ILAIKA
So, what's the plan ? Tell us now Johan.
JOHAN
Holiday ni aktiviti kita la as one group. Vince kau story kejap.
Vince mula membuka bicara.
VINCE
Okey aku ada survey satu villa ni. Villa Aurora Permai. Kawasan dia ceruk sikit. But still dalam KL Cuma jauh pedalaman lagi. Tempat nice.
Trisyia menyampuk.
TRISYIA
Villa Aurora Permai ! Sounds great ! I'm in !
ILAIKA
Join !
Vince menambah lagi ceritanya.
VINCE
Jarang orang datang so memang bersih. Ada air terjun. Kita nak pergi jungle tracking pun boleh. Villa tu selesa weyh serious. Payment pun not bad la ! Affordable.
Iszabella mengangguk lalu bersetuju dengan pelan itu.
ISZABELLA
It's a yes from me !
MELISA
Well of course I will join ! Aku suka buat aktiviti macam tu.
JOHAN
So, Isz dengan Bard, korang nak join tak ni ?
ISZKANDAR/BARD
Haruslah !!
Melisa tersenyum seolah-seolah merancang sesuatu. Iszabella menegurnya.
ISZABELLA
Hoi Mel ! Kau apsal tersenyum sorang-sorang macam ni ? Okey tak ni ? Dah makan ubat belum ?
Ahli The Iluminatrix yang tertawa mendengar ayat Iszabella.
MELISA
Tak ada lah. Aku rasa excited. We gonna have a lot of fun in there ! Oh ya, by the way, makan minum kita kat sana macam mana Vince ? Is there any restaurant or café provided ?
VINCE
Okey about that we have a tiny problem. Sebab kawasan tu agak jauh so memang tak ada kedai makan. Aku suggest we bring our food and cook in there. Okey tak ?
TRISYIA
Weyh Vince kau ni biar betul. Aku bukannya pandai masak.
ILAIKA
Part ni aku setuju dengan Trisyia ! Well aku pun bab masak memasak ni memang tak pandai. Bella pun dah sure-sure maid dia yang masak kat rumah.
Ilaika meleretkan mata kearah Iszabella lalu ketawa. Iszabella merenung tajam kearah Ilaika.Yang lain turut ketawa. Trisyia pada masa yang sama menggunakan kamera hadapan telefon bimbitnya untuk membetulkan rambutnya.
ISZABELLA
Ewah kemain kau erk ! Aku pandai masak kot. Cakap baik sikit. Kan Johan kan.
Tanpa segan silu Iszabella memeluk lengan Johan dan melentukkan kepalanya di bahu Johan.
ISZKANDAR
Tak payah nak temberanglah Bella. Aku yang kembar kau ni pun tak pernah merasa air tangan kau kat rumah. Bibik Elly yang masak. Kau goreng telur pun hangit.
ISZABELLA
Isz !!!
Iszabella mencubit lengan Iszkandar. Iszkandar cuba mengelak. Mereka yang lain hanya memerhati gelagat pasangan kembar itu. Melisa bersuara.
MELISA
Aku ada idea. Okey macam ni. Buat apa nak susah-susah masak kalau kita boleh upah someone that can cook for us. Am I right guys ?
JOHAN
Maksud kau kita cari maid or something yang boleh masak untuk kita ? Macam tu ?
MELISA
Yes Johan ! Tepat sekali. Dulu-dulu rumah aku ada tukang masak. Dia memang pandai masak. Aku panggil dia Pak Din. Masakan dia not bad la. Sedap. If korang semua agree nanti aku contact dia.
VINCE
Good idea. So part itu dah selesai. Nanti kau handle boleh Mel ? Part penginapan aku boleh settlekan.
MELISA
No problem ! I'll handle that part !

YOU ARE READING
Emansipasi
Детектив / ТриллерEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...