BAB 8

524 46 2
                                    

Badrol menderu laju di lebuh raya. Sudah berapa kali kamera AES menangkap gambar nombor platnya. Kereta yang dipandunya dikejar oleh sebuah kereta peronda yang kebetulan lalu di situ. Badrol menyusup-nyusup ke celah-celah bas dan lori di hadapannya sehingga kelibat kereta peronda itu hilang.

Hampir dua jam kemudian akhirnya dia tiba di rumah pusaka Tok Dalang. Ada beberapa buah kereta dan motosikal di perkarangan rumah Tok Dalang. Keretanya diberhentikan. Dia bergegas keluar dari perut kereta terus meluru masuk ke dalam rumah atuknya meninggalkan isteri dan anak-anaknya yang sedang terkocoh-kocoh keluar mengikutnya dari belakang.

Jasad Tok Dalang terkujur longlai. Di kiri dan kanannya penduduk kampung sedang mengalunkan bacaan Yassin. Terlihat Ustaz Hamzah mengetuai bacaan Yassin itu. Ibunya mendapatkan Badrol. Matanya tak berkelip merenung ke arah atuknya yang sedang nazak bergelut dengan kematian. Ibu dan bapa Badrol sudah mula meredhai jika sudah tiba masanya Tok Dalang pergi.

**

Upin memarkir kereta yang dipandunya betul-betul di sebelah kereta Fizi. Di sebelah kereta Fizi adalah kereta Jarjit dan Ehsan. Tiba-tiba rasa dia patut membeli kereta. Untuk kemudahannya juga.

Orang ramai mula memenuhi kafe Hitam Putih merupakan kafe milik Ehsan yang bakal dirasmikan hari ini. Kafe Hitam Putih menggunakan konsep dan tema yang sama seperti kafe Ara. Heh. Ara. Masih mahu menyendiri dan tidak mahu berhubung dengan Upin buat sementara waktu.

"Hey."tegur Aris, abang Ara.

"Oh hey. Ara tak ikut?"soal Upin.

"Dia kata dia penat. Biarlah dia."bohong Aris. Dia tahu apa yang berlaku antara adiknya dengan Upin. Aris tidak mahu masuk campur. Dia hanya akan campur tangan jika adiknya meminta bantuannya. Selagi Ara mahu bermobiliti sendirian, selagi itu dia biarkan sahaja. "Nak jumpa member jap."maklum Aris sebelum beredar.

Upin hanya memerhatikan Aris yang sedang menuju ke arah seorang lelaki untuk memulakan perbualan. Ehsan tiba-tiba muncul.

"Hah datang pun!"sapa Ehsan.

"Mesti ler. Mei Mei dengan Mail mana?"soal Upin.

"Tu. Hah panjang umur."kata Ehsan sambil menundingkan jarinya ke arah Mei Mei dan Mail.

Telefon pintar Upin berdering. "Ehsan aku nak jawab panggilan ni jap."

Ehsan hanya mengangguk faham.

"Assalamualaikum bang."

"Waalaikumusalam, Upin. Abang ada berita buruk sikit ni."balas Badrol.

"Hah? Apa dia?" Upin sedikit tersentak.

"Tok Dalang. Tok Dalang dah takde."maklum Badrol sedikit sayu.

Upin terpaku. Terdiam membisu. Mail yang sedang menuju ke arahnya mula kerisauan.

"Apsal Upin?"

"Tok Dalang dah meninggal Mail."

Mail tersentak. Ehsan yang menghampiri mereka turut tersentak setelah mendengar khabar berita dari Upin

"Dia nak kebumi petang ni. Aku rasa aku nak gerak sekaranglah."maklum Upin.

"Aku nak ikut."kata Ehsan.

"Tapi ni, event kau ni."kata Mail.

"Takpe event ni dah sudah. Tu ha Ann tu manager aku boleh suruh dia setelkan."balas Ehsan.

"Aku pergi bagitau diorg jap."kata Mail terus menuju ke arah Mei Mei, Jarjit dan Fizi yang sedang rancak berbual.

"Mei Mei, apsal muka kau berlebam."soal Fizi.

"Err...err-"

Mail memintas kata-kata Mei Mei. "Guys. Aku ada news yang tak berapa bagus."

"Apa news?"soal Jarjit.

"Tok Dalang dah meninggal."

"Innalillahiwairajiun."ucap Fizi.

"Petang ni nak kebumi, siapa nak ikut. Aku, Upin dengan Ehsan nak gerak balik kampung ni."

"Aku."kata Fizi dan Jarjit serentak.

"Mei Mei?"soal Mail.

Mei Mei hanya mengangguk perlahan.

Ehsan memaklumkan pengurusnya bahawa dia akan bercuti selama beberapa hari. Mail memaklumkan setiausahanya manakala yang lain memaklumkan kepada bos masing-masing.

**

Upin segera pulang mengemas pakaian. Begitu juga yang lain. Mail mencadangkan untuk pulang satu kereta sahaja memandangkan dia memilik sebuah MPV yang boleh memuatkan mereka semua.

Hampir 30 minit, Mail pun muncul dengan dengan Toyota Vellfire nya. Usai meletakkan barang di but kereta, dia terus duduk di bahagian sebelah pemandu. Tempat itu memang sudah dikhaskan untuknya.

Mei Mei dibelakang. Di sebelahnya Jarjit. Di belakang Jarjit Ehsan dan di sebelahnya Fizi. Ehsan sudah memaklumkan khabar ini kepada Ijat. Ijat dan keluarganya sudah pun bergegas pulang ke kampung terlebih dahulu. Dzul tidak dapat pulang kerana isterinya sedang bersalin di hospital.

Perjalanan yang memakan masa hampir tiga jam akhirnya berhenti di luar perkarangan rumah Tok Dalang memandangkan di kawasan sekitarnya sudah penuh dek warga kampung yang datang melawat.

Mail dan Fizi mendapatkan ibu masing-masing manakala Jarjit dan Ehsan pergi mendapatkan bapa mereka terlebih dahulu. Upin terus mendapatkan Badrol. Badrol terus memeluk erat Upin. Upin cuba menenangkannya.

"Allah lebih sayangkan dia." Upin sedikit sebak. Terus terimbau semula memori silam ketika di mana dia menangkao Rembo, membuat layang-layang dan bermacam lagi aktiviti yang dilakukan bersama orang tua itu, dan kini, Tok Dalang pergi. Sudah pergi buat selamanya.

Jenazah diusung Upin, Mail, Fizi, Ehsan, Ijat, Badrol, Tajol serta beberapa lagi orang kampung. Memandangkan jarak rumah Tok Dalang dengan kawasan perkuburan tidaklah berapa jauh, maka khidmat van jenazah tidak diperlukan.

Usai mengebumikan jenazah Tok Dalang, Upin, Mei Mei, Ehsan, Fizi, Mail, dan Jarjit membuat keputusan untuk berada di pusara Tok Dalang lebih lama.

"Terima kasih Tok Dalang kerana mengisi zaman kanak-kanak kami."kata Mei Mei yang sedikit berkaca di mata. Manis Mei Mei menggayakan busana baju kurung serta melilit selendang bagi menghormati majlis pengebumian ini.



UPINWhere stories live. Discover now