7. KAFE THE BLACK CAT. MEJA 7. SETELAH SELESAI MAKAN - SIANG.
The Iluminatrix selesai menjamu selera. Di atas meja kelihatan pinggan-pinggan dan juga mangkuk makanan mereka. Terdapat beberapa pinggan yang masih mempunyai saki baki makanan yang tidak dihabiskan. Kelihatan beberapa orang pelanggan lain di meja bersebelahan mereka. Johan menghisap vape. Lalu menghembuskan kepulan asap. Ilaika mula menyalakan rokoknya. Mereka semua mula berbual.
JOHAN
So we are officially done with our college life ! Semua dah settle. Tinggal nak konvo jer nih !
ISZKANDAR
Yup ! Exactly ! Moment yang paling aku tunggu selama ni ! Bebas dari assignments !
BARD
Tapi aku suka assignments. Lepas ni aku rindulah nak buat assignments.
(mimic sedih)
ISZABELLA
Alahh poyo la kau ni Bard. Rilekslah. Nikmati hidup tanpa assignments. Mereka semua ketawa.
MELISA
When I looked back on this, I'm not gonna remembered all those assignments and exam. I'm gonna miss you guys a lot. Seriously aku akan rindu korang semua lepas ni.
ILAIKA
Awhhh Mel. Jangan risaulah. Boleh je kan kita semua hang out macam ni lagi. Just text je masing-masing.
TRISYIA
Agree with that !
JOHAN
Ala Mel, rilekslah. Kau jangan emosi sangat. Chill okey.
VINCE
Jadi lepas ni apa pelan korang semua ?
JOHAN
Aku rasa nak cari kerja dulu. Kumpul pengalaman dan duit. Lepas ni boleh la pinang si Bella ni haa. Betul tak bakal abang ipar ?
Johan meleretkan matanya ke arah Iszkandar.
ISZKANDAR
Kau jaga adik kembar aku ni elok-elok. Jangan nak macam-macam sangat. Aku pulak mungkin nak kerja dengan company bapak aku tu kot. But before that nak rehat puas-puas dululah.
ISZABELLA
I wanna be a model ! kawan mama ada kenal this one modelling agency. So bolehlah aku cuba nasib.
Iszabella tersenyum gembira.
MELISA
Aku pula nak traveling pergi negara orang. Backpackers. Dah lama nak cuba.
TRISYIA
Nanti kau balik jangan lupa bawa buah tangan kat aku erk Mel. Aku pula nak jadi pramugari. Interview session open nanti aku cuba. Wish me luck guys !
Trisyia memaling mukanya ke arah Melisa.
VINCE
Sibuk je kau ni Trisyia. Aku nak join pramugara kau pun nak join jadi pramugari. Asyik menghadap muka kau jer la lepas ni.
Trisyia membuat mimik muka annoying.
BARD
Well my next plan is aku nak sambung master Untung-untung boleh jadi lecturer nanti. Doktor Badrul Shah bin Badli Shah.
Bard tersenyum bangga. The Iluminatrix yang lain memerhatikan sahaja gelagatnya itu.
ISZABELLA
Beb, kau pula nak buat apa lepas ni ?
Bella berpaling ke arah Ilaika. Ilaika menghembuskan asap rokok Dunhill yang dibelinya lalu memerhatikan mereka.
ILAIKA
Aku still lagi merancang apa yang patut. Buat masa ini aku tak decide lagi nak buat apa. Mungkin macam korang jugak. Cari kerja dulu.
MELISA
Ilaika, kau ni aku tengok suka sangat merokok. Bila nak stop ni ? Tak eloklah untuk paru-paru kau.
ILAIKA
Ala rileks la Mel. Tak ada jadi apa pun. Aku bukan selalu hisap rokok sangat pun. Ikut mood.
Melisa mendiamkan diri dan hanya mengangguk kepalanya.
ISZABELLA
Girls, sudah jangan bertekak. Ok let's take a groufie guys !
Lalu Bella mengeluarkan iPhone 6s dari dalam beg tangannya dan mula menangkap gambar mereka beramai-ramai.
BARD
Perghhh iPhone 6s ! Rose gold pulak tu ! Banyak duit kau !
Reaksi muka Bard jelas terkejut.
ISZABELLA
Oh Bard come on. My dad bought it for me. My birthday gift actually. Last night baru beli. Isz pun ada. Dia punya warna gold.
BARD
Fulamak ! dua iphone 6s weyh ! Untunglah korang dilahirkan sebagai anak Datuk Khadri. Nak apa semua dapat. Sebut jer.
ISZKANDAR
Dah la Bard kau tak payah nak over. Kitorang dua tak minta pun. Our dad nak beli so macam terima jer lah dah dia nak bagi.
BARD
Fine.
Johan memintas masuk perbualan mereka. Yang lain khusyuk mendengar penjelasan Johan.
JOHAN
Guys, aku dengan Vince ada plan baik punya untuk kita semua. Apa kata kita pergi holiday ! setuju tak ?
YOU ARE READING
Emansipasi
Mistério / SuspenseEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...