26. LUAR. ROOFTOP, VILLA AURORA PERMAI – PETANG
Pintu dibuka. Namun tiada siapa berada di roof top. Terdapat kesan percikan darah di bahagian hujung rooftop. Sebilah pisau juga turut ditemui.
MELISA
Tolongggg ! Tolongggg aku !
Johan bergegas ke arah suara Melisa. Kelihatan Melisa yang hampir jatuh sedang berpaut pada palang besi rooftop tersebut. Di bahagian bawah kelihatan Trisyia yang sudah tidak lagi bernyawa.
ISZKANDAR/VINCE/ILAIKA/ISZABELLA/JOHAN
(terkejut)
MEL!!!!!
JOHAN
Hang on ! Jangan lepaskan tangan! Tahan kejap! Aku nak cuba tarik tangan kau. Isz dengan Vince cepat tolong aku.
MELISA
Cepat ! Aku tak dapat nak tahan lama ni.
Ilaika dan Iszabella hanya memerhati dari atas. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Melisa berjaya ditarik naik.
MELISA
Trisyia ! Cepat ! Kita kena pergi selamatkan Trisyia.
Lalu Melisa bergegas lari turun ke tingkat bawah villa untuk pergi menyelamatkan Trisyia.
27. LUAR. KOLAM IKAN HIASAN, VILLA AURORA PERMAI - SENJA
MELISA
(sebak)
Trisyiaaa! Maafkan aku. Aku tak dapat lindungi kau.
Melisa melutut di hadapan kolam. Air mata jelas mengalir di pipinya. Kelihatan tubuh kaku Trisyia tidak bernyawa tertusuk dengan pedang arca pahlawan. Mata Trisyia terbeliak menahan kesakitan yang amat dahsyat. Tshirt jenama jenama Gucci yang dipakainya itu dibasahi dengan darah. Air kolam tersebut menjadi kemerah-merahan akibat bercampur dengan darah Trisyia. Mereka berenam berdiri mengelilingi kolam itu. Iszabella turut menangis lalu memeluk Johan.
ISZABELLA
(menangis)
Sayang, I dah tak sanggup lagi dengan semua ni. Kenapa mesti jadi begini ?
JOHAN
I will protect you no matter what, baby.
Melisa menoleh ke arah Isz dan Vince. Ilaika hanya mendiamkan diri sambil merokok.
MELISA
Korang boleh turunkan mayat Trisyia tak ? Kita tak boleh biar dia macam ni.
ISZKANDAR
Vince, Johan jom turunkan cepat.
Mereka bertiga mengangkat mayat Trisyia. Kemudian diletakkan ke tepi kolam. Mayat Trisyia ditutup dengan sehelai kain.
JOHAN
Semua orang masuk dalam villa sekarang.
28. DALAM. VILLA AURORA PERMAI – MALAM
Jam di dinding menunjukkan tepat 7.00 malam. Mereka berkumpul di ruang tamu. Masing-masing duduk berdekatan antara satu sama lain.
JOHAN
Mel, tell us what happen.
ISZKANDAR
Aku pun nak tahu what exactly happen.
Mel masih dalam keadaan terkejut dan cuba menjawab soalan Izs dengan tangan yang terketar-ketar.
MELISA
Masa tu aku dengan Trisyia kat atas. Tengah tengok view. All of sudden that killer datang dari belakang dan terus tarik rambut aku dengan Trisyia. Aku try lawan dia. Tapi dia ada pisau.
Melisa menunjukkan luka di lengannya. Ilaika kelihatan terkejut.
ILAIKA
Tangan kau luka tu. Kejap aku pergi ambil first aid kit.
Ilaika berlari ke dapur dan kembali semula membawa first aid kit. Dia mencuci luka tangan Melisa. Kemudian membalut kawasan luka itu.
ISZABELLA
Kau nampak tak muka dia ?
ISZKANDAR
Bella, sabarlah. Janganlah kelam kabut. Biar Mel story dulu.
MELISA
Tak. Aku tak nampak. Sebab dia pakai topeng warna emas yang memang cover muka dia terus. And dia pakai jacket kulit berwarna hitam yang ada hoodie.
VINCE
Lepas itu apa jadi ?
MELISA
Pembunuh tu pukul Trisyia. Lepas tu dia tikam Trisyia guna pisau. Dia tendang Trisyia dan Trisyia terus jatuh ke bawah...dan lepas tu dia seret aku and campak aku dari atas. Nasib baik aku sempat berpaut kat palang besi tu.
VINCE
Wait the second ! Sebelum ini Trisyia ada sebut yang dia nampak kelibat orang berpakaian hitam yang bertopeng emas kan ?
ILAIKA
Ha'ah. Dia ada sebut masa kita nak pergi air terjun. Tapi kita semua ingat dia tersalah pandang.
ISZABELLA
Maknanya dia memang dah lama perhatikan kita.
ISZKANDAR
Sekarang ni nyawa kita semua dalam bahaya. Salah seorang dari kita mungkin akan menjadi mangsa yang seterusnya.
Kedengaran bunyi petir sabung-menyabung di langit. Beberapa ketika kemudian hujan lebat turun membasahi bumi. Disulami dengan kilat yang berdentuman.
JOHAN
Okey sekarang aku nak setiap orang pergi check semua laluan masuk villa ni. Pastikan berkunci. Aku tak nak tengok sesiapa mati lagi !
ILAIKA
Tapikan what if salah seorang dari kita ni sebenarnya pembunuh yang sebenar ? Lagi senang dia nak bunuh kita.
ISZKANDAR
Diamlah Ilaika ! Otak kau dah rosak ke cakap macam ni ?
ILAIKA
What ? Aku cakap benda yang mungkin berlaku.
ISZABELLA
(bergurau)
Ilaika please. Sebelum aku yang bunuh kau baik kita pergi check semua pintu sekarang.
Mereka semua bergegas untuk check semua laluan masuk ke dalam villa. Iszkandar dan Vince check di bahagian tingkat atas. Ilaika, Iszabella dan juga Melisa di bahagian bawah. Johan pula ke bahagian dapur.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...