"Ara."
"Ye mama?"
"Boleh tak call Upin. Cakap mama nak jumpa."pinta Ros.
"What? Papa dah setuju ke?"
"No...ini perkara lain."Ros menjawab dengan hati yang berat.
"What do you mean?"
"Ara...tolong call dia please cakap mama nak jumpa. Please, i'm begging you."
Ara mendengus. "Alright."
**
"Makan Upin..."pelawa Ustaz Hamzah yang sedang menjamu bihun goreng di majlis tahlil Tok Dalang itu.
"Ah sila...sila."balas Upin kepada bekas guru mengajinya yang kini sudah menjadi ketua kampung menggantikan Tok Dalang.
"Upin...malam nanti kau nak join kitorang tak?"soal Fizi.
"Pergi mana?"
"Lepak kat restoran Uncle Muthu."
"Boleh je...tapi lepas majlis abis lah. Tolonglah sikit-sikit kemas ni."
Fizi mengangguk faham lalu terus pergi setelah dipanggil oleh ibunya. Telefon Upin berdering.
"Hello."
"Hello...you."
"Yes Ara, kenapa?"
"Mama nak jumpa you."
"Oh...ookey...bila?"
"As soon as possible like tomorrow morning?"
"Tak bolehlah sebab I dekat kampung ada kematian."
"Siapa meninggal?"
"Sedara arwah opah I...Tok Dalang...I memang rapat dengan dia masa kecik dulu."
"Ohh.. you sampai bila dekat kampung tu?"
"Isnin. Sebab I tak boleh cuti lama. I baru masuk kerja kan."
"Oh okeylah you. Nanti ada pape I call you eh. Bye. Love you."
"Love you too."
Panggilan dimatikan. Ara memandang ibunya yang sedang menunggu jawapan dari tadi.
"So?"
"He couldn't make it. Dia dekat kampung ada kematian."
"Kematian? Dia ada cakap siapa yang meninggal tu?"
"Ada...Tok Dalang kalau tak silap Ara."
Ros tersentak. Dia benar-benar terkejut. "Innalilahiwairajiun."
"Mama kenal ke Tok Dalang tu?"
"Ara nak ikut mama balik kampung mama tak esok?"
"Esok? Nak.."
Ros sedikit berdebar-debar. Esok akan dia akan membongkarkan segalanya.
**
"Mei Mei!"
"Devi!"
Mereka berdua saling berpelukan. "Oh my god! I missed you so much."kata Devi.
"Me too."
"Tengoklah tu."kata Rajoo.
Mereka semua tergelak.
"Tak sangka dapat met you all kat sini. But I think macam tak cukup satu."kata Rajoo.
Mereka semua saling berpandangan. Mereka tahu apa yang dimaksudkan Rajoo. Ipin. Ketiadaan Ipin disitu.
"Anak yang ke berapa tu?"Mail menukar topik setelah melihat perut Devi yang membukit.
"First born. Heheh."
"Subur jugak kau eh, ingatkan mandul."seloroh Fizi.
"Kuaja you." Mereka semua berdekah-dekah ketawa.
Mei Mei mengusap-usap perut Devi. "Hello...aunty Mei Mei here's."
"He's sleeping kot. Tak gerak pun."
"He? Dah scan ke?"
"Not yet. My mom said scan tu membazir je. Tapi Bidan Temah kata it's a boy. I don't know lah betul ke tak. Tapi dia boleh tahan expert jugak right. "
"Where's Ipin actually?"soal Devi bernada perlahan sambil memerhatikan suaminya sedang berdekah-dekah ketawa dari jauh. Dia sengaja duduk beberapa baris meja lebih jauh untuk ber girls talk dengan Mei Mei.
"I seriously have no idea. Nobody knows. Upin pun tak tau adik dia kat mana."
"What's happening between them?"
"Mail have told me pasal Ipin tak balik masa kematian Opah. You ingat lagi?"
"Oh...I remember that. I see."
"Uncle Muthu mana?"soal Ehsan yang dari tadi tercari-cari kelibat Uncle Muthu.
"Dia macam biasa. Sejak jadi JKKK kampung ini dia always busy ronda dengan itu Pak Maud."balas Rajoo.
"Apa password Wifi?"Jarjit menyoal.
"Sappy123."balas Upin.
"No...dah tukar. Ravi1234."
"What? Who's Ravy anyway? "
"Nama my future first born."
"Confirm ke dapat boy? Dah scan?"soal Mail.
"Not yet but hopefully."
"Kalau dapat girl pun okey what. Next time boleh try lagi."seloroh Fizi.
"You ingat Devi tu kilang buat baby ka?" Rajoo gelak terkekek-kekek.
"TING!"
Upin menyemak telefon pintarnya. Satu mesej dari Ara dibuka.
[Ara]: Esok I dengan mama balik kampung and kampung dia sama dengan kampung you. Mama nak jumpa you.
"What?"Upin gumam sendirian.
"Apsal?"soal Mail yang duduk disebelahnya.
"Ni ha...mak si Ara sampai ke kampung ni nak jumpa aku punya pasal."
"Kenapa sampai macam tu sekali?"soal Ehsan lalu menyedut milo aisnya.
"Mana aku tau. Tetiba je. Dia Ara call aku cakap mama dia nak jumpa aku esok. Then aku cakap aku kat kampung ada kematian. And now aku dapat mesej kata mak dia nak jumpa aku kat kampung."jelas Upin.
"Upin...."
"Ape menda Fizi?"
"Kau ada buat apa-apa ke kat dia? Is she pregnant?"
"What?! No! Kau gila ke Fizi! Seriously?"
Ehsan menolak kepala Fizi. "Oi...kau biar betul biol. Dia ni kalau berkata-kata memang diluar kotak. Sebab tu dulu nak jadik pengutip sampah. Memang layaklah muka pun macam sampah!"sindir Ehsan.
"Dah..dah...guys. Kita kat sini nak borak bukan nak gaduh."Mail cuba menangkan keadaan. "Tapi betulkan kau takda sentuh dia ke ape?"Mail skeptikal.
Upin menepuk dahi.
"Kau pun sama Mail?"soal Ehsan. "Sejak bila bangang si Fizi ni boleh bluetooth kat orang lain...bahaya ni."
"Aku tak pernah 'sentuh', tidur ke...apa ke..dengan si Ara tu...Do I make myself clear?"
"What happen ni guys?"soal Mei Mei yang risau dengan kekecohan tadi.
"Ni si Upin buat Ara pregnant....eh holy shit...maaf silap! Si Upin kena tuduh buat Ara pregnant...." Ehsan mengetuk-ngetuk kepalanya. "Ah sudah...bangang Fizi dah bluetooth kat kepala aku pulak.."
"Siapa tuduh?"
"Fizi."jawab mereka semua serentak.
Mei Mei mendengus.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...