BAB 19

165 17 0
                                    

"Macam mana keadaan Ipin, Devi?" soal Jarjit. Fizi yang berada di sebelah turut memaparkan riak wajah kerisauan.

"He's fine. Cuma kena banyak berehat and kurang bergerak. Nasib baik tak ada luka yang serius yang melibatkan organ dalaman. Just luka-luka minor di luar." balas Devi. "Sepatutnya keadaan dia ni kena transfer ke hospital besar and even Kak Ros agree nak hantar ke sana but Ipin refused, dia kata dia tak banyak masa lagi. Dia taknak bazirkan masa di hospital." tambahnya lagi.

Ehsan mengangguk tanda faham. "Takpalah... Lagipun Kak Ros herself is a medical doctor kan. I'm sure dia boleh jaga Ipin dengan keadaan Ipin sekarang ni kat rumah."

"Yeah..." balas Devi pendek tanda setuju. "Okaylah Ehsan. Another patient is waiting. I pergi dulu. " kata Devi meminta diri.

"Thanks Devi." ucap Ehsan diatas kesudian Devi memberi informasi terkini mengenai Ipin. Dia kemudian hanya memandang Devi yang sedang mengandung berjalan menuju ke arah jururawat yang lain. Ehsan kembali duduk bersama yang lain di ruangan menunggu Klinik Desa Kampung Durian Runtuh. Setelah mendapat berita mengenai apa yang telah berlaku terhadap Ipin di kampung, Ehsan, Fizi dan Jarjit bergegas pulang ke kampung halaman. Mail dan Susanti yang baru tiba di lapangan terbang KLIA turut bergegas mengambil Mei Mei dan kini dalam perjalanan pulang ke kampung.

"Haihh... Sudah jatuh ditimpa tangga pulak. Kesian Ipin. Sakit leukimia tu pun dah cukup teruk ditambah dengan sakit kena belasah pulak." kata Jarjit.

"Tiger tu memang gila. Lepas kena buang dari jadi cikgu tadika kan dia jadi bodyguard sorang Datuk cina dekat Balakong. Masa tu berapa ramai orang kena tibai dengan dia. Tu yang makin gila dia." Fizi pula bersuara.

"Kenapa dia kena buang kerja eh dulu, aku tak tau cerita pulak?" soal Ehsan.

"Mana taknya, sejak putus tunang dengan sepupu Abang Salleh, dia punya emosi jadi tak stabil. Dulu masa zaman tadika kita dia elok je ajar anak-anak murid dia. Lepas putus tunang tu emosi dia jadi tak stabil. Murid-murid dia buat salah sikit dilempangnya muka. Takutlah mak bapak nak hantar anak-anak kat tadika tu. Tu yang Cikgu Besar terus pecat dia." maklum Fizi.

Ehsan hanya menggeleng perlahan. Dia tidak sangka seorang perempuan boleh memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang lelaki. Tidak lama selepas itu, Upin dan Ros keluar bersama Ipin dan keluarganya. Upin menyorong Ipin yang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda. Kerusi roda itu kepunyaan Ipin yang dibawa pulang bersama. Kalau sebelum ini, Ipin akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada menggunakan kerusi rodanya namun pada kali ini, dia tidak berdaya untuk menolak kerana kakinya sendiri tidak mampu untuk berjalan dengan kuat seperti dulu.

-----

"Tergamak Along pukul Lia dengan Ipin. Sampai lunyai si Ipin tu Along kerjakan."

Tiger hanya duduk di beranda rumahnya. Dia menghembuskan asap rokok Gudang Garamnya. Dia tidak sedikit pun membalas bebelan ibunya.

"Betul cakap mak tu Long. Abang Ipin tu tak lain tak bukan adik ipar abang. Keluarga kita jugak." sampuk Amin yang sedang duduk di atas tangga rumah. Tiger kemudian melemparkan satu jelingan tajam ke arah adiknya. Amran terus mengunci bibir.

"Takkanlah sebab Lia tu bukan adik kandung kamu, Along hukum diorang teruk macam tu."

"Along tak pernah anggap Lia tu macam orang luar mak. Walaupun Lia tu adik tiri Along je, Along tetap anggap dia macam darah daging Along sendiri." tegas Tiger. Dia amat sensitif jika ada orang yang menuduhnya membezakan kasih sayang di antara adik beradiknya hanya kerana mereka tidak mempunyai pertalian darah yang sah. Sungguhpun Dahlia itu anak arwah bapa tirinya bersama bekas isteri arwah bapa tirinya, namun dia tetap menyayangi Dahlia sebagai adik kandung, sama seperti dia menyayangi adik kandungnya yang seibu lain bapa iaitu Amran. Bukan sahaja Dahlia, bapa tirinya Pak Saat juga disayanginya ibarat bapa kandungnya sendiri kerana bapa kandungnya yang sebenar meninggal dibaham harimau semasa menoreh getah semasa dia masih lagi bayi. Maka Pak Saat lah tempat dia menumpang kasih dan disebabkan itu dia amat sedih di atas pemergian bapa tirinya itu. Kesedihannya yang teramat menjadikannya untuk bertindak menunding jari kepada Dahlia dan Ipin yang dianggap telah menjadi punca kematian bapa tirinya disebabkan tindakan mereka yang melulu. "Mak dah lupa ke, diorang punca Abah meninggal. Abah jadi sakit teruk sebab terlalu stress sebab malu dengan apa yang Ipin dengan Dahlia buat."

Mak Munah terus menggeleng lalu mendengus. "Along tolonglah. Tolonglah mak ni Long. Mak dah penat tengok Along ni dengan sikap Along yang suka bertindak tanpa berfikir panjang. Suka tunding jari dekat orang lain untuk membenarkan tindakan Along yang salah tu. Mak mohon sangat kat Along, tolonglah berubah. Fikirkan mak. Mak dah tak lama dekat dunia ni. Bila-bila masa je mak akan pergi ikut abah kamu tu. Mak tak nak sampai mak dah padam nanti Along tetap dengan perangai Along." Mak Munah kemudian melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi kayu yang terletak di beranda rumah. Dia kemudian menyambung "Mak tahu Along berubah jadi macam ni sebab Wanie kan? Lepas Along putus tunang dengan Wanie perangai Along terus berubah. Mak kadang-kadang sampai jadi risau tengok Along dah macam orang lain. Along jadi macam ni sebab Along berdendam, Along jadi susah nak maafkan orang. Along jadi hanya nampak yang buruk-buruk sahaja dekat seseorang sampai sikap negatif tu dah menghantui diri Along. Tolonglah belajar memaafkan orang lain. Tak guna kalau badan besar, sado macam ni masih susah nak memaafkan orang. Sebab bagi mak tak kira lah sado macam mana seseorang tu, tapi kalau dia tak boleh nak memaafkan orang lain, dia lah manusia paling lemah dalam dunia ni."

Mak Munah bingkas bangun meninggalkan Tiger keseorangan di beranda, Tiger hanya membisu.

-----

"Betul ke abang tak nak report polis?" soal Dahlia yang sedang duduk bersandar pada kepala katil bersebelahan dengan suaminya.

Ipin yang sedang terbaring lemah di atas katil menggeleng perlahan. "Tak apalah Lia... Abang ni dah tak lama dekat dunia ni. Buat apa di penghujung hidup abang ni abang nak humban abang ipar sendiri dalam penjara..."

"Kenapa abang cakap macam tu... Abang nak sangat tinggalkan Lia dengan Aslam ke... Sampai hati abang..."

Ipin memandang isterinya. Dia kemudian mengenggam lembut tangan isterinya. "Ikutkan hati abang memang nak hidup lama dengan Lia... dengan Aslam. Tengok anak kita membesar..sampai masuk sekolah, kemudian masuk universiti...kahwin lepastu kita dapat cucu.. Kita tua sama-sama.. Habiskan masa tua bersama Lia.. Abang memang nak sangat teruskan perancangan kita masa kita mula-mula kahwin dulu... Tapi Lia sendiri tahu kan keadaan abang... Lia dengar sendiri kan apa doktor kata."

Dahlia secara tidak sengaja menarik tangannya yang digenggam Ipin lalu terus menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dia tidak dapat lagi menahan sebak. Kata-kata suaminya itu benar-benar menyentuh hati dan perasaannya. Kata-kata itu secara tidak langsung memberi tamparan realiti terhadapnya kerana dengan segala yang telah berlaku hampir membuatkan dia terlupa tentang tempoh untuk suaminya hidup yang telah disahkan oleh Dr Aaron.

Ipin perlahan-lahan menarik isterinya. Dahlia hanya menurut. Dahlia segera meletakkan kepalanya di atas dada suaminya. Ipin mengusap-usap lembut rambut Dahlia. "Abang sayang Dahlia." katanya. Dia kemudian mencium dahi isterinya. "Terima kasih atas pengorbanan Dahlia selama ni.... Jom kita tidur sayang."

Dahlia hanya mengangguk namun matanya masih tidak menghentikan pengeluaran air mata. Ipin kemudian mematikan lampu tidur di sebelahnya. Dahlia terus memeluk erat suaminya kerana siapa tahu, mungkin ini malam terakhir mereka dapat tidur bersama.

UPINWhere stories live. Discover now