FADE IN
" EMANSIPASI "
1. DALAM. VILLA AURORA PERMAI. RUANG TAMU – SIANG
Kelihatan Johan yang cedera di kedua-dua belah tangannya sedang berhadapan dengan pembunuh yang berpakaian hitam. Di tangan pembunuh itu terdapat sebilah kapak yang jelas masih berdarah. Ruang tamu kelihatan berselerak. Di atas lantai turut kelihatan beberapa buah kusyen sofa bertaburan.
JOHAN
Tolong. Ja..ja..jangan bunuh aku. Maafkan aku. Aku tahu aku salah. Ampunkan dosa aku. Please ! I'm begging you.
Johan merayu dengan wajah yang sayu.
PEMBUNUH
Johan. Johan. Johan. Semua dah terlambat. Nyawa kau akan aku ambil juga. Semudah itu kau nak minta maaf ? No way ! Too late ! hutang darah dibayar dengan darah.
Pembunuh tersenyum sinis sambil memerhatikan Johan. Kapak di tangannya dihayun-hayunkan perlahan. Lalu dia berjalan ke arah Johan.
JOHAN
Aku merayu. Lepaskan aku wei. Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya.
Johan mula melutut di hadapan pembunuh itu. Air matanya mula mengalir. Wajahnya jelas kelihatan takut.
PEMBUNUH
Diam ! Aku bukan Nabi lah bodoh ! Ahhhhhhh !
Pembunuh naik berang lalu menghayunkan kapak ke arah Johan.
FADE OUT
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...