I Know What You Did

21 3 0
                                    


30. DALAM. DAPUR, VILLA AURORA PERMAI – MALAM

Kelihatan Iszabella sedang menggoreng maggi. Meja di dapur kelihatan bersepah. Kulit bawang bertaburan. Plastik bungkusan maggi dibiarkan begitu sahaja.

ISZABELLA

Pergh terbaiklah ! Maggi goreng air tangan Bella dan Ilaika !

ILAIKA

Kira hebat jugalah kita berdua ni memasak. Boleh jadi menantu pilihan.

Mereka berdua ketawa.

ISZABELLA

(sebak)

Trisyia mesti suka maggi ni...tapi dia dah tak ada.

Mata mereka berdua mula berkaca. Ilaika mendekati Iszabella.

ILAIKA

Bella, we must not give up ! Kita kena keluar dari tempat ni. Kita kena kuat. Trisyia mesti tak suka tengok kau sedih macam ni.

ISZABELLA

Aku tahu. Cuma aku...aku sedih. Trisyia is our best friend. Aku tak percaya yang dia dah mati.

Ilaika menunduk ke bawah lalu membuka pintu kabinet. Beberapa biji pinggan dicapainya. Tiba-tiba Ilaika ternampak sekeping kertas kecil yang tertulis sesuatu.


HANYA MAUT YANG AKAN MELUNASKAN SEMUANYA ! – LINA 


Ilaika terperanjat. Namun dia cuba untuk bertenang. Kertas itu direnyukkan kemudian dibuang ke dalam tong sampah.

ILAIKA

(monolog dalaman)

Siapa punya angkara ni ? setahu aku kes lapan tahun lepas tu dah tutup. Damn la !

ISZABELLA

Hoi Ilaika, kau buat apa ? Ambil pinggan ke cari diamond ?

Ilaika lantas menghulurkan pinggan kepada Iszabella. Melisa yang baru selesai mandi masuk ke dapur.

MELISA

Sedapnya bau. Pandai korang berdua masak.

ISZABELLA

Well. Tengoklah air tangan siapa.

Ilaika masih mendiamkan diri. Dia masih lagi terkejut.

MELISA

Air untuk minum tak ada lagi kan ? Aku boleh tolong korang bancuh jus oren.

Melisa membancuh jus oren. Ilaika kelihatan pucat.

MELISA

Ilaika, are you okey ? muka kau nampak pucat.

ILAIKA

Err... aku... aku okey. Maybe kurang rehat. Dah siapkan semua ? Biar aku panggil Isz dengan Johan.

Ilaika berjalan ke ruang tamu. Sejenak kemudian Iszkandar dan Johan datang ke dapur.

JOHAN

Pandai masak rupanya awek aku ni.

ISZABELLA

Eh mestilah. I letak ramuan rahsia sekali dalam ni.

ISZKANDAR

(menyindir)

Banyaklah kau punya ramuan rahsia.

ISZABELLA

I letak kasih sayang yang melimpah ruah dalam maggi goreng ni. Gerenti sedap.

MELISA

Korang mesti dahaga. Nah minum jus oren yang aku bancuh ni

Mereka semua meneguk jus oren itu.

ISZKANDAR

Eh mana Vince ? Tak siap mandi lagi ke ? Kang makanan habis pulak.

ILAIKA

Jangan risau. Aku dah simpankan sikit kat dia.

JOHAN

Korang, dengar ni. Malam ni kita akan tidur secara shift. Setiap sejam akan tukar orang lain. Aku takut pembunuh tu attack kita lagi.

Dengan tiba-tiba lampu terpadam. Suasana menjadi gelap gelita. Hujan masih lagi turun dengan begitu lebatnya. Kedengaran suara jeritan Vince dari tingkat atas.

ISZABELLA/ILAIKA/MELISA

(terkejut)

AHHHHHHHHHHHHH !!

JOHAN

Semua orang jangan bergerak. Stay kat tempat masing-masing !

ILAIKA

Aku nak cari torch light kejap. Tadi ada ternampak dalam laci dekat sebelah peti sejuk tu.

Ilaika berjalan dalam gelap. Lampu torch light dinyalakan. Keadaan menjadi sedikit terang. Ilaika cuba untuk bertenang. Melisa mengeluarkan key chain yang mempunyai lampu suluh kecil yang pada kuncinya.

ISZKANDAR

Weyh cepat ! Aku nak cari Vince ! kita naik atas sekarang. Aku dengar dia jerit tadi !

Mereka semua meluru ke tingkat 2.

ISZKANDAR

VINCE !! VINCE !!

EmansipasiWhere stories live. Discover now