BAB 9

495 43 2
                                    

Upin menanggalkan t-shirtnya. Dia berlari beberapa langkah lalu melompat terjun ke dalam sungai. Sungai Kampung Durian Runtuh meninggalkan memori mereka bersama Tok Dalang yang sering mengajar dan menemani mereka memancing semasa riwayat lelaki tua itu. Lagu It's time nukilan kumpulan band Imagine Dragons mula berkumandang.

I don't ever wanna let you down
I don't ever wanna leave this town
'Cause after all
This city never sleeps at night

Ehsan terus terjun selepas Upin. Diikuti Jarjit dan Fizi. Mail masih ragu. Mei Mei hanya merendam kakinya. "Mail! Jom lah sini!"teriak Fizi sambil menyelak rambutnya yang belasah ke belakang. Lalu menyimbah-nyimah air sungai itu ke arah Mail dan Mei Mei.

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am

Mail melompat lalu membuat beberapa pusingan sebelum menghempas tubuhnya ke dalam air sungai yang nan jernih itu. Air merecik ke Mei Mei.

"Mail!"getus Mei Mei.

Mereka semua tertawa. Sama seperti dulu. Seperti zaman kanak-kanak mereka. Cuma bezanya tiada Tok Dalang. Dan tiada Ipin. Ipin...

**

"Ara...mana gambar bakal menantu mama tu...mama nak tengok."

"Mama setuju ke kalau dia jadi menantu mama?"

"Kalau itu pilihan kamu, mama setuju je."

Ara tersenyum kegirangan. Ara menyeluk beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya.

"No. Ara takkan kahwin denga sesiapa selain Nazim."tegas papanya, Dato' Zafri.

"But pa..."

"Muktamad!"

Ara terus berlari menghala ke biliknya. Pintu sengaja dihempas sebagai tanda protes. Aris yang kebetulan baru sahaja pulang dari kafenya terkejut dengan apa yang berlaku di rumah.

"What is happening ni ma..pa?"soal Aris.

"Zafri. We need to talk."isterinya mahukan perbincangan.

Teh panas dihirup. Skrin telefon pintarnya diselak-selak menyemak status sahamnya. Aktiviti tipikal orang kaya pada waktu lapang.

"I bukan saja-saja tau nak paksa dia kahwin bagai."

"Maksud you?"soal isterinya.

"Papa taukan si Nazim tu playboy?"sampuk Aris.

"Aris! Sejak bila suka menyampuk ni?! This is our discussion. Jangan sibuk."

"No pa..I have rights too. Ara tu adik Aris. Masa papa dengan arwah mama koma dulu Aris yang jaga dia. So Aris tau mana yang baik dan buruk untuk dia."

"Jaga tak sampai setahun nak complain macam-macam. Aku ni jaga engkorang berdua sejak dari takda rambut sampai sekarang ni kat bawah pun dah berambut!"

"Jagalah sangat. Papa pernah ke bagi perhatian kat kitorang? Yang papa tau kerja, kerja and kerja. Sibuk nak kumpul harta dunia. Selama ni mama je yang ambik berat pasal kami. Kalau papa, setiap kali cuti sekolah, terus hantar kitorang balik kampung!" Aris meluahkan segalanya lantas melangkah kaki menuju ke biliknya. Turut melakukan perkara yang sama, Aris menghempas pintu bilik sebagai tanda protes.

"Haih...kids." Zafri menghirup teh panasnya lagi.

Isterinya hanya terdiam.

"Macam nak mati I cari duit nak senangkan hidup diorang. Macam tu diorang balas."ujar Zafri tenang.

"You tak perlulah ambik hati. Orang tengah marah jangan ambil hati dengan bicaranya."

"Tapi selalunya orang akan jujur apabila tengah marah."

"Hmm...so about Ara..."isterinya cuba menukar subjek.

"Apa yang I buat untuk Ara semua bersebab. Tan Sri Osman tu banyak shares kat company saya, plus dia akan bantu Ara bukak branch kafe dia kat mana-mana negara dia nak. Tak ke bagus tu."

"So ni semua pasal harta lah?"

"You're not getting the point, didn't you?"

"I faham apa yang you try sampaikan, just cinta...kita tak boleh paksa."

"Clićhe."

"What? Betul apa I cakap."

"Ni I ada soalan cipu emas ni. Kalau you tengah kebuluran takda makanan. Yang ada cuma cinta yang tak berduit. You rasa you boleh kenyang tak?"

"Boleh."

"Bullshit. You nak makan apa? Pasir? Ros. I've checked the boy's profile. Background dia tak berapa nak okey. Dia anak yatim. Baru habis study dekat Philadelphia. Yang tu not bad, just this guy ni takda waris lain and other family. Katanya dia ada kakak and kembar. Tapi sahihannya I tak taulah."

Ros tersentak. "What's the boy's name?

"Ayah Pin...eh...Upin macam tu."

Ros terdiam. Memang tidak salah lagi.

UPINTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang