20. DALAM. DAPUR, VILLA AURORA PERMAI – SIANG.
Kelihatan Pak Din sedang menghidangkan sarapan di atas meja. Nasi lemak disendukkan ke dalam mangkuk besar. Terdapat sepinggan ayam goreng berempah yang kelihatan menyelerekan. Di sebelah nasi lemak itu terdapat semangkuk sambal tumis ikan bilis. Johan datang mendekati meja.
JOHAN
Wah sedapnya !
PAK DIN
Ala biasa jer la ni Johan.
JOHAN
Ini bukan biasa ini luar biasa.
PAK DIN
Johan, ni Pak Din nak bagi tahu, lepas ni Pak Din nak kena balik kampung. Ada urusan sedikit.
JOHAN
Eh ye ke Pak Din ?
PAK DIN
Ha'ah. Urusan sikit. Lusa baru balik. Jadi start tengah hari ni sampai esok Pak Din tak dapat nak masakkan kat korang.
JOHAN
Oh ye ke Pak Din. Ok takper. Nanti kami fikirkan cara nak settle.
PAK DIN
Bahan mentah Pak Din dah letak dalam fridge. Nanti korang masak je.
JOHAN
Baik Pak Din.
PAK DIN
Ni Pak Din nak gerak balik dah ni. Kirim salam kat diorang semua nanti.
21. DALAM. VILLA AURORA PERMAI – SIANG
Kesemua mereka kecuali Bard menikmati sarapan.
ISZKANDAR
Weyh Bard mana ?
ILAIKA
Entah. Aku pun tak nampak dia dari tadi.
TRISYIA
Selalu dia kalau bab makan paling laju kot.
ISZABELLA
Ada sesiapa nampak Bard ?
VINCE
Nope. Last nampak malam tadi.
MELISA
Aku lepas masuk bilik semalam terus tidur.
JOHAN
Aku terserempak dia semalam. Dia cakap nak keluar lepak ambil angin malam. Lepas tu aku naik bilik terus tidur sampai pagi.
ISZKANDAR
Aku tak sedap hati la. Aku rasa better kita keluar pergi cari dia sekarang.
Lantas mereka semua bergerak keluar dari villa dan memulakan operasi mencari Bard. Masing-masing mula melaungkan nama Bard.
JOHAN
Aku suggest kita berpecah. Half ikut aku. Half lagi ikut Isz.
ISZKANDAR
Vince, Ilaika, Mel ikut aku. Bella dengan Trisyia ikut Johan.
JOHAN
Okey move. Jangan pergi jauh sangat. If anything terus jerit.

YOU ARE READING
Emansipasi
Misteri / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...