15. DALAM. VILLA AURORA PERMAI. MALAM
Kelihatan Pak Din baru keluar meninggalkan villa. The Iluminatrix duduk dalam bulatan di ruang tamu. Suasana terang dengan lampu yang terpasang. Di bahagian tengah mereka terdapat sehelai kertas yang bersaiz sederhana. Tertera huruf A hingga Z dan juga nombor 0 hingga 9. Di bahagian kiri dan kana kerta itu tertera Yes dan No. Johan memegang sebiji syiling yang bersaiz agak besar mungkin syiling dari negara lain.
ISZABELLA
Korang betul-betul nak main game ni ke ? Aku takut la.
ISZKANDAR
Macam menarik.
MELISA
Interesting. I'm in.
TRISYIA
Aku takutlah. Bahaya kot.
JOHAN
Ala rileks la. Saja seronok-seronok.
VINCE
Cepat ! It's now or never !
ILAIKA
Aku sendiri tak tahu apsal aku terlibat dengan game bodoh ni.
BARD
Aku nak rekod semua ni.
Mereka semua meletakkan jari di atas syiling itu. Mantera mula dibaca
JOHAN/ISZKANDAR/BARD/VINCE/ISZABELLA/ILAIKA/TRISYIA/MELISA
Spirit spirit of the coin. Come out come out where ever you are. We come in peace to ask you something.
Mantera itu diulang sebanyak 3 kali. Tiba-tiba jari syiling itu mula bergerak ke arah Yes.
ISZABELLA
Guys, tak kelakar okey. Siapa yang gerakkan ni ?
Soalan Bella tidak dijawab oleh sesiapa. Masing-masing kelihatan kaget. Tiba-tiba berlaku black out ! suasana menjadi gelap gelita.
ISZABELLA
AHHHHHHHH !
JOHAN
BELLA !
ISZKANDAR
Korang semua okey ? jangan bergerak dari kawasan korang.
Ilaika tiba-tiba mengilai.
ILAIKA
HEHEHEHEHE.
TRISYIA
Ilaika stop joking ! it's not funny right now !
JOHAN
Bard guna lampu GoPro tu.
Bard menghalakan lampu GoPro ke arah Ilaika. Kelihatan Ilaika tunduk. Dia duduk dalam keadaan mencangkung. Ilaika mengangkat wajahnya. Matanya terjegil dan mata hitamnya telah berubah merah.
MELISA
Apa kau nak ? jangan ganggu kami.
ILAIKA
KORANG YANG SERU AKU !
MELISA
Aku nak kau balik ke tempat asal kau.
ILAIKA
AHHHHHH ! AKU LAPAR ! AKU PERLUKAN DARAH ! DARAH KEMBAR
ISZKANDAR
Tak ada kembar kat sini. Kau kena berambus !
ILAIKA
TIPU !!! ARGHHHHHHHH
Ilaika terus melompat ke arah Iszkandar dan Iszabella. Iszabella mula menangis. Dan tiba-tiba kedengaran lagu tema birthday dinyanyikan. Kelihatan Trisyia membawa kek birthday.
JOHAN/VINCE/BARD/MELISA/TRISYIA
Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Isz and Bella. Happy birthday to youuuuuu.
ILAIKA
HAHAHAHA. Adoi lawak la kembar dua orang ni. Muka dah macam apa dah.
ISZKANDAR/ISZABELLA
Damn !
ISZABELLA
Korang ni ! Ishhh kejamnya ! Aku sumpah aku takut gila tadi.
ISZKANDAR
Entah ! Nasib aku tak nangis !
ISZABELLA
Siapa jadi mastermind semua ni ?
MELISA
Siapa lagi. Si Johan kesayangan kau la.
JOHAN
Hahaha. Untuk my sweetheart and my bakal abang ipar.
ILAIKA
Aku ikut je. Bila lagi nak buat semua ni.
BARD
Semua aku dah rekod. HAHAHa
ISZABELLA
So all those mantera semua tu ?
TRISYIA
I yang buat. Everything was fake. Mata Ilaika tu pun fake.
Ilaika menanggalkan contact lens yang ada di matanya.
VINCE
Ok guys, cepat makan kek. Lepas ni semua orang masuk tidur. Dah pukul 1 pagi ni.
16. DALAM. VILLA AURORA PERMAI. TENGAH MALAM.
Kelihatan Bard sedang berjalan ke arah pintu utama villa itu. Dia bersweater. Cuaca pada malam itu agak sejuk. Tanpa dia sedar, Johan berada di ruang tamu sambil menghisap vape menegurnya
JOHAN
Hoi Bard ! Kau nak pergi mana malam-malam buta ni ?
BARD
Ya Allah ! Kau ni Johan. Terperanjat aku. Aku nak keluar jap. Ambil angin malam.
JOHAN
Kau biar betul. 2 pagi dah ni. Malam-malam buta nak keluar.
BARD
Ala rileks la weyh. Aku dah besar la. Kau tak payahlah berleter.
JOHAN
Haa yelah. Aku nak naik dah ni. Kau jangan lama sangat. Kunci pintu elok-elok.
BARD
Ye Johan. Aku tahulah.
Bard keluar lalu pintu utama villa ditutup. Johan kemudian bergerak naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...