BAB 13

515 45 3
                                    

Upin duduk di mejanya seperti biasa. Seperti hari-hari dia bekerja sebelum ini. Monalisa, setiausaha di syarikat tempatnya bekerja kelihatan dari tadi sedang sibuk mengedarkan beberapa pucuk sampul surat yang tidak pasti apa kandungannya di dalam kepada semua kakitangan di syarikat itu.

"Nah..."Monalisa meletakkan sepucuk sampul surat di atas meja Upin.

"Apa ni?"soal Upin sambil membelek kosong sampul surat itu.

"Kad kahwin."

"Kau dah nak kahwin ke kak?"

"Bukan akulah. Ni Tan Sri Osman yang suruh aku edarkan."

"Tan Sri nak kahwin lagi?!"soal Upin terkejut.

"Kau gila? Kau nak Puan Sri tu meroyan ke... Yang nak kahwin ni anak dia, si Nazim tu..."

Upin hanya mengangguk faham.

"Okey dik... akak nak pergi edar kat orang lain pulak."Monalisa terus berlalu pergi.

Usai menyakini kelibat Monalisa sudah jauh dari pandangan, Upin terus membuka sampul surat itu.

'Jemputan ke Majlis Perkahwinan Nazim & Ara'

Upin tersentak. Berulang-ulang dia membaca ayat pertama pada kad kahwin itu. Ara! Dia memeriksa nama ibu bapa pengantin dan tidak salah lagi, nama Kak Ros antara yang tertera di situ membuatkan jiwanya bagai dihempas kuat ke lubuk berduri.

"Sabarlah dik...bunga bukan sekuntum."kata Monalisa yang muncul tanpa sedar. Dia tahu hubungan Upin dan Ara setelah dia terserempak dengan Upin di Teddy & Co. yang ketika itu sedang berbual mesra dengan Ara. Upin menerangkan segalanya kepada Monalisa kerana dia tahu Monalisa seorang andartu yang sedang mencari pasangan hidup. Dia mahu Monalisa menjauhinya. Monalisa sedikit hampa memandangkan niatnya untuk mencari pucuk muda terbantut. Namun kini, hari yang gelap, kini sudah cerah. Dia tidak mahu mensia-siakan peluangan keemasan ini.

Tan Sri Osman ada menunjukkan gambar Ara kepadanya semasa dia mengambil kad jemputan dari majikannya itu.

"Inilah dia bakal menantu saya Mona." Osman menunjukkan skrin telefon pintarnya.

"Eh eh...cantiknya menantu Tan Sri...tapi macam pernah jumpalah..."

"Eh yeke? Eh dahlah Mona. Tolong agih-agihkan kad ni."

Monalisa hanya menurut. Dia menghampiri Upin dan ketika itu baru dia teringat tentang di mana dia bertemu dengan gadis itu. Inilah masanya untuk dia mencuba nasib. Mana tau Upin akan terbuka hatinya untuk menerima dirinya yang mempunyai ciri-ciri isteri solehah itu.

Upin hanya diam. Dia tidak mahu membalas. Bukan dia tidak tahu Monalisa memendam hati terhadapnya. Geli geleman dibuatnya.

*****

"Macam mana keadaan dia sekarang?"

Dahlia hanya membisu seketika. Dia letih mahu mengutarakan perkhabaran buruk. "Macam tulah. Makin teruk. Doktor kata..."

"Doktor kata apa?"

"Dia ada dua bulan je untuk hidup. Dua bulan tu paling lama."

"What?"Jarjit tersentak. Dia harus bertindak segera. "Kita tak boleh lambat Dahlia!"

"I know! Tapi dia tak nak. Dia kata dia malu dengan kesilapan dia dulu... Saya dah try pujuk dia. Dia masih dengan keputusan dia..."

"Tak boleh macam ni Dahlia. Awak tahu ini yang terbaik untuk suami awak. Saya akan bagitahu apa yang awak perlu buat selepas ni."

"Thanks Jarjit. Kalau tak ada awak saya tak tahulah apa nak buat."

"No problem. Nanti saya call lagi. Kalau boleh cuba pujuk Ipin sampai dia setuju."

Panggilan dimatikan. Jarjit memalingkan wajahnya ke belakang. Ehsan. Kelihatan Ehsan sedang berdiri merenung tajam ke arahnya. Barangkali mencuri dengar perbualannya.

"Apa yang kau cuba sembunyikan ni Jarjit?"

"Apa?"

"Aku dengar kau sebut nama Ipin, Jit."

Jarjit mendengus. "Alright. Aku sebenarnya tahu Ipin kat mana."

"What?! Sejak bila?"

"Baru je."

"Ni sampai bila nak berahsia?"

"Kau jangan risaulah. Aku taulah apa nak buat."

Ehsan hanya diam.

*****

Ipin duduk bersandar di atas kerusi malas di ruang tamu rumahnya. Matanya hanya merenung ke arah anak kecilnya, Alif yang baru genap lima tahun. Dia tersenyum melihat gelagat anak kecilnya itu. Entah bagaimana anak ini bakal membesar nanti, siapakah isterinya? Berapakah anak-anaknya, apakah pekerjaannya? Ipin hanya mampu mengutarakan soalan-soalan itu dimindanya sahaja. Dia tahu dia tidak akan sempat untuk dipersembahkan jawapan kepada semua soalan yang bermain dimindanya itu.

"Dua..."

"Dua tahun ke doktor?"soal Dahlia.

Doktor Aaron menggeleng perlahan. "Dua bulan. Paling lama."

Ipin dan Dahlia terdiam. Bilik doktor itu kembali sunyi.

"Abang..."

Ipin tersentak dari lamunannya. "Hmm?"

"Pasal adik-beradik abang....abang ta-"

"Berapa kali saya nak bagitahu awak pasal ni Dahlia?!"

"Tapi... abang tau kan..kesihatan ab-"

"Memang! Memang aku dah nak mati pun! Itu yang awak nak cakap sebenarnya kan?!"

"S...saya..."

Ipin bingkas bangun meninggalkan Dahlia dan anak kecilnya di ruang tamu. Dahlia hanya terduduk memerhati suaminya yang keras kepala.

"BAKK!"

Ipin jatuh terlentang. Ipin pengsan.

*****

"Lama ke kau gi Jakarta?"

"Lima hari je...lagipun bukan urusan bisnes je. Aku nak jumpa Susanti. Dah alang-alang kat sana."

"Kau pergi sana sorang je ke?"soal Upin lagi.

"Yep. Ingatkan nak bawak staff aku tapi diorang ni macam-macam hal. Sorang dah berhenti kerja sorang lagi balik kampung adik dia kahwin. By the way, jom teman aku..."

"Kalau ikutkan hati memang aku nak. Tapi takkanlah aku asyik nak ambik cuti jer... baru kerja kot."

"Alright then.."

"Ara dah nak kahwin..."Upin terus mengeluarkan apa yang dipendamkan dalam hatinya.

Mail tersentak. Dia bukan tak tahu perihal itu. Malah Nazim sendiri yang menghantar kad jemputan kepadanya memandangkan mereka ada mesyuarat pagi tadi.

"Sabarlah Upin. Kalau ada jodoh adalah Tuhan tentukan."

"Aku tau...tapi aku kecewa sikitlah. Boleh pulak aku dapat kad kahwin tu..."

"Kau nak pergi ke majlis tu?"

Upin merenung mata Mail. "Kau buat lawak ke?"

UPINWhere stories live. Discover now