal Ehsan.
Jarjit diam seketika. "Nanti..."
"Nanti tu bila?!"Ehsan mula geram.
"Aku tengah merancanglah ni. Kita kena hormat juga keputusan Ipin."balas Jarjit.
"Aku bukannya apa. Aku cuma kesian tengok Upin. Dia dah lama cari si Ipin ni. Aku takut terlambat je nanti."
Jarjit hanya membisu.
------
"So, temen-temen lain gimana? Sihat-sihat aja?"
"Alhamdulillah. Macam tulah. Kamu pula Susanti, dah jadi pembaca berita ya sekarang."
"Kayaknya gitu sih."
"Kamu kenal sama laki itu?"soal Mail sambil memandang seorang lelaki selang beberapa meja yang sedang mencuri-curi pandang mereka.
"Itu Haeryanto. Karyawan di kantorku. Jangan dilayani. Biarkan saja."
Mail hanya mengangguk.
"Sebenarnya apa niat lo ketemu gue sampai ke sini?"
"Ya...sebenarnya kami plan nak buat reunion dalam masa terdekat ni. Selain Ipin, kamu yang kami sedang cari and thank god jumpa pun."
"Oh...selain Ipin? Maksud kamu apa?"
"Panjang sih kalau mahu diceritain. So kamu bisa tak join kami?"soal Mail.
"Bisa aja. Tapi bila?"
"Insha Allah dalam masa terdekat."
Susanti mengangguk faham.
-----
"You kene move on. You yang decide kan."
Ara hanya membisu.
"I dah tanya kawan-kawan dia. Diorang kata Nazim dah lama tak buat benda-benda tu. Dia more focus pada kerja sekarang."
"Bukan abang ke yang kata dia tu playboy dulu. Sekarang abang menyebelahi dia pulak?"
"Yes. Dulu memang abang tak suka dia. But know I nampak dia berusaha untuk berubah. Could you just give him a chance?"
Ara termenung. "I don't know. Tapi what for kan? At the end I akan kahwin dengan dia jugak."
Ros menghampiri Ara. Ara bingkas bangun menuju ke biliknya. Ros mendengus perlahan.
"Mama tak payah ambik hati. Lama-lama dia okey lah tu."
Ros mengangguk faham.
"DING! DONG!"
"Datin, ada tamu."maklum pembantu rumahnya, Markonah.
"Siapa?"
"Enggak tau. Perempuan. Ada anak kecil."
Ros terus menuju ke pintu utama rumah banglo itu. Seorang wanita berbaju kurung bersama seorang budak lelaki berdiri di hadapannya. Wanita itu hanya tersenyum kelat. Ros tenung wanita itu dalam-dalam. Dia semacam kenal perempuan itu. Perempuan itu adalah adik iparnya. Perempuan itu adalah isteri kepada Ipin. Perempuan itu yang pernah dibencinya suatu ketika dahulu. Perempuan itu adalah....
"Dahlia?"
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...