BAB 6

544 46 5
                                    

"What?" Mail terkejut beruk.

"Mei Mei dah setuju nak join reunion tu nanti. Kau ni berapa kali nak tanya?"balas Upin.

"Bila kau jumpa dia?"soal Mail seolah-olah tidak percaya.

"Semalam, dekat sini lah. Eh, dekat meja ni lah jugak. What a coincidence."

"Dia order air apa?"

"What? Soalan apa kau tanya ni?"

"Jawab jerlah."

"Air yang coklat tu...pebende tah nama dia."

"Teddy Chocolate Cream Chip."

"Yang tu la kot."

"Hah! Dah agak. Mesti dia akan order air tu."

Upin hanya menjebikkan mulutnya.

"Kau rasa dia cintakan aku lagi tak."

"Yup. Dia masih cintakan kau. Tapi kau jangan nak membangang putus dengan dia lagi. Siap kau aku kerjakan."

Mail hanya tersenyum menyeringai. Tidak dapat gambarkan betapa gembiranya hatinya setelah mendengar jawapan dari Upin.

Ara datang menghampiri Upin dan Mail sambil menatang dulang yang terletak segelas Teddy Machiatto Caramel, minuman yang selalu dipesan Upin tiap kali dia berkunjung ke kafe ini.

"Thank you...erm tapi saya belum order lagi. Ni orang lain punya kot?"kata Upin.

"Tak apa yang ni saya belanja."

"Eh? Betul ke ni?"

Ara hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum manja. "Ya, anggaplah ni sebagai ucapan terima kasih saya kepada encik?"

"Upin."

"Ye, encik Upin. Terima kasih sebab selamatkan saya dua minggu lepas."

"Oh... awak ke yang hampir kena langgar hari tu? Apapun terima kasih ea."ucap Upin.

"Sama-sama."balas Ara tersipu-sipu malu lalu pergi meninggalkan Upin dan Mail.

"Comel."kata Upin.

"Memang comel pun. By the way, apa yang kene langgarnya. Tak tau cerita pun."

**

Mata Upin melilau mencari kafe Teddy & Co. yang dimaksudkan Ehsan. Penat juga berjalan memandangkan dia menaiki bas rapid KL dan stesen bas terletak jauh dari kafe itu. Walaupun penat, rasa teruja turut bermain dalam mindanya. Tidak sabar rasanya mahu bertemu semula dengan kawan-kawan lamanya.

Seorang gadis ketika itu baru keluar dari perut keretanya. Dengan lemah lembut gadis itu melintas dihadapannya. "Comel."gumam Upin dalam hati. Sebuah kereta Toyota Camry memecut laju ke arah gadis itu. Di ruangan pemandu, Upin melihat pemandu itu sedang leka menelaah telefon pintarnya. Upin tangkas berlari menarik gadis itu yang nyaris sahaja dihentam pemandu tiada otak itu.

"Awak okey?"soal Upin kerisauan.

Gadis itu hanya mengangguk lemah. Gugup jantungnya sebentar tadi. Mana tidaknya, hampir selangkah sahaja dengan maut. "Terima kasih cik."ucap gadis itu.

Orang ramai mengerumuni gadis itu. Upin meninggalkan gadis itu , memandangkan orang ramai yang hadir turut mengambil berat akan kondisi gadis itu. Upin berlalu pergi. Dari belakang, gadis itu hanya memandang Upin yang berjalan meninggalkannya membawa bersama hatinya. Gadis itu mulai jatuh cinta terhadapnya.

**

"Oh...cemtu ke citernya."

"Aku masih ingat lagi muka pemandu tu. Muka tak bersalah je. Bawak kete cam orang gila."

"Jap, apa kereta yang hampir langgar si Ara tu?"soal Mail.

"Camry. Warna putih."

"Dia ada modified pape tak?"

"Tak silap ada. Sport rim merah dengan ada spoiler kat belakang."

"Nombor plat start WWE?"

"Lebih kuranglah..."

"Driver dia camna rupa?"

"Rambut warna oren, pastu ada pakai subang. Macam gangster je rupa mamat tu...Eh jap, yang kau tanya lebih ni asal?"

"Hmm.., tak silap lagi. Memang dia lah. Dasar orang gila."

"Dia tu siapa?"

"Edward."

"Edward Mei Mei?"

"Takdelah Edward twilight." Mail mendengus. "Edward mana lagi, yang tulah."

"Kesian Mei Mei,"gumam Upin sendirian.

"Oh by the way, FYI...Ara tu owner kafe ni."

"What?

"Lepas ni aku datang nak minum free. Kalau kena bayar gak aku tumbuk muka kau."seloroh Mail.

Upin mengangkat gelas Teddy Machiatto Caramelnya. Sehelai kertas kecil yang terlekat pada bawah gelas itu ditarik. Tertera nombor telefon Ara.

Mail hanya tersenyum menyeringai. "Good luck, Upin."

UPINWhere stories live. Discover now