BAB 21

161 24 2
                                    

Ipin yang duduk di atas kerusi di beranda rumah hanya termenung, menikmati pemandangan indah kampung halamannya. Dia baru pulang dari menziarahi pusara arwah Opah, arwah ibu bapanya, arwah Tok Dalang dan arwah bapa Dahlia. Baru hari ini dia tahu bahawa Tok Dalang sudah tiada di muka bumi ini. Dia pada mulanya sedih namun terus menerima pemergian Tok Dalang. Terlalu banyak kematian yang berlaku di dalam hidupnya, dia pula hanya menghitung hari menunggu masanya tiba. Bunyi ayam berkokok, bunyi  itik menguek sungguh indah baginya. Sudah lama dia tidak dapat menikmati keindahan suasana di kampung sendiri. Sejak pergi meninggalkan kampung untuk memulakan hidup bersama dengan Dahlia pada tujuh tahun yang lalu, Ipin telah membawa Dahlia untuk tinggal di Bandar Baru Bangi. Dengan harta peninggalan arwah ibu dan bapanya dan sedikit wang simpannnya, Ipin telah menggunakannya untuk menyewa sebuah rumah teres setingkat dan modal untuk memulakan perniagaan menjual sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng dan kuey teow di hadapan rumah. Kebetulan rumah yang disewanya berhadapan dengan jalan raya, maka ia telah menjadi lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan.

Namun, pada awal perniagaan Ipin dan Dahlia terpaksa menutup perniagaan mereka walaupun makanan-makanan yang dijual berjaya menambat hati pelanggan. Hal ini demikian kerana mempunyai saingan yang hebat dengan gerai tepi jalan yang tidak berapa jauh dari rumah mereka. Pemilik gerai itu siap mengugut mereka supaya tutup kedai atau mereka akan diserang secara kasar. Ipin yang baru mahu mula bernafas di kawasan itu tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa. Mereka pasrah. Duit yang ada pada Ipin semakin hari semakin berkurangan. Sehingga sampai pada satu tempoh di mana duit yang ada hanya mampu untuk menampung sewa rumah mereka. Bil api tidak mampu dibayar membuatkan mereka bergelap selama hampir 2 bulan. Ketandusan wang menyebabkan mereka terpaksa berjimat dengan berkongsi makan nasi putih berlaukkan garam. Adakalanya beras itu dijadikan bubur supaya dapat lagi menjimatkan beras. Ipin akhirnya membuat keputusan untuk bekerja di sebuah pasar raya sebagai pembantu stor manakala Dahlia bekerja sebagai kru dapur di restoran McDonald memandangkan kelulusan yang mereka ada hanyalah SPM. Mereka ada juga cuba memohon jawatan sebagai kerani pejabat kerana waktu yang fleksibel kerana kerja pejabat selalunya bermula pada jam 8.00 pagi dan diakhiri pada pukul 5 petang. Sekiranya mereka dapat kerja di pejabat, mereka merancang untuk berniaga burger pada waktu malam. Malangnya. bukan itu yang tertulis buat mereka. Jawatan kerani yang sepatutnya memerlukan keputusan minima SPM kini telah dipenuhi dengan pemegang sijil Diploma.

Hampir 4 bulan mereka bekerja, pemilik gerai yang sebelum ini pernah mengugut mereka telah dikenakan tindakan undang-undang dan dipenjara kerana menjual makanan yang tercemar yang menyebabkan kematian beberapa orang pelanggannya. Peluang yang ada tidak disia-siakan oleh Ipin dan Dahlia, mereka segera berhenti kerja dan dengan wang yang mereka simpan sedikit daripada gaji, mereka memulakan semula perniagaan mereka. Dengan kehebatan dan kepakaran dalam bidang masakan yang diwarisi oleh ibu tirinya, Dahlia telah berjaya menambat hati penduduk di kawasan sekitar dengan air tangannya. Ipin dan Dahlia terus fokus pada perniagaan mereka dan semakin hari pendapatan mereka semakin memberangsangkan. Walaupun tidaklah semewah mana, namun pendapatan mereka cukup untuk menampung kehidupan mereka. 

Pada tahun kedua, salah seorang pelanggan tetapnya telah menawarkan untuk menjual perniagaan kedai makannya kepada Ipin dengan harga yang murah sekiranya Ipin berminat kerana dia sekeluarga mahu bermigrasi ke Melbourne, Australia. Maka dari situlah bermulanya fasa baru dalam hidup mereka setelah Ipin bersetuju untuk membeli perniagaan yang sudah tersedia ada. Dia hanya menambah beberapa menu masakan yang menggunakan resepi Dahlia, selebihnya dia meneruskan sahaja apa yang telah terjual di restoran ini kerana masih mempunyai tukang masak yang sama. Ipin dan Dahlia menadah tangan dengan rasa bersyukur kerana restoran yang diusahakan mereka terus mendapat sambutan sehingga berjaya menarik pelanggan-pelanggan yang bukan sahaja duduk di kawasan sekitar, tapi dari luar kawasan juga. Kedai makannya juga pernah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan pernah beberapa kali viral di media sosial. Setiap kali pihak media mahu menemu ramah pemilik kedai, Ipin dan Dahlia akan menyuruh pengurus mereka mewakili mereka. Kakaknya, Ros pernah juga beberapa kali datang ke kedai makan mereka untuk menjamu selera bersama keluarga. Setiap kali Ros datang, Ipin dan Dahlia pasti akan menyorok atau meninggalkan restoran mereka.

UPINWhere stories live. Discover now