Hangout

133 4 0
                                    


2. LUAR. MEJA 7, KAFE THE BLACK CAT – SIANG

Kelihatan Johan dan Vince duduk di kerusi. Menanti rakan-rakan lain. Johan sedang asyik menghisap vape. Manakala Vince sedang memperkemaskan gaya rambutnya. Dua minuman yang telah diminum separuh terdapat di atas meja, Iced chocolate caramel dan juga Iced green tea latte.

VINCE

Mana diorang ni ? Dah setengah jam kita tunggu sini.

JOHAN

Kau tahu tak apa. Dah becak ketiak-ketiak ni tunggu diorang.

VINCE

Sembang kata nak datang on time. On time apa macam ni ?

JOHAN

Batang hidung seorang pun tak muncul lagi ni. Bikin panas ahh.

Johan menghembuskan asap vape yang berkepul-kepul. Vince menyedut iced green tea lattenya menggunakan straw.

VINCE

Kau sabar kejap aku nak whatsapp manusia-manusia ni.

Vince mula menghantar mesej di aplikasi whatsapp

Bard datang ke meja mereka dalam keadaan tercungap-cungap lalu menghirup minuman Johan.

JOHAN

Hoi ! Apa ni datang-datang terus minum air aku ni ! Aku tempeleng kau kang ! Ish

Johan memandang Bard dengan mimic muka marah. Bard berhenti minum.

BARD

Hehehe. Sorry Johan. Aku hauslah. Tadi terkejar-terkejar datang sini.

VINCE

Hah ! Kau ni datang dari mana pulak ? Dah la lambat.

BARD

Sorry guys ! Tadi aku pergi tengok iPhone 6s baru tu kat kedai Apple. Lawa betul ! Aku suka design baru ni. Dah upgrade macam-macam. Nice to the max kot !

Bard membetulkan kedudukan cermin mata miliknya.

JOHAN

Kau tak payah nak beranganlah Bard. iPhone 6s tu harga mahal sangat kot. iPhone 6 kau tu pun elok lagi.

Vince memotong perbualan mereka berdua.

VINCE

By the way, ni diorang dah reply text aku. Kejap lagi sampai. Semua stuck dalam traffic jam.

3. DALAM. PERODUA AXIA. TRAFFIC JAM – SIANG

Melisa sedang termenung memerhatikan keadaan kesesakan jalan. Kereta Axianya sudah setengah jam terperangkap.

4. IMBAS KEMBALI – LUAR. PONDOK KECIL – SIANG

Mel sedang bermain dengan adik kembarnya di pondok sebelah rumah mereka.

MELISA(KECIL)

Bila besar nanti, kakak nak jadi ahli farmasi. Sebab kakak nak buat ubat. Nanti kakak boleh tolong orang.

ADIK MELISA

Kalau kakak jadi ahli farmasi, adik nak jadi doktor lah. Nanti boleh kakak hantar ubat kat klinik adik. Yeayyy.

Mereka berdua tersenyum lalu ketawa.

4. DALAM. PERODUA AXIA. TRAFFIC JAM - SIANG

Kelihatan mata Melisa mula berkaca dengan air mata.

MELISA

Kakak rindu sangat-sangat kat adik.

Melisa tersedar dari lamunan selepas dihon oleh pemandu kereta di belakangnya. Kereta Axianya bergerak ke hadapan.


5. LUAR. MEJA 7, KAFE THE BLACK CAT – SIANG

Kelihatan Johan, Bard dan juga Vince sedang asyik menghadap skrin telefon bimbit masing-masing. Iced chocolate caramel dan juga Iced Green Tea Latte sudah habis diminum. Trisyia dan Ilaika datang dan duduk di kerusi kosong meja itu.

ILAIKA & TRISYIA

Heyyy boys ! What's good ?!

(nada yang agak gedik)

Trisyia meletakkan beg tangan LV merah jambunya di atas meja. Selepas itu dia mengeluarkan gincu lalu dioles kearah bibirnya. Ilaika hanya duduk memandang aksi Trisyia di sebelahnya.

JOHAN

Hah ! Sampai pun dua-dua cik kak ni. Lama kami tunggu. Air pun dah habis.

ILAIKA

Si Trisyia ni la. Bersiap mengalahkan princess. Berjam-jam weyh aku tunggu dia siap. Dah tu dengan jalan jam lagi.

TRISYIA

Mestilah ! Ish I kenalah siap cantik-cantik. Mana tahu I terserempak ex-boyfriend I yang tak guna tu. Baru dia menyesal tinggalkan I.

Trisyia membetulkan alunan rambutnya berwarna keperang-perangan itu sambil melihat menggunakan kamera depan Samsung Note 5 miliknya.

ILAIKA

Yelah Trisyia. Kau tengok aku ni. Simple je.


VINCE

Guys, aku nak pergi toilet kejap. Korang tunggu sini.

Iszkandar dan Iszabella tiba di lokasi pertemuan mereka. Isz memilih untuk duduk di sebelah Vince dan Iszabella pula duduk di sebelah Johan, teman lelakinya.

ISZKANDAR

Lama dah ke sampai ? Sorry weyh. Ada accident tadi. Jalan jam.

ISZABELLA

Seriously, the accident was horrible. Can you guys imagine aku nampak otak atas jalan tu. Ngeri betul.

(mimic muka geli)

BARD

Stop it Bella. Aku tak lunch lagi ni. Kau jangan nak potong selera aku pulak.

Johan berpaling ke arah Iszabella.

JOHAN

You pakai cantik sangat ni kenapa Bella ? Nak pergi kemana ? lepak je pun.

ISZABELLA

I nak pergi ke hati you la sayang.

Bella membuat mimik muka comel menghadap muka Johan. Dalam masa yang sama Ilaika memerhati gelagat mereka berdua dengan wajah yang tidak senang. Melisa datang ke meja mereka dan duduk di kerusi kosong.

MELISA

Sorry sangat-sangat. Aku paling lambat. Need to settle down something first tadi.

Melisa kelihatan serba salah di atas kelewatannya. Vince kembali dari toilet dan duduk di kerusinya.

ISZKANDAR

Sebab kau paling lambat sampai, apa kata kau belanja kitorang semua. Setuju tak guys ?

SEMUA

SETUJU !!

MELISA

Ok fine. Ala tak kisahlah. Anything for you guys semua. For The Iluminatrix !

TRISYIA

Waiter ! Okey cepat order. Aku dah lapar ni.

Waiter datang dan mengambil pesanan makanan mereka. Setelah itu berlalu pergi.


EmansipasiWhere stories live. Discover now