Vince

19 4 0
                                    

31. DALAM. BILIK AIR, TINGKAT 2, VILLA AURORA PERMAI – MALAM

Suasana di tingkat 2 sunyi sepi dan gelap. Hanya kedengaran bunyi pancuran air shower di bilik mandi. Mereka semua berlari ke arah bilik air.

ISZKANDAR

VINCE !! BUKAK PINTU NI !! KAU OKEY KAN ?

ISZABELLA

Vince, say something !

Tiada sebarang sahutan suara. Mereka menjerit sambil mengetuk pintu. Izskandar terus menendang pintu bilik air tersebut. Pintu terbuka. Ilaika menyuluh torch light ke arah Vince. Mereka semua terkejut. Kelihatan Vince terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Asap nipis kelihatan berkepul di dalam bilik air. Kulit badan Vince separa terbakar. Bebola matanya hitam hangus terbakar. Kelihatan wayar air pancuran telah ditoreh. Iszkandar jatuh terduduk di hadapan pintu. Mataya mula berkaca.

ISZKANDAR

(menangis)

Vince...Vince...Vince...bangun...jangan tinggalkan aku Vince.

JOHAN

Isz, kita kena pergi dari sini ! Malam ni jugak ! Kita redah jalan.

ISZKANDAR

Korang pergi jer lah. Tinggalkan aku kat sini. Biar aku mati kat sini.

ISZABELLA

Cepat Isz ! Kita kena pergi dari sini !!

Iszkandar enggan bergerak. Kematian Vince benar-benar memberi kesan kepadanya. Iszabella. Iszabella menampar pipi Iszkandar.

ISZABELLA

(tengking)

KAU BOLEH TAK JANGAN JADI BODOH ?!!! VINCE DAH MATI !!! KITA KENA BLAH DARI SINI SEKARANG !!! KAU RASA KALAU DIA HIDUP LAGI DIA NAK BIAR KAU MACAM NI KE HAHH ??!!

Kata-kata Iszabella menyedarkan Iszkandar. Lantas Iszkandar bangun lalu mereka mula bergerak pergi dari bilik air.

JOHAN

Kita kena cepat !!

MELISA

Korang...aku...rasa pening...tunggu...

Melisa rebah dengan tiba-tiba. Selepas itu, mereka berempat mula mengalami simptom yang sama. Ilaika cuba melawan. Dia cuba menyalakan rokok miliknya.

JOHAN

Kita...kena...pergi...

Johan rebah di atas lantai.

ISZKANDAR

Aku...pening...

Iszkandar rebah di atas lantai bersebelahan Johan.

ISZABELLA

DAMN...

Iszabella rebah.

ILAIKA

Ahhh sialan...

Ilaika turut rebah tidak jauh dari mereka semua.

EmansipasiWhere stories live. Discover now