"Wei Upin...jom ikut kitorang pergi pekan. Beli barang untuk barbeque."pelawa Jarjit.
"Eh kau ni Jit... dia kan nak di interview oleh bakal mak mertua ler...huhu..."perli Fizi. "Mana mak mertua kau tak sampai-sampai lagi ni."
"Siapa je yang pergi?"soal Upin yang malas mahu memfokuskan pada topik itu.
"Aku, Jarjit dengan Ehsan..."
"Mail? Mei Mei tak ikut?"
"Tak...Mei Mei dekat rumah Mail tengah belajar masak dengan mak Mail."celah Ehsan. "Baguslah....semua nak kahwin kan... aku je ni tak ada calon."sambungnya lagi.
"I feel you bro...aku pun."sampuk Fizi.
"Ah kau...gay macam kau mana ada feel cam aku ni."sindir Ehsan.
"Pergh..ini sudah lebih."
Ehsan hanya tergelak. Kereta bapa Ehsan menderu perlahan meninggalkan Upin.
Beberapa minit kemudian, kereta Mail berhenti di perkarangan rumah pusaka Opah.
"Diorang dah pergi ke?"soal Mail.
"Baru je..."
"Ah ni...mana mak mertua kau?"
"Entah...Ara ada mesej aku pagi tadi katanya dia dah gerak. Kejap lagi sampai le tu."
"Kau okey tak? Nak aku teman ke?"
"Nah...I'm fine."
"Alright then. Ni aku datang ni pun sebab nak ajak datang makan tengah hari kat rumah aku. Nak bagi kau rasa air tangan Mei Mei..."Mail tersenyum menyeringai.
"Mak kau macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Pasal bakal menantu tu..."
"Dia bagi green light. Dia kata nak cucu pandai Math and putih."
Upin tergelak kecil dengan stereotaip itu. "Putih putih nak buat apa. Nanti cepat kotor"selorohnya.
Mereka berdua tergelak.
*****
"Destinasi pun sudah tiba. And until now, I have no idea kenapa kita balik kampung ni."kata Zafri.
"I tak paksa pun you ikut. You nak ikut sangat."balas Ros acuh tak acuh. Kehadiran suaminya yang mahu mengikutinya pulang ke kampung halaman memang tak dirancang. Pada awalnya dia mahu membawa Ara sahaja tetapi dengan Aris ikut sekali. Mungkin memang sudah tertulis semuanya akan dibongkarkan hari ini.
"Of course lah. Sejak I kahwin dengan you, I tak pernah datang kampung you ni."
"Berhenti dekat rumah warna hijau tu Pak Nal."arah Ros kepada pemandunya.
Sebuah Toyota Vellfire hitam berhenti di sebelah kereta Mail. Mail dan Upin mula berteka-teki. Mereka berdua cuba untuk mengintai di balik cermin kereta itu namun gagal kerana bertinted gelap.
"Tu ke mak mertua kau..."
"I'm not sure lah, ye la tu kot."
Ara dan Aris keluar dari perut kereta. Diikuti seorang lelaki pertengahan usia yang bertongkat hanya memandang tajam ke arahnya. Seorang wanita bertudung turun selepas lelaki tua itu menarik perhatiannya. Dia semacam kenal dengan wanita itu. Wanita itu...wanita itu ialah kakaknya. Kakaknya yang terputus hubungan dengannya. Wanita itu adalah...
"Kak Ros?"soal Upin walaupun dia betul-betul yakin bahawa itu adalah kakaknya. Tapi apa yang membuatkan dia tertanya-tanya adalah mengapa Kak Ros bersama keluarga Ara....atau mungkin Kak Ros adalah mak tiri kepada Ara? Memang tidak dapat disangkal lagi.
"Upin..."Kak Ros terus menuju ke arah Upin lalu memeluk erat adiknya yang bertahun-tahun lamanya tidak bersua. Upin hanya terkaku bak patung mannequin. Dia memaparkan reaksi kosong.
*****
"Semua dah ada? Barang semua cukup? Kang nanti nak buat barbeque tu tak adalah. Ni takde."soal Ehsan. "Jarjit mana?"
"Jarjit pergi kedai telefon kat depan tu. Beli topup. Ni semua dah cukup kot untuk buat barbeque nanti."balas Fizi.
Mata Ehsan tertancap ke arah sepaket daging burger di dalam troli itu. "Ni kau nak buat pe?
"Bakar masa buat barbeque tu lah."
"Kita jemput Jarjit, Devi dengan si Rajoo tu kan.."
"Then?"
"Diorang mana makan lembu bongok!"
Fizi tersentak. "Oh shit!" Dia terus meletakkan semula daging burger itu.
"Kau ni nama je orang Malaysia. Perangai macam duduk Israel."
"Yelah...yelah....Aku dah letak balik pun kan."Fizi mendengus.
Telefon Ehsan berdering. Satu panggilan dari Mail.
"Hello Mail. Apehal call?"
"Hello..hah Ehsan. Ni...ada benda aneh sikit berlaku ni."
"Apa yang aneh sangat tu?"
"Kau tau kan yang mak si Ara tu nak jumpa Upin dekat kampung?"
"Yelah...aku dengar kot semalam. Dah sampai ke maknya?"
"Dah...tapi...mak Ara tu...."
"Mak Ara tu kenapa?"
"Mak Ara tu Kak Ros."
"What?!"
*****
"Baru sekarang nak tunjuk muka."kata Upin bernada serius.
"Akak minta maaf Upin...akak-"
"Mana akak pergi selama ni?"Upin memintas kata-kata kakaknya.
"You...apa semua ni? Dia ni siapa dengan you?"soal Zafri kehairanan. Anak-anaknya memaparkan reaksi yang sama.
"Dia adik I."balas Ros tersedu-sedan menangis.
Ara tersentak."What?! No way!" Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki yang dicintainya adalah bapa saudara tirinya. Walaupun secara teknikalnya mereka tidak berkongsi darah, namun agak janggal baginya untuk meneruskan hubungan dengan Upin. Tak mungkin ibu tirinya akan menjadi kakak iparnya. Keluarganya tidak mungkin akan menjadi seperti keluarga 69 dalam filem arahan P.Ramlee.
Ara terus berlari menuju ke kereta bapanya. Pak Nal yang tidak berganjak dari kerusi pemandu hanya terpinga-pinga. Upin menghampiri Ara.
"Ara..."
"Kita putus."
Upin terdiam. Cuba untuk memproses kata-kata Ara.
"Ara...please..."
"Muktamad. I akan kahwin bulan depan. Harap you tak contact I lagi."kata Ara walaupun dia masih belum bersetuju dengan keputusan bapanya.
"Ara...."Upin masih cuba untuk berunding.
"Please respect my decision."
Upin hanya mengangguk faham. Aris masuk ke dalam perut kereta dengan wajah yang termangu, Ros yang serba salah sempat meninggalkan nombor telefonnya. Zafri hanya tersenyum gembira. Walaupun masih sukar untuk memproses apa yang sedang berlaku disekelilingnya, Zafri hanya persetankan semua itu. Yang penting anaknya sudah bersetuju untuk berkahwin dengan menantu pilihannya. Toyota Vellfire itu perlahan-lahan meninggalkan Upin sendirian di rumah pusaka Opah.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...