8. LUAR. RUMAH ISZKANDAR DAN ISZABELLA. PAGI
Kelihatan halaman rumah banglo tersebut yang dihiasi dengan dekorasi taman yang sangat cantik. Di bahagian depan banglo itu terbentang sebuah kolam ikan hiasan yang mempunyai air pancut. Seorang tukang kebun sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman itu. Pintu rumah dibuka. Iszkandar keluar rumah lalu menuju kearah keretanya bersama dengan sebuah beg. Kemudian disusuli oleh Bard dan Johan.
ISZKANDAR
Weyh korang, cepatlah sikit. Adoi nak angkat beg pun lembab la.
JOHAN
Hek eleh dia ni. Rilekslah. Bukannya lari pun villa tu.
BARD
Entah si Isz ni. Kelam kabut la kau ni. Si Bella tu pun entah dah bangun ke belum. Sabar bro. Chill.
ISZKANDAR
Okey fine. Yelah akulah yang kelam kabut. Semua aku. Kang lambat sampai jangan salahkan aku.
Mereka bertiga berbual sambil memasukkan barang ke dalam bonet kereta Iszkandar. Perbualan mereka terhenti apabila dua buah kereta memasuki perkarangan rumah banglo itu. Melisa keluar dari kereta Perodua Axia lalu bergerak kearah Iszkandar, Bard dan juga Johan. Vince turut mengekorinya dari belakang sambil membetulkan stail rambutnya.
MELISA
Hey boys ! Sorry if aku lewat. Which is aku rasa tak lewat kot. Kan Vince kan ?
VINCE
Exactly ! We arrive just in time !
ISZKANDAR
Tak adalah. Korang berdua sampai tepat pada masanya. Kitorang baru angkat barang masuk dalam bonet ni ha.
Kelihatan Bibik Elly datang ke arah mereka.
BIBIK ELLY
Selamat pagi kalian semua. Bik Ella udah menyiapkan sarapan. Tuan Isz bisa enggak jemput teman-teman masuk.
ISZKANDAR
Okey Bik. Nanti kami masuk. Dah jom makan jom. Makanan dah ready. Bard kau makan puas-puas.
Iszkandar menjemput mereka semua masuk.
BIBIK ELLY
Jemput masuk ya semuanya. Cik Bella ama Trisyia juga Ilaika udah nunggu di meja makan.
MELISA
Baik Bik. Terima kasih.
Mereka berjalan bersama-sama lalu masuk ke dalam rumah.
9. DALAM. RUMAH ISZKANDAR DAN ISZABELLA. MEJA MAKAN. SIANG
Mereka semua duduk di kerusi mengelilingi meja makan itu. Kelihatan makanan yang menyelerakan di atas meja. French toast with peanut butter and nutella, nasi lemak, dan juga spaghetti goreng. Kelihatan juga satu jug jus oren segar, seteko air teh, dan juga satu kotak susu Dutch Lady Full Cream 500ml . Mereka semua menjamu selera. Bibik Ella menuangkan jus oren ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Melisa.
MELISA
Terima kasih Bik Ella. Jemputlah makan sekali dengan kami semua.
BIBIK ELLY
Bibik udah makan tadi. Masih kenyang. Lagian Bibik punya banyak kerja yang perlu diberesin. Cik Mel usah khuatir. Bibik mau ke dalam sebentar ya.
Bard makan dengan begitu gelojoh sekali. Rakan-rakannya hanya memerhatikan gelagatnya itu.
JOHAN
Hoi Bard ! Makanlah elok-elok sikit. Kau kat rumah orang kot. Agak-agaklah.
BARD
Opss sorry guys ! Bibik Elly masak sedap gila kot ! Semua makanan favourite aku ni !
ILAIKA
Alah kau tu apa je yang tak sedapkan. Tolak kayu dengan batu je. Yang lain semua kau sebat.
Mereka semua tertawa kecuali Bard dan Trisyia. Trisyia seperti sedang mengelamun. Bard pula meneruskan kunyahannya tanpa mempedulikan kata-kata Ilaika. Melisa menegur Trisyia.
MELISA
Trisyia, kau okay tak ni ? Senyap je. Mengelamun apa ni ?
TRISYIA
I'm okay. Tapi aku rasa macam tak sedap hati pula.
ISZABELLA
Hey, rilekslah. Kita nak pergi holiday. Everything gonna be fine. Trust me okey ?
Lalu Iszabella memeluk erat Trisyia untuk menenangkannya.
MELISA
Betul cakap Bella. Lagi pun kita ada empat orang hero yang akan jaga kita semua.
Melisa tersenyum sendiri. Trisyia menarik nafas lega lalu tersenyum tawar.
TRISYIA
Okey guys ! Thanks a lot. I feel much better now. Let just forget it and focus on our holiday ! yeayyy !
VINCE
Drama lah korang ni. Dah jom sambung makan. Nanti lapar. Si Bard ni aku tak risau. Dia mencekik untuk tiga hari terus.
10. LUAR. VILLA AURORA PERMAI. SIANG
Tiga buah kereta sedang bergerak perlahan memarkir di perkarangan Villa Aurora Permai. Sebuah Honda Civic Hitam, sebuah Honda Vios Merah dan juga sebuah Perodua Axia yang berwarna rose gold. Villa dua tingkat itu sememangnya sangat besar. Warnanya dicat dengan warna putih. Sekali pandang villa itu kelihatan agak menyeramkan. Di hadapan villa itu terbentang sebuah kolam ikan hiasan dan terdapat sebuah arca patung pahlawan yang memegang pedang secara menegak. Air mengalir perlahan dari celahan arca pahlawan itu. Pintu kereta dibuka perlahan, mereka semua keluar dari perut kereta masing-masing.
VINCE
Welcome to Villa Aurora Permai !
JOHAN
Whoa ! Boleh tahan besar jugak villa ni.
BARD
Cayalah Vince ! Pandai kau cari tempat macam ni.
ISZKANDAR
Holiday kita akan jadi sangat best !
TRISYIA
Ermm korang tak rasa ke villa ni macam creepy semacam. Dah la sunyi sepi je kawasan ni.
Ilaika memeluk Trisyia dari tepi.
ILAIKA
Trisyia, come on. Jangan fikir bukan-bukanlah.
MELISA
Ha'ah janganlah cakap macam itu. Lagi pun kawasan ni kan tak ramai orang. Sebab tu sunyi.
ISZABELLA
So, berapa lama kau nak kitorang terpacak depan villa ni ? Vince, cepatlah buka pintu. Kami nak masuk.
Vince membuka kunci pintu menggunakan kunci yang ada.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...