Konfrontasi

19 4 0
                                    

32. DALAM. BILIK, VILLA AURORA PERMAI – SIANG

Di dalam sebuah bilik kelihatan Iszkandar, Johan, Iszabella dan juga Ilaika duduk di atas kerusi. Namun mereka masih tidak sedarkan diri. Terdapat sebuah meja bersaiz sederhana di dalam bilik tersebut. Melisa tidak kelihatan di dalam bilik itu. Nasibnya juga tidak diketahui. Tangan dan kaki mereka semua telah diikat dengan begitu rapi. Johan mula tersedar.

JOHAN

(monolog dalaman)

Aduh...aku...ahh...aku kat mana ni ? macam mana aku boleh berada kat sini ?

Mata Johan meliar memerhati kawasan bilik. Dia cuba mengejutkan Iszkandar.

JOHAN

(menjerit)

ISZ !! BANGUN !! ILAIKA !! BELLA !! BANGUNNN !!

Ilaika, Iszabella dan juga Iszkandar mula sedar dari pengsan.

ISZKANDAR

Kita kat mana ni ?

ISZABELLA

Ikatan ni kuat betul. Aku tak dapat nak bergerak.

ILAIKA

Aku rasa kita still dalam villa ni.

ISZABELLA

Weyh ! Mel ! Mel tak ada !! Mana dia ?

JOHAN

Aku tak tahu. Masa aku sedar, dia memang dah tak ada dalam bilik ni.

ILAIKA

Aku rasa semua yang berlaku ni ada kaitan dengan tragedi 8 tahun lepas.

ISZABELLA

Ilaika stop it ! nonsense ! Jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?!

ILAIKA

(marah)

Apa kau cakap ? Nonsense ?! For your information aku siap jumpa note yang ada tulis nama Lina dalam tu !

Johan, Iszkandar dan juga Iszabella serentak terkejut.

JOHAN

Kenapa kau tak cakap dari awal ?

ILAIKA

Sebab aku tahu korang tak akan percaya cakap aku ! dalam tu ada tertulis hanya maut yang akan melunaskan semuanya !

ISZKANDAR

Lina dah mati ! Mustahil dia hidup balik untuk bunuh kita semua.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan villa. Masing-masing mula kaget memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka. Pintu bilik dibuka. Pembunuh berpakaian hitam itu masuk ke dalam bilik. Sama seperti yang diceritakan oleh Melisa. Pembunuh itu memakai topeng berwarna emas. Rambutnya tidak kelihatan. Susuk badannya juga sukar dikenalpasti samaada dia lelaki atau perempuan. Dia berpusing-pusing menghadapi mereka berempat.

ISZKANDAR

Siapa kau ?! Lepaskan kami !

ILAIKA

Eh bodohlah ! Kau nak apa hah ?!!

ISZABELLA

(marah)

Diamlah Ilaika! Nanti dia bunuh kita ! aku tak nak mati lagi !

Pembunuh itu mula bersuara. Suara lelaki dewasa.

PEMBUNUH

Well well well. HAHAHAHAHA kesian aku tengok korang semua ni.

JOHAN

Diamlah kau! Tak berani nak tunjuk muka ke? Dasar penakut!!!

ISZABELLA

Sayang, jangan macam ni lah. Dia ni dah gila. Please jangan nak buatkan dia jadi lagi gila !

PEMBUNUH

Tak perlu tanya apa yang aku nak. Dunia tak boleh bagi.

ISZKANDAR

(hairan)

Apa kau cakap ni ?

PEMBUNUH

Aku mahu sesuatu yang kononnya ia akan datang. Tapi ternyata aku tertipu.

Dahi Iszkandar berkerut memerhatikan pembunuh itu. dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak mengerti.

PEMBUNUH

Keadilan.

ISZABELLA

Apa maksud kau ? Aku tak faham.

PEMBUNUH

Tak apa. Manusia macam kau memang tak akan faham. Bangsa manusia yang tak pernah merasa hidup susah.

ISZKANDAR

Kau nak duit kan ? cakap kau nak berapa ! Aku boleh bagi. Just let us go !

PEMBUNUH

FOR GOD SAKE !!KAU STILL FIKIR SEMUA BENDA BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT ? NO THANKS !

Ilaika mendiamkan diri. Dia lebih selesa menjadi pemerhati mereka.

ISZABELLA

(merayu)

Aku tak nak mati ! Tolong jangan bunuh aku !

PEMBUNUH

HAHAHA!! Tak payah bising. Nanti korang akan mati juga ! Aku dah tunggu lama untuk saat ini! Apa yang korang buat mesti ada balasannya !

Pembunuh itu kemudiannya mengeluarkan sebuah diari lama lalu diletakkan ke atas meja.

PEMBUNUH

Well aku rasa nak main game dengan korang. Jom main game ! Lets call this game as Hashtag Throwback ! So tell me what happen 8 tahun lepas.

Masing-masing senyap tidak bersuara.

ILAIKA

Aku boleh ceritakan dari A sampai Z pasal tragedi tu.

PEMBUNUH

We got a volunteer in here. Well silakan.

ILAIKA

Tapi aku nak jaminan. Jaminan yang aku selamat dari dibunuh !

PEMBUNUH

Bijak. Kau memang bijak Ilaika.

Ilaika tersenyum sinis.

PEMBUNUH

Aku boleh bebaskan kau kalau kau nak. Let's start.

ILAIKA

8 tahun lepas...

EmansipasiWhere stories live. Discover now