48. LUAR. VILLA AURORA PERMAI – PETANG
Kelihatan Melisa sedang termenung di tepi sudut villa. Pak Din datang mendekatinya.
PAK DIN
Cik Mel, Pak Din dah tanam semua mayat mereka dalam hutan.
MELISA
Terima kasih Pak Din sebab dah tolong saya selama ni.
Lalu Melisa menghulurkan sampul berisi wang ke arah Pak Din.
PAK DIN
Cik Mel, Pak Din buat ini bukan sebab duit. Mereka semua memang tak layak hidup dalam dunia ni. Pak Din sayangkan Lina.
MELISA
Lepas ini saya akan hilangkan diri buat seketika. Mungkin ke luar negara. Pak Din jaga diri elok-elok.
49. LUAR. TANAH PERKUBURAN – SIANG
Pintu kereta dibuka. Melisa keluar dari kereta. Dia mengenakan baju kurung labuh berwarna hitam berserta shawl di kepala. Kaca mata gelap turut dipakai. Di tangannya terdapat satu jug air mawar. Melisa berjalan masuk ke tanah perkuburan. Melisa berdiri di hadapan tiga buah pusara.
MELISA
Mama, Papa, Adik. Kakak datang ni.
Melisa sebak. Lalu dia duduk dan membaca surah Yassin.
Setelah selesai membaca Yassin Melisa menyiram air mawar ke pusara keluarganya.
MELISA
(monolog dalaman)
Kakak dah selesaikan semuanya. Kakak harap adik tenang kat sana dengan mama dan papa. Maafkan kakak. Kakak mungkin tak dapat nak temankan adik kat syurga nanti.
Melisa bangun dan berjalan ke arah keretanya.
50. DALAM. KEDAI MAMAK - SIANG
Kelihatan seorang lelaki meletakkan akhbar yang baru dibelinya di atas meja makan. Tajuk akhbar jelas terpampang "LAPAN SEKAWAN MASIH HILANG" berserta gambar kesemua ahli The Iluminatrix.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Emansipasi
Misterio / SuspensoEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...