29. DALAM. VILLA AURORA PERMAI – MALAM
JOHAN
Dapur semua dah clear. Tingkat atas macam mana ?
ISZKANDAR
Tingkat atas settle.
Sambil mengangkat ibu jari tangannya memberi isyarat bagus.
ILAIKA
Tingkat bawah pun dah okey. Everything is lock and seal tightly !
MELISA
Aku nak naik atas kejap. Nak mandi. Aku tak selesa keadaan macam ni.
VINCE
Aku pun nak naik mandi sekali. Alang-alang tu boleh temankan kau sekali Mel.
ILAIKA
Mel, kejap ! Nah.
Ilaika menghulurkan pisau lipat kepada Melisa.
ILAIKA
Just in case of emergency. Kau boleh guna.
Melisa dan Vince berjalan menaiki tangga ke atas. Iszkandar, Johan, Iszabella dan Ilaika duduk di ruang tamu. Masing-masing kepenatan.
ISZABELLA
Korang tak rasa lapar ke ? kita dah tak makan lepas sarapan pagi tadi.
ISZKANDAR
Dalam keadaan macam ni kau boleh fikir pasal makan ke Bella ?
ISZABELLA
Betul la. Aku laparlah Isz.
Serentak itu kedengaran perut mereka semua berbunyi. Masing-masing kelaparan.
ISZABELLA
Ilaika! Jom kita pergi masak. Aku dah tak tahan ni.
ILAIKA
Hah?! Aku mana tahu masak. Kau tu pun bukannya pandai masak.
ISZABELLA
Hei perempuan! Kau ingat aku tahu ke? Kita masak je lah apa-apa. Nak tak nak diorang kena makan juga.
ISZKANDAR
Masaklah apa-apa pun. Janji boleh makan.
JOHAN
Masak je lah maggi dalam almari tu. Senang sikit. Cepat dimasak lazat dimakan.
Ilaika dan Iszabella masuk ke dalam dapur untuk memasak makan malam manakala Iszkandar dan Johan duduk berbual.
ISZKANDAR
Aku cadang malam ni kita kena tidur bergilir-gilir.
JOHAN
Betul tu. Kena sentiasa berjaga-jaga. Bila-bila masa je dia boleh serang kita.
ISZKANDAR
Later on kita bagitahu mereka semua.
JOHAN
Isz, err terlanjur sembang ni aku nak tanya kau something. Boleh ?
ISZKANDAR
Haa apa kau nak tanya. Tak payah la nak buat suspens sangat.
JOHAN
Aku dah perasan lama dah. Tapi aku diamkan jer la. Engkau dengan Vince ni ada apa-apa ke ? aku tengok korang bukan main rapat lagi. Dari dulu jugaklah.
ISZKANDAR
(monolog dalaman)
Aduh ! aku cukup lemah dengan soalan macam ni. Nak jawab apa ni ?
JOHAN
No offence bro. Aku kawan kau. And bakal jadi adik ipar kau. Even kau tak lurus pun aku terima kau seadanya la weyh.
ISZKANDAR
Err err aku sebenarnya...ermm...
JOHAN
Relakslah. Kau tak payah cuak sangat. Boy to boy talk ni. Don't worry. Off record !
ISZKANDAR
Haishh. Hmmm sebenarnya Vince tu ex-boyfriend aku.
JOHAN
Serious bro ?
ISZKANDAR
Muka aku tengah tipu ke sekarang ?
JOHAN
So engkau ni gay ?
ISZKANDAR
Tak. Vince memang gay. Aku biseksual. Still ada perasaan kat perempuan juga. Cuma aku lebih selesa dengan lelaki.
JOHAN
Bella tahu ke ?
ISZKANDAR
Uishh memang tak lah aku nak come out kat dia. Kau je yang tahu pasal ni.
JOHAN
I see. Don't worry Isz. Rahsia kau selamat dengan aku. Sekarang ni kau dengan dia macam mana ? Aku tengok macam cinta lama berputik kembali jer.
ISZKANDAR
Entahlah Johan. Aku follow the flow je sekarang. Jujur aku still sayang dia lagi. Tapi itulah. Life as one of the LGBT community ni susah. Kena kecam dengan masyarakat pulak tu. Lagi-lagi sekarang ni makin ramai pulak yang nak menghukum orang.
JOHAN
Kalau aku, kau jangan risau. Aku tak judge apa-apa.
ISZKANDAR
Boleh kau janji dengan aku satu perkara ?
JOHAN
Apa ?
ISZKANDAR
Kalau aku terjadi apa-apa kat aku nanti, aku nak kau jaga Iszabella elok-elok...dan lagi tolong cakap kat Vince aku sayangkan dia sangat-sangat.
JOHAN
Isz, kita akan selamat ! Kita mesti selamat.
Johan menepuk-nepuk bahu Iszkandar.
ISZKANDAR
Pasal ketidaklurusan aku ni kau jangan cerita kat sesiapa pulak.
JOHAN
Baik. Jangan risau.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...