33. IMBAS KEMBALI. KANTIN SMK SRI BANGSAR – SIANG
Kelihatan Melina baru sahaja pindah ke sekolah baharu. Dia merupakan gadis yang cantik, polos dan bersopan-santun. Hal ini telah menarik perhatian kumpulan yang popular di sekolah tersebut, iaitu The Illuminatrix yang terdiri daripada Johan, si kembar Iszkandar dan Iszabella, Badrul, Vince, Trisyia dan juga Ilaika. Ketika waktu rehat, The Illuminatrix memerhatikan Melina dari jauh.
JOHAN
Weyh, korang ! Cuba tengok budak perempuan kat meja no.14 tu. Budak baru kan ?
ILAIKA
(menggeleng-gelengkan kepala)
Amboi kau ni! Cepat sangat mata boleh scan ye..Hahaha
ISZABELLA
Kau ni boleh diam sikit tak Ilaika? Mulut laser sungguh. Johan tanya je kot. Cakap baik-baik sikit ok.
ILAIKA
Yang mulut kau tu baik sangat ke ? Ukur kain kat badan sendiri dulu okey. Dah pandai nak mengata orang. Aku melawak je kot. Yang kau ni nak terasa sangat kenapa ?
ISZKANDAR
Korang berdua ni boleh stop tak ? Tak pasal-pasal nak cari gaduh. Oh ye Johan, budak tu namanya Melina. Dia baru pindah ke sekolah kita. Orang selatan kalau tak silap.
JOHAN
Oh ye ke ? Patutlah. Cantik jugalah dia. Muka manis, polos, putih melepak pula tu. Harap-harap masih single lagi. Haha
ISZABELLA
Hmm yelah tu. Cantiklah sangat. Dah lah, aku nak pergi library. Ada discussion untuk Fizik. Bye semua.
Beberapa minit kemudian, loceng berdering menandakan tamatnya waktu rehat. Mereka pun menuju ke kelas masing-masing, kecuali Johan. Dia mengekori Melina sehingga ke Bilik Multimedia.
34. LUAR. KORIDOR, BILIK MULTIMEDIA – SIANG
Kelihatan Johan menahan Melina dari terus berjalan. Melina agak terkejut dan cuba untuk mengendahkan Johan.
JOHAN
Hai awak. Nama saya Johan Ashraf. Boleh tak kita berkenalan sikit ?
MELINA
Maaf ye. Saya sibuk sekarang ni. Kena habiskan artikel untuk Buletin Mingguan.
JOHAN
Alamak ye ke ? Okay tak apa. Lain kali je lah. Bye awak. Take care tau.
MELINA
Haha baiklah. Bye.
Tanpa disedari oleh Johan, perbualan antara dirinya dan Melina didengari oleh Iszabella, yang secara sengaja mengawasi pergerakan Johan. Dia mula mengesyaki bahawa Johan menyukai Melina dalam diam. Reaksi muka Iszabella jelas begitu bengang.
35. LUAR. PONDOK MENUNGGU BAS, SMK SRI BANGSAR – SIANG
Kelihatan Iszabella sedang menunggu drivernya sampai. Beberapa orang pelajar kelihatan sedang menunggu bas di situ. Iszabella kelihatan marah. Beberapa ketika kemudian Trisyia datang menegurnya.
TRISYIA
Weyh Bella. Apsal muka kau masam je dari tadi ? Alah biarlah si Ilaika tu. Kawan kita je pun. Just forgive and forget la.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...