Terperangkap

25 3 1
                                    


23. LUAR. HUTAN – SIANG

Mereka berjalan pantas untuk keluar dari hutan. Kedengaran bunyi letupan dari arah villa. Mereka terhenti sebentar.

ILAIKA

What was that ?

JOHAN

Bunyi letupan kan ?

VINCE

Betul ! bunyi something meletup.

ISZKANDAR

(marah)

Ahhh ! Bala apa pula lagi ni ?!

Mereka semua terus bergegas berlari menuju ke arah villa.


24. LUAR. VILLA AURORA PERMAI – SIANG

The Iluminatrix tiba di perkarangan villa. Kelihatan kereta milik Iszkandar dan juga Iszabella sedang terbakar dijilat api. Api begitu marak menyambar kereta mereka berdua. Asap hitam berkepul-kepul di udara. The Iluminatrix berdiri berjauhan dari lokasi kebakaran. Iszabella menekup mulutnya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Trisyia memeluk Melisa. Ilaika terdiam kaku. Iszkandar naik berang.

ISZKANDAR

(marah)

WOIIII ! KAU NAK APA ?!! SIAL !

Iszkandar mengamuk. Marah akan individu yang bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku. Vince mendekati Iszkandar lalu memeluknya bagi meredakan kemarahan Iszkandar.

VINCE

Isz ! Sabar. Kita boleh hadapi semua ni. Kita ramai.

Melisa menyedari sesuatu.

MELISA

Kereta aku ! Kereta aku dah tak ada !

ILAIKA

Exactly ! Kereta Mel dah kena curi !

JOHAN

Aku nak semua orang masuk dalam sekarang ! Cepat !! Bahaya kita kat luar ni.

The Iluminatrix bergegas memasuki villa. Pintu ditutup rapat. Api terus membakar kedua-dua buah kereta itu.


25. DALAM. VILLA AURORA PERMAI – SIANG

Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Johan duduk di sofa. Wajahnya jelas buntu. Iszabella duduk di sebelah Johan dan menggenggam erat tangan Johan. Iszkandar dan Vince berdiri di satu sudut ruang tamu. Ilaika yang berdiri di hadapan tingkap mula menyalakan rokok Dunhill lalu menghisap rokok tersebut. Trisyia jelas kelihatan trauma dengan apa yang terjadi. Melisa memegang lembut bahu Trisyia.

TRISYIA

(takut)

Kita kena keluar dari sini ! I tak nak mati kena bunuh !

ISZKANDAR

Macam mana ? Kereta aku dengan Bella dah rentung. Kereta Mel dah hilang entah ke mana ! Gadjet kita pun dah rosak ! Kita dah terperangkap kat sini !

Ilaika berpaling ke arah mereka semua. Asap rokoknya dihembus keluar.

ILAIKA

Kita berjalan keluar dari sini.

VINCE

Tak boleh. Kalau berjalan almost 4 jam baru kita sampai bandar. Sekarang dah petang. Kejap lagi dah nak malam.

ILAIKA

(marah)

It's better than dari kita terperangkap kat sini ?

VINCE

Ilaika ! kau ingat selamat ke kalau berjalan tengah-tengah malam tu ? lagi senang dia nak attack kita. Aku suggest kita stay dalam villa sampai esok pagi. Then pagi esok kita terpaksa berjalan.

MELISA

Pak Din ! Kejap lagi Pak Din datang kan ?

JOHAN

Tak. Pak Din tak datang. Pagi tadi dia inform aku yang dia kena balik kampung hari ni.

MELISA

Tapi aku still tak faham. Apa motif pembunuh tu buat macam ni ?

ISZABELLA

Entah. Aku pun tak tahu. Perompak maybe.

MELISA

Kalau dia perompak mesti dia dah ambil briefcase tu. Tapi tak. Dia just bakar. Dia macam nak kita terperangkap kat sini.

Mereka semua terdiam mendengar penjelasan Melisa. Johan memandang mata rakan-rakannya yang lain kecuali Melisa. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka sahaja mengerti.

TRISYIA

Ahhhh ! I stress ! Mel jom teman I naik atas roof top. I need some air.

Trisyia berdiri lalu menaiki tangga ke tingkat atas.

MELISA

Guys, aku temankan dia kejap. If anything just panggil aku nanti. Risau pulak aku nak biar dia seorang diri kat atas tu.

Melisa bergegas mengikuti Trisyia untuk naik ke roof top.

ILAIKA

Aku rasa semua yang berlaku ni macam ada kaitan dengan tragedi 7 tahun lepas.

ISZABELLA

Ilaika ! Stop it ! Jangan sebut lagi pasal insiden tu. Kita dah janji tak akan sebut lagi !

JOHAN

Tak logik ! Kita sendiri nampak yang dia mati depan kita. Mustahil orang mati boleh hidup balik.

ILAIKA

Tapi...

ISZKANDAR

Enough ! Don't mention about that again.

ILAIKA

Okey fine.


Ilaika menghisap rokoknya semula. Iszkandar duduk di sofa. Vince kepenatan lantas merebahkan dirinya ke atas sofa itu juga. Sengaja dia letakkan kepalanya di atas paha Iszkandar. Johan termenung. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara jeritan Melisa dan Trisyia dari bahagian roof top. Serentak itu kelihatan Trisyia jatuh dari atas lalu menghempap arca pahlawan di kolam ikan hiasan di perkarangan villa. Pedang arca itu jelas menusuk dada Trisyia. Wajah mereka berlima jelas terperanjat melihat keadaan itu.

ISZABELLA/ILAIKA

(terkejut)

TRISYIAAAA !!!!!

Serentak itu Johan, Vince dan Iszkandar meluru naik ke tingkat rooftop. Diekori oleh Iszabella dan Ilaika. Mereka menjerit nama Trisyia dan Melisa.


EmansipasiWhere stories live. Discover now