13. LUAR. LALUAN HUTAN KE AIR TERJUN. SIANG.
The Iluminatrix berjalan menuju ke kawasan air terjun yang dimaksudkan oleh Johan dan Vince. Perjalanan mereka melalui kawasan rimba yang agak tebal. Namun terdapat laluan yang boleh digunakan khas untuk ke sana. Kelihatan burung gagak terbang melintasi mereka. Sambil berjalan mereka sempat selfie bersama.
ISZABELLA
Jauh lagi ke ni ?
TRISYIA
Ha'ah la. Lambat lagi ke nak sampai ?
ISZKANDAR
Korang ni banyak songehlah. Kejap lagi sampai la.
BARD
Aku perasan ada dawai kawat kat tepi villa kita. Berlonggok. Tajam weyh.
VINCE
Oh ye ke. Ala biarlah. Ada la tu diorang guna untuk buat something.
BARD
Tapi macam pelik je tinggal dawai kawat macam tu kat situ.
Tetiba Trisyia menjerit. Mereka berpusing ke arah Trisyia.
TRISYIA
AHHHHHHHHHHHH !
JOHAN
Trisyia ! kenapa ni ?
TRISYIA
I...I...ternampak kelibat kat tepi pokok tu tengah tengok kita.
ISZKANDAR
Kelibat ? mana ? Tak ada pun.
TRISYIA
Serious ! dia berpakaian hitam and pakai topeng emas.
ILAIKA
Aku rasa kau penat sangat ni sampai nampak yang bukan-bukan.
TRISYIA
I sware there was someone there. Or maybe I penat sangat kot.
MELISA
Ok Trisyia jangan panik. Perasaan kau je tu.
14. LUAR. AIR TERJUN. SIANG.
Kelihatan air terjun sedang mengalir deras. Airnya jernih. Terdapat beberapa batu besar berdekatan air terjun itu. Tanpa berlengah mereka semua terjun dan bermandi manda.
ISZABELLA
Air terjun ni awesome sangat !
JOHAN
Kan sayang !
MELISA
Air pun jernih.
BARD
Aku tak nak balik. Nak duduk sini.
ILAIKA
Hah kau duduk la sorang-sorang. Kitorang tinggal kau kat sini.
Mereka semua tertawa.
m]Wa5
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...