Aslam merenung wajah Upin. Upin yang sedang memandu sempat menangkap renungan anak buahnya itu. Dia kemudian tersenyum. "Kenapa Aslam pandang Pak Ngah macam tu? Pelik ke tengok muka Pak Ngah sama cam ayah?"
Aslam menggeleng perlahan. "Tak pelik pun... Sebab Ayah botak, Pak Ngah tak botak.. Pak Ngah ada rambut... Ayah dulu selalu suka tunjuk gambar Pak Ngah. Gambar Mak Long pun ayah selalu tunjuk. Gambar Oyang pun Aslam selalu tengok."
"Oyang?" soal Upin kehairanan.
"Ayah selalu cakap nenek dalam gambar ayah dengan Pak Long masa kecik tu Opah. Tapi Aslam kena panggil Opah tu Moyang. Tapi Aslam panggil Oyang jee."
Upin tergelak kecil dengan kebijakan dan kepetahan anak buahnya dalam berbicara walaupun usianya baru empat tahun. Saling tidak tumpah seperti dia dan Ipin semasa berada di usia yang sama dengan Aslam dulu. "Pak Ngah tak pernah tahu pun nama penuh Aslam. Cuba Aslam bagitau Pak Ngah nama penuh Aslam apa?"
"Nama penuh Aslam Muhammad Arruffin Nursalam bin Ariffin. Tapi semua orang panggil Aslam Aslam sebab ayah kata senang."
Upin terdiam seketika. Dia sedikit terharu dan tidak menyangka bahawa adiknya akan menamakan anak buahnya bersempena dengan namanya dan arwah bapa mereka.
"Ayah tak ada bagitau ke kenapa ayah bagi nama penuh Aslam nama tu?"
Aslam mengangguk. "Ada. Ayah kata nama ni nama lelaki-lelaki yang penting dalam hidup ayah."
Upin tersenyum. Dia sedikit bangga bercampur terharu. Tidak lama kemudian kereta BMW Upin tiba di hadapan restoran Uncle Muthu. Mereka keluar dari kereta dan menuju masuk ke dalam kedai makan itu. Uncle Muthu yang sedang melayan pelanggan di kaunter terus menuju ke arah Upin dengan penuh rasa teruja meninggalkan pelanggannya di kaunter yang sedang terpinga-pinga. "Deyyy Upinnn!!!"
"Uncle Muthu!!!" balas Upin. Aslam hanya terpinga-pinga melihat reaksi bapa saudaranya dan lelaki tua berbangsa India itu.
"Eh! Itu hari datang sorang saja. Ini hari datang bawa anak pulak. Esok datang bawak bini pula." seloroh Uncle Muthu. Mereka berdua tergelak kecil. "Ini budak muka sebijik macam Upin Ipin masa kecik-kecik dulu. Anak Ipin kan?" soal Uncle Muthu memandangkan semasa Ipin kahwin lari dengan Dahlia beberapa tahun yang lalu, menjadi kecoh satu kampung sehingga cerita ini sampai ke telinga Uncle Muthu. Dan dari situ Uncle Muthu tahu bahawa Ipin telah pun berkahwin dan sudah pasti budak kecil ini merupakan anak Ipin. Upin mengangguk. "Mana Ipin? Tak ada ikut ka?"soalnya lagi.
"Dia tak sihat. Ada kat rumah dengan Kak Ros, Dahlia."
"Oh Ros pun ada! Bila dia mau jumpa sama Uncle, sudah lama Uncle tak ada rasa karipap dia bikin." Uncle Muthu kemudian membawa Upin dan Aslam ke meja makan lalu menyuruh mereka duduk. "Mau minum apa?"
"Aslam nak minum apa?"
"Aslam nak milo ais boleh Pak Ngah?"
"Boleh je..." kata Upin. "Milo ais satu...saya nak teh o ais limau ya.."
"Makan?" soal Uncle Muthu.
"Roti kosong 1.. boleh?"
"Boleh Aslam. Aslam order je pape okay?" kata Upin. "Roti kosong 1... Tu jelah Uncle."
"You Upin? Tak mau nasi goreng ayam Uncle ke?"
"Eh tak apalah, itu petang-petang nanti ke Insha Allah kalau sayang datang. Saya dah kenyang sebenarnya, Kak Ros dah masak breakfast pagi tadi. Cuma Aslam ni jelah teringin nak makan roti canai. Saya layankan dia aje." maklum Upin.
Uncle Muthu mengangguk faham. "Wokaylah kalau itu maciam." Dia kemudian menuju ke dapur untuk memaklumkan pesanan Upin. Pelanggannya yang sedang berdiri di kaunter masih dalam keadaan yang terpinga-pinga kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh Uncle Muthu.
YOU ARE READING
UPIN
FanfictionBerdasarkan animasi Upin & Ipin, sebuah fiksyen peminat (fan fiction) dipersembahkan mengisahkan perjalanan hidup Upin, Ipin dan sahabat-sahabatnya ketika di alam dewasa. Upin yang baru pulang dari Philadelphia cuba untuk menjejaki kakaknya, serta a...