JOHAN
Tapi kau ni siapa ? Apa kaitan kau dengan Lina ?
PEMBUNUH
Korang nak tahu siapa aku ?
JOHAN
Ye! Kenapa kau buat semua ni? Apa yang kau dapat ?!
Pembunuh membuka hoodie yang menutup rambutnya. Rambutnya yang panjang terkeluar dari hoodie. Selepas itu dia membuka topeng emas dan mendedahkan mukanya. Terdapat satu gadjet voice changer pada topeng itu.
JOHAN
What the hell !!
Johan seakan-akan tidak percaya. Iszkandar dan Iszabella juga turut terkejut.
ISZABELLA
MEL ?!!!
ISZKANDAR
Mel kenapa kau buat semua ni ?!
MELISA
Tolonglah Isz. Kamu semua, kononnya The Iluminatrix. Ingat diri korang tu hebat sangat?! AKU MELISA AMELIA ! KAKAK KEMBAR MELINA ATILIA YANG KORANG DAH BUNUH TU !!!
ISZABELLA
Kembar ? Apa semua ni ?
MELISA
Bella, Bella, Bella. Kau ni memang dari dulu bodoh kan ? aku dengan Lina sekolah yang berbeza. Tapi aku sentiasa tahu perkembangan dia. Sampailah korang bunuh dia !!!
JOHAN
Kami minta maaf.
MELISA
(tengking)
MAAF ? SHE DIED FROM A FREAKING CLAUSTROPHOBIC ATTACK! WAJAR KE AKU MAAFKAN SYAITAN MACAM KORANG SEMUA NI ?!!
ISZABELLA
Kami sanggup buat apa sahaja. Please Mel.
MELISA
Do you think I care Bella ?! Masa adik aku merayu, ada ke kau tolong dia ? Jangan harap aku akan lepaskan kau begitu sahaja.
Melisa mengeluarkan sebotol cecair dalam botol kaca. Lalu disimbahkan ke muka Iszabella.
ISZABELLA
ARGHHHHHHHHHHHH PEDIHHHHH!! TOLONGGGGG ARGHHH.
Kulit muka Iszabella mula terhakis. Pipinya yang mulus mula bertukar merah. Daging pipinya mula terkopek. Darah mula mengalir.
ISZKANDAR
KAU MEMANG TAK GUNA !!!
JOHAN
PEREMPUAN SIAL !!!
MELISA
Oh aku lupa nak cakap. Disebabkan korang jugaklah parents aku mati malam tu. Diorang kemalangan masa keluar cari Melina. Tragis kan ? Aku hadapi semua ni sendirian. Di saat kalian semua hidup bahagia.
Melisa menjadi sebak lalu keluar sebentar untuk menenangkan fikiran. Dia terlupa bahawa kunci keretanya tertinggal di dalam bilik tersebut. Iszkandar pula telah berjaya memotong ikatan tangan dan melepaskan diri setelah membuka ikatan di kakinya. Dia kemudian membuka ikatan Iszabella dan Johan.
ISZKANDAR
Shhhhh! Jangan buat bising. Kita keluar dari sini dengan senyap. Dia tertinggal kunci kat situ.
ISZABELLA
Cepat Isz. Muka aku pedih ni.
JOHAN
Tahan sayang. Sikit sahaja lagi.
46. LUAR. VILLA AURORA PERMAI – SIANG
Mereka terus berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke luar villa.
MELISA
Hey, tunggu! Mana korang nak lari ?! Ingat boleh terlepas macam tu saja?
Melisa mengejar mereka bertiga. Dengan sepantas kilat Melisa menendang Johan dari belakang. Johan jatuh tersungkur.
ISZKANDAR
JOHAN !!!!!
JOHAN
LARI CEPAT !! JANGAN PEDULIKAN AKU !!!!!
Iszkandar dan Iszabella terus masuk ke dalam kereta. Melisa hanya tersenyum dari jauh seolah-olah tahu apa yang bakal terjadi.
ISZABELLA
Isz cepat start enjin kereta !
Kunci dipulas. Serentak itu kereta tersebut meletup. Api marak tinggi menjulang. Iszkandar dan Iszabella terbakar dalam kereta tersebut.
JOHAN
ISZ !!!!!!! BELLA !!!!
MELISA
Aku dah cakap. Mesti mati punya. Kau tak payah nak lari. Sekarang ni aku nak settle kan kau pulak.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...