47. DALAM. VILLA AURORA PERMAI. RUANG TAMU – SIANG
Melisa membawa Johan masuk ke dalam villa semula. Di tangannya ada sebilah kapak yang kelihatan tajam. Johan ditolak ke hadapan. Lalu Melisa menghayunkan kapak ke arah Johan. Johan mengangkat kedua belah tangannya. Kapak itu menghiris tangan Johan. Darah mula mengalir keluar. Kelihatan Johan yang cedera di kedua-dua belah tangannya sedang berhadapan dengan Melisa. Di atas lantai turut kelihatan beberapa buah kusyen sofa bertaburan.
JOHAN
Tolong. Ja..ja..jangan bunuh aku. Maafkan aku. Aku tahu aku salah. Ampunkan dosa aku. Please ! I'm begging you.
Johan merayu dengan wajah yang sayu.
MELISA
Johan. Johan. Johan. Semua dah terlambat. Nyawa kau akan aku ambil juga. Semudah itu kau nak minta maaf ? No way ! Too late ! hutang darah dibayar dengan darah.
Melisa tersenyum sinis sambil memerhatikan Johan. Kapak di tangannya dihayun-hayunkan perlahan. Lalu dia berjalan ke arah Johan.
JOHAN
Aku merayu. Lepaskan aku wei. Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya.
Johan mula melutut di hadapan Melisa. Air matanya mula mengalir. Wajahnya jelas kelihatan takut.
MELISA
Diam ! Aku bukan Nabi lah bodoh ! Ahhhhhhh !
Melisa naik berang lalu menghayunkan kapak ke arah Johan. Tepat terkena pada leher Johan. Darah keluar memancut-mancut. Kepala Johan terkulai-kulai hampir putus. Dia sudah tidak bernyawa lagi.
MELISA
HAHAHAHAHAHA ! Baru puas hati aku !! Bangsa manusia macam korang ni tak layak hidup ! baik mampos !
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...