"Pergh! Sedapnya asam pedas kau Mei Mei."puji Ehsan. "Kalah masakkan aku!"
"Gulung tikarlah kau Ehsan..."seloroh Fizi. "Lagipun masakan kau memang tak sedap Ehsan."
Ehsan hanya buat tak endah.
Mereka semua tergelak kecil. Kecuali Upin. Upin hanya termenung dari tadi. Makanan hanya dijamah sedikit. Tiada sesiapa yang menyentuh perihal kejadian di rumah pusaka tadi setelah Mail menerangkan segala-galanya kepada mereka termasuklah ibu Mail sendiri.
Usai makan, mereka semua keluar membuat persiapan untuk barbeku malam nanti. Hanya tinggal Mail dan Upin di dalam rumah. Mei Mei dan ibu Mail sedang mencuci pinggan di dapur.
"Kesian mak cik tengok si Upin tu. Satu persatu dugaan menimpa dia."kata Rokiah.
"Tulah. Saya kesian tengok dia. Upinlah banyak bantu pulihkan semula hubungan saya dengan Mail." Mei Mei termenung seketika. "Mungkin sudah tiba masanya kami pulak bantu dia."
"Memang itulah yang terbaik."balas Rokiah sambil tersenyum kelat.
Mail menyelak-nyelak skrin telefon pintarnya. Lusa dia ada perjumpaan penting dengan lembaga-lembaga pengarah syarikatnya. Mahu tak mahu terpaksa dia balik ke ibu kota selewat-lewatnya esok. Sekilas dia mencuri-curi pandang ke arah Upin yang hanya memerhati kosong telefon pintarnya barangkali menunggu panggilan dari Ara.
"Upin...kau okey tak?"
Upin hanya termenung, tidak mendengar suara Mail.
"Wei Upin..."
Upin tersentak."Hah?"
"Kau okey tak?"
"Hmm..."
"Hari ni last kita kat kampung Pin... Esok kita semua balik KL. Kalau boleh, cuba untuk gembira saat akhir kat kampung ni."
Upin hanya membisu.
"Tolong ya Upin. Bunga bukan sekuntum. Hilang girlfriend boleh cari, hilang persahabatan susah cari ganti." Mail terus mengangkat punggungnya meninggalkan Upin sendirian di ruang tamu itu. Mei Mei hanya memerhati dari dapur.
*****
"Apa semua ni ma?"soal Aris yang masih termangu.
"Mama minta maaf kat korang semua. Mama tak berniat pun nak sakitkan hati sesiapa." Ros memalingkan wajahnya ke arah Ara yang sedang termenung. Air mata yang membasahi pipi sudah mulai kering. "Ara...mama minta maaf. Ma-"
"Please ma."Ara terus memintas kata-kata ibu tirinya itu. Dia mahukan ketenangan.
Ros akur. Matanya sempat mengerling ke arah skrin telefon bimbit suaminya. Tertera perbualan mesej diantara Zafri dan Tan Sri Osman menyatakan majlis perkahwinan itu akan diteruskan. Ros sedikit geram. Walaupun suaminya tidak sedikit pun memarahinya, malah tidak menyentuh pun perihal kejadian tengah hari tadi, namun keghairahan suaminya mahu memperjudikan kebahagiaan anaknya semata-mata untuk menambah kekayaan adalah sesuatu perkara yang keji. Namun ini bukan masanya untuk dia bertekak dengan suaminya memandangkan dia tidak mahu bertelagah di hadapan pemandunya demi menjaga aib keluarganya.
*****
"Wei Ehsan...kenapa aku tak ada awek ha?"soal Fizi bersahaja sambil membakar beberapa batang sosej frankfurter.
"Sebab kau gay, mana ada girlfriend. Boyfriend belambaklah."sindir Ehsan.
"Serius ah wei..."
"Manalah aku tau...yang tak ada awek kau. Diri kau. Roh kau. Jasad kau. Aku tak ada kene mengena."
"Kau tengok aku macam mana?"
"Kau nampak tak tong sampah tu...hah lebih kurang cemtulah."seloroh Ehsan.
"Sakit hati tanya kau ni. Serius la..."
"Kau tengok kasut kau ni...rambut kau...muka jangan cakaplah memang dah tak boleh adjust lagi."
Fizi merenung kasut Crocsnya. Rambutnya yang berserabai diperbetulkan dengan tangan. "Kasut Crocs...ori ni...apa yang tak kena?"
"Kau buat lawak ke? Kau nak ada awek, dipersilalah ubah penampilan kau ni. Kerja dah bagus tapi sayang rupa macam orang tak semenggah."
"So apa yang aku kene buat ni?"
"Ubahlah! Reformasi! Nanti balik KL aku tolong adjust diri kau ni. Kalau dibiarkan mau bunuh diri kau ni."
Fizi tersenyum menyeringai. "Thanks intan payung."
Kalau diikutkan hati mahu sahaja Ehsan menganugerahkan sebuku penumbuk ke Fizi namun kelibat Upin yang turun selepas Mail membantutkan niatnya.
"Kesian do tengok Upin tu..."kata Ehsan.
"Aku pun. Dahlah dari kecik takde mak bapak. Lepastu opah meninggal. Ipin hilang. Lepastu kakaknya muncul mengaku pulak jadi bakal mak mertua dia. Macam-macam."
"Kak Ros tu pun satu. Kalau dari dulu keep in touch dengan Upin takdelah jadik hal macam ni."
Fizi hanya diam tanda bersetuju.
"By the way kau nampak Jarjit tak?"
"Entah. Lately ni dia asyik hilang. Kejap ada kejap tak ada. Macam chipsmore. Aku rasa ada yang tak kena dengan si Jarjit ni..."
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...